Excerpt

Monday, May 23, 2016

Fotografi Suka Suki Di Bukit Saujana Hijau

Ahad yang tak berapa pagi, aku keluar ke Bukit Saujana Hijau di Putrajaya untuk fotografi suka suki. Agak lewat sedikit disebabkan kekenyangan nasi lemak yang dimasak di rumah, maka outing seorang diri kali ini membawa sampai ke tengah hari.

Seperti outing street sebelum ni, aku telah membuat self-challenge dengan keluar bersama lens M.Zuiko 25mm... dan self-challenge kali ni pula adalah dengan M.Zuiko 45mm (90mm focal view equivalent).

Lens ni bukanlah khas untuk fotografi makro, tapi boleh la digunakan untuk fotografi separa-makro (pandai-pandai je). Macam mana caranya? Crop la jawabnya :-D

Tak payah cerita panjang-panjang lah... ni antara hasil dari outing solo.

Oh ya... semua gambar ni telah diolah secara cincai boncai menggunakan Olympus Viewer 3 dan efek dari Google Nik Collection.

















Sunday, May 15, 2016

Birthday Danish yang ke-8

15hb May 2016, genaplah Danish berumur 8 tahun. Dari hari ke hari asyik bercerita pasal birthday dia :-)

Oleh kerana dah sibuk bertanya, kena la buat sesuatu yang dia suka. Tolong buat kek! Hehehe...

Petang Sabtu Abah ngan Mama bawak diorang pegi Bangi beli bahan-bahan nak buat kek. Tapi entah kenapa kedai tu sesak dengan manusia... mungkin masing-masing nak buat kek jugak kot untuk Hari Guru nanti. Macam biasalah, bila DDD masuk kedai macam ni memang excited... semua bahan yang menarik diorang suruh beli. Lastly suruh dia pilih buah cherry dengan serbuk candy (betul ke?). Makin sesak kedai tu... so, Abah ngan DDD lepak semula dalam kereta, biar Mama uruskan pembelian bahan-bahan hehehe...

Setel je shopping bahan, balik rumah. Dan time tu jugak soalan bertalu-talu ditanya "bila nak buat kek?"... macam-macam diorang ni. Layankan aje lah... setel solat Isya maka bermula lah operasi membancuh. Suka la masing-masing dapat buat kek sendiri :-)

Dah siap bancuh, tanya pulak "bila nak siap boleh makan?" Hadoiii... Hahaha!

Kacau-kacau memang kesukaan

Tak dapat kacau, tengok pon jadi lah

Bangun pagi sarapan kek birthday yang dah dihias

Insya Allah akan buat yang grand sikit di rumah Mak Ngah DDD nanti... yang ni kira warm-up lah :-)

Friday, May 13, 2016

Kepentingan Cloud Storage

Seperti tajuk, berikut adalah sedikit perkongsian dari sorang kawan di Facebook Sifoo.com tentang kepentingan cloud storage. Dari dulu aku cuba kongsikan perkara yang sama, cuma tak ada kesempatan dan ketandusan idea. So, dengan izin tuan punya post maka aku kongsikan di blog ni. Jom kita hayati :-D

Hanafi Ishak, May 10 at 11:21pm


Dah lama aku nak share experience aku guna google drive. Aku rasa masih ramai tak aware kepentingan cloud storage ni.

Beberapa minggu lepas aku kuar dari rumah aku di Cheras ke Kajang semata2 untuk breakfast. Aku tak bawak macbook aku seperti mana biasa kalau aku kuar. Lepas habis je breakfast (lokasi di sg Sekamat, Kajang), klien aku call suruh print work yang aku dah pinda semalam ni dan perlu hantar ke pejabat beliau besok. Aku kena print di Kajang, tapi aku tak bawak macbook aku yg tertinggal di Cheras.. Nak ulang alik leceh pulak.. so camna aku nak print?

Ini kelebihan cloud storage. Semua keja2 yang aku buat aku save dalam google drive via macbook aku. So apa yang aku buat ialah, sebaik sahaja aku sampai ke kedai printer, aku bukak PC di sana dan aku login google drive guna PC dari kedai printer tu shj. So aku dapat la bukak file artwork aku kat situ dan print artwork tersebut.

Satu lagi aku nak share kelebihan cloud storage ni. Ada sekali, member aku call aku ketika tengah drive mintak aku emel kan satu artwork PSD yang saiznya kira-kira 100mb. Memandangkan cloud storage mcm google drive ada apps dalam smartphone, kita boleh access keja2 kita yang bersaiz besar hanya dengan share URL melalui smartphone dan di mana2 shj. Tak perlu lagi susah2 nak cari wifi dan attach file2 besar guna emel yang dah tentu boleh habis kan data dlm phone.

Dan ini satu lagikelebihan cloud storage yang sangat penting. Cloud storage adalah back up file. Just in case kalau harddisk aku rosak, corrupt atau macbook/laptop kena rembat, segala file-file dlm cloud storage masih boleh di access dari tempat lain. Dalam erti kata lain, kalau beli PC/workstation baru, korang boleh access file2 yang di simpan dalam cloud storage sebelum ni.

Cloud storage ni ada macam-macam brand. Yang paling popular dropbox dan Google drive. Basically cloud storage ni free je tapi storage nya agak limited. Kalau nak lebih, kena bayar la. Kalau ada yang masih tak faham pasal cloud storage, boleh tanya dan InsyaAllah kawan2 kat sini boleh terangkan.

cloud storage 1

cloud storage 2

 

Post asal diambil dari https://www.facebook.com/groups/sifoorian/permalink/1096655337061418/

Conclusion, cloud storage adalah amat penting lebih-lebih lagi di zaman IT yang pesat berkembang dan suasana bekerja yang kebanyakannya tidak lagi tertumpu di dalam pejabat sahaja. Sejak diperkenalkan dengan kaedah ni, aku tak lepas peluang untuk maximize penggunaan teknologi cloud dan masih menggunakannya sehingga sekarang... dan akan datang.

Once again, terima kasih tuan punya post atas izin beliau. As he is a self dependent IT/design related enthusiast, you might want to get his service @ https://www.facebook.com/imagenta.kreatif

Sunday, May 8, 2016

Bila Mama pergi kursus

Bila Mama pergi kursus, maka seperti biasa Abah lah yang jadi suri rumah separuh suku masa... lagi suku still Mama yang kena cover hahaha.

3 hari Mama pergi kursus dekat Jabatan Belia dan Sukan, pergi pagi balik malam. Nasib baik lah Abah cuti Sabtu dan Ahad... kalau tak jenuh jugak nak arrange nursery.

Memandangkan musim El Niño dan La Niña melanda, tak banyak aktiviti yang boleh Abah ajak... melainkan keluar makan, tonton movie dan kejar-kejar di taman permainan bawah rumah. Sambil-sambil tu boleh la Abah asah mata sikit cari moment snap gambar :-P

DDD

Darwisy

Darwisyah

Danish