Excerpt

Tuesday, June 30, 2015

Introducing Goku, Whitey, No Name & No Name

Bertambah lagi jumlah haiwan peliharaan hehehe... ada 2 ekor masih belum bernama, nanti nak suruh DDD carikan. Owh by the way, nama Goku tu Danish yang bagi. Sempena apa tak tau, mungkin sebab ternampak kucing bernama Goku dekat Klinik Vet Taman Equine baru-baru ni hahaha.

Goku anak si Comel



Whitey, No Name & No Name anak si Ciki





Yang ni agak unik sebab dadanya leper. Harap-harap sihat wal afiat :-)

Sunday, June 28, 2015

Tak sabar nak shoot gambar raya, dengan 50mm

Sepatutnya dah lama angkat lens ni... some say it's "a must have lens for beginner"... tapi dah terlebih gelojoh angkat 35mm awal-awal dulu hehehe. Anyway, original plan bukan nak beli untuk Nikon, tapi untuk kamera keluarga iaitu Olympus :-)

Jumaat lepas bawak Mama & DDD pegi ke USJ... memula cakap nak berbuka dekat sana... tapi ada udang di sebalik batu, nak beli lens Nikkor 50mm :-P

Terjumpa satu thread kat MIR FTZ ada orang nak jual, send whatsapp dia kata RM250. Tengok gambar lens condition terbaik tip top... siap Hoya UV dengan rear lens cap yang bukan plastik putih tu. So, set time jumpa dekat kedai dia kerja (part time kot)... kedai guitar!

Finally jumpa dia, ok orangnya... sembang punya sembang tetiba tergerak hati nak memetik gitar, dia bagi. Fuh! tak sangka masih boleh main lagi walaupon dah hampir 9 tahun tak jamming. Dia pon agak terkejut jugak bila tengok, kembang hidung jap hahaha. Bila tanya dia tak penah dengar muzik tu, bila cakap tu local punya dia pon macam tak percaya. Tapi bila bagitau "Cromok" tau pulak dia hehehe. Malangnya sendiri main sendiri tak ingat tajuk hahaha.

Habis je lepas gian, terus bayar pehtu pegi Restoran Murni di USJ 9 sebab masa petik gitar tadi pon ada background sound keroncong menandakan perut dah memberontak. Survey kat Google, ramai yang kata restoran ni best dan bersih. Yep, they are right... memang menarik, bersih, banyak pilihan dan sedap hehehe...

Puasa ni biasa la, bila nampak menu memang rambang mata. Order punya order, ingatkan pinggan kecik yang sampai... sekali satu pinggan boleh makan 2 orang hahaha... memang kompom tak habis huhuhu. Tapi ada jugak baiknya, boleh tapau bawak balik untuk sahur :-P

Tuesday, June 16, 2015

DIY - Negative film to digital image

Tak berapa pasti term untuk projek kali ni, ada yang kata "negative to positive", "film to digital", "negative film to digital image" dan macam-macam lagi. Apa-apa pon, projek ni berkenaan convert negative film kepada bentuk image digital... sendiri pikir la term yang sesuai hehehe.

Straight to the point, barang-barang yang digunakan dalam projek ni:

  • Kamera - guna "close up" lens jika boleh, 35mm - 50mm should be ok... tapi jangan ultra wide la hehehe

  • Kotak - saiz tidak terlalu panjang supaya boleh close up dan tidak terlalu pendek untuk elakkan "focus problem"

  • Gunting / pisau

  • Kertas A4 - optional je, untuk diffuse cahaya

  • Negative film


Gunakan gunting atau pisau untuk buat lubang di kotak, lebih kurang macam ni:





Kadang-kadang negative film akan melengkung, gunakan akal fikiran untuk meratakan lengkungan tu... lebih kurang sepit macam ni:



Halakan depan kotak yang ada negative tadi ke arah cahaya, masukkan kamera ke dalam kotak, focus dan snap! Gunakan kertas A4 tadi kalau cahaya tidak sekata (diffuse)







Next step, kita edit dalam Photoshop... ada banyak cara yang boleh digunakan, cuba Google untuk cara yang lain hehehe...

https://www.youtube.com/watch?v=CF_71dIYxAY



Satu lagi hasil menggunakan teknik yang sama, gambar kenangan di kampung ketika kenduri cukur Darwisy. Saje biarkan frame nampak macam tu, vintage sikit hehehe :-)



Full album: https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157659237139649

Selamat mencuba dan semoga enjoy :-)

Monday, June 15, 2015

Cable car Langkawi Island, 2009

Hari ni Abah kemas bilik yang bersepah ni... terjumpa satu memory card lama. Saje la pasang dekat card reader, boleh pulak dan masih elok. Sekali tengok kat dalamnya ada banyak gambar-gambar lama... termasuk la video ni. Dirakam tahun 2009 masa naik cable car dekat Pulau Langkawi. Darwisy dengan Danish kecik lagi dan comel hehehe...

https://www.youtube.com/watch?v=AqZcvHZdtNA

Wednesday, June 10, 2015

Sedekad bersama

Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 10 tahun Abah dengan Mama hidup bersama. Terlalu banyak kenangan, tak dapat nak diceritakan dalam satu muka surat.

Honestly, Abah tak ada idea nak tulis blog ni macam mana. Mungkin terlalu happy sebab telah dikurniakan seorang isteri yang sangat menyayangi dan memahami. Ditambah pulak, dengan kehadiran anak-anak Abah melengkapi kehidupan Abah dan Mama.

Speechless, yes... speechless. Sayang Mama dan semua anak-anak Abah, so strong! :-P

Oleh kerana speechless, maka Abah wakilkan gambar-gambar ni untuk bercerita :-)

Monday, June 8, 2015

Jadikan Laptop sebagai Wifi Hotspot

Sekadar nota kaki untuk sendiri dan kepada sesiapa yang berminat nak mencuba.

Cara ni sama je dengan cara-cara yang boleh didapati di Google, in fact ada banyak tools/apps yang boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Mungkin berbeza sikit tutorial ni sebab menggunakan bahasa pasar. Anyway, sangat bagus sekiranya wifi yang sedia ada berada jauh (signal yang lemah). Seeloknya, laptop tu menggunakan LAN cable untuk network connection dan semestinya LAN mempunya akses internet.

Tanpa membuang masa, kalau nak create Wifi Hotspot guna laptop (secara manual) jom kita mulakan...

1) Taip (kalau malas taip, copy paste je) ke dalam Notepad. Optionally, boleh tambah command "pause" di line terakhir (untuk troubleshoot, in case kalau ada error). "key" tu tukar ikut citarasa, sebagai password.
netsh wlan stop hostednetwork
netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=WifiAku key=abcd1234
netsh wlan start hostednetwork
pause

2) Save notepad tadi kepada "Hotspot.bat" ke Desktop. Masa nak save tu pilih "Save as type" kepada "All Files (*.*)"

3) Click kanan pada Hotspot.bat tadi (di Desktop) dan pilih "Run as administrator". Kalau ada prompt security warning, click pada "Yes"

4) Pergi ke Control Panel dan click pada "Network and Sharing Center".  Click pada "Connections: Ethernet", pilih "Properties" > tab "Sharing" > pilih "Allow other network users..." > pilih nama network yang baru untuk SSID WifiAku tadi (contoh: Local Area Connection***)

5) Click OK

Dah siap semua steps di atas, gunakan phone pulak untuk cari Wifi Hotspot tadi. Gunakan "key" sebagai password. Anda akan mendapat signal yang kuat sebab wifi hotspot tu berada di depan mata anda :-)

https://www.youtube.com/watch?v=0aWSaMsQs2g

P/S:

- Encryption yang digunakan dalam tutorial ini adalah "WEP". Untuk advanced features, sila gunakan tools/apps yang sesuai atau cari tutorial yang lain di Google

- OS yang digunakan dalam tutorial ni adalah Windows 8.1, boleh diguna pakai untuk OS lain seperti Windows 7. Selain tu, tak pasti hehehe

Saturday, June 6, 2015

Darwisyah, chickenpox Day-7 & 4th Birthday

Genap seminggu Darwisyah kena demam chickenpox, Alhamdulillah dah semakin sihat dan ruam-ruam pon dah berkurangan dan semakin kering. Tapi still dalam medication antiviral untuk pastikan Darwisyah betul-betul sihat.

Hari ni jugak genaplah Darwisyah berumur 4 tahun... Abah dan Mama bersyukur dikurniakan anak perempuan yang comel dan bijak. Semakin meningkat umur, semakin pandailah Darwisyah berkata-kata (dalam bahasa lain "membebel" hehehe).

Dalam seminggu Darwisyah demam ni, langsung tak ada keluar rumah... yelah takut memudaratkan dan takut berjangkit dengan orang lain pulak. Tapi memandangkan dah semakin sihat hari ni, Abah dan Mama bawak DDD keluar jalan-jalan sekejap. Pegi sarapan dekat precint 8, pegi pasar beli lauk dan pegi kedai kek nak celebrate birthday hehehe.

Kek yang ditaja kali ni tak la gah sangat, buat sederhana je... sambut pon di rumah tak ada jemput orang lain. As for kids, bila dah dapat tau nak beli kek pon akan excited tak hengat :-P

Apa pon yang disambut, apa pon yang dibeli, di mana pon berada... the most important, bersama-sama dengan family :-)

Last but not lease, semoga anak-anak Abah happy selalu... dikurniakan kesihatan... menjadi anak yang soleh dan solehah... menghormati orang tua dan diberkati kehidupan oleh Allah S.W.T.

Amin...

Wednesday, June 3, 2015

Darwisyah chickenpox Day-4

Hari ni Abah terpaksa ambik cuti sebab banyak kerja rumah terbengkalai... sambil-sambil tu boleh tolong tengok-tengok Darwisyah dan Mama pon boleh sambung kerja-kerja rumah yang terbengkalai hehehe...

Nak keluar rumah tak boleh, so DDD main je la kat dalam rumah... termasuk la bercucuk tanam :-P