Excerpt

Tuesday, February 14, 2017

Aplikasi Android yang mesti aku install (mungkin anda juga)

Setiap pengguna telefon (Android / IOS) pasti akan install aplikasi yang dirasakan perlu. Samada untuk kerja, sosial, permainan dan lain-lain.

Sebelum kita install sesuatu aplikasi, perlulah kita fikir pro & cons aplikasi tersebut, harga, saiz, permission, penggunaan data dan lain-lain. Dan untuk itu, berikut adalah sedikit perkongsian tentang aplikasi yang mesti ada di setiap telefon aku.

  1. Al-Quran (Tafsir & by Word)

    • Banyak aplikasi Al-Quran yang pernah aku gunakan sebelum ini, termasuk yang berbayar. Cuma kebelakangan ini, aku lebih kerap gunakan yang ini dan telah pon remove yang lain.

    • Percuma, tiada ads, font yang boleh diubah saiz, tajwid berwarna, terjemahan ayat atau perkataan, lebih banyak pilihan audio dan lain-lain.



  2. Automatic Call Recorder

    • Adalah amat penting untuk kita merakamkan segala perbualan sebagai rujukan dan bukti jika diperlukan. Sebagai contoh, kita dapat jadikan rakaman perbualan dalam pembelian jual-beli secara online/telefon sebagai bukti sekiranya terdapat penipuan. Dalam situasi lain, kita boleh mendengar semula rakaman perbualan sekiranya tidak jelas atau lupa apa yang dibualkan.

    • Percuma dengan ads (terdapat versi Pro), rakaman yang jelas, cloud backup dan lain-lain.



  3. Chrome Browser

    • Sekiranya kita melayari internet dari banyak device (PC, phone, tablet), pasti lebih mudah sekiranya semua bookmarks/password/history dapat digunakan semula di setiap device. Untuk itu, Chrome mempunya fungsi synchronize yang baik dan selamat.

    • Percuma, tiada ads, by Google.



  4. ColorNote

    • Satu aplikasi yang kecil tetapi bagus untuk nota-nota ringkas dan checklist.

    • Percuma, tiada ads, internal & cloud backup, sync multiple devices, reminder.



  5. ES File Explorer Pro

    • Setiap telefon pasti ada pre-installed file manager, tetapi fungsinya adalah terhad. Aplikasi ini amat berguna kepada intermediate / advance user.

    • Cloud management, network browse, FTP mode, SD card analyst, root explorer dan lain-lain.



  6. Flickr

    • Photo hosting yang menawarkan saiz simpanan yang besar (1TB) dan percuma. Selain itu, aplikasi ini juga mempunya fungsi auto sync/backup setiap gambar yang kita snap.



  7. Google Drive

    • Aplikasi yang membolehkan kita akses fail-fail dan gambar yang disimpan di Google Drive. Contohnya, dokumen (word, excel, PDF, etc) yang diupload dari PC.



  8. Google Maps

    • Sangat berguna bagi orang yang selalu sesat atau tak tahu jalan, seperti aku.

    • By Google, data usage friendly, offline maps.



  9. Nova Launcher Prime

    • Bosan dengan interface standard? Aplikasi ini membolehkan kita customize interface di banyak sudut.

    • Banyak customization (home, app drawer, folder, icon, etc), ringan dan pantas.



  10. Quick Profiles

    • Mempercepat dan memudahkan pertukaran volume, wifi dan lain-lain mengikut profile yang direka.

    • Percuma, tiada ads, mudah digunakan.



  11. SideSync

    • Aplikasi daripada Samsung untuk mengawal (remote) dan akses fail di dalam telefon menggunakan PC.

    • Percuma, no ads, wireless and cable remote. Tapi hanya untuk telefon Samsung.



  12. Snapseed

    • The best photo editing app so far (to me).

    • Percuma, no ads, by Google, lots of RAW file editing.



  13. Waktu Solat Malaysia

    • Terkenal di Malaysia kerana buatan rakyat Malaysia.

    • Percuma, no ads, reminder, kompas, themes, plugins dan lain-lain.



  14. QRMaster

    • Aplikasi yang terpaksa install, sebab kalau tak install tak boleh masuk office :-D




Well, that's about it (ada beberapa lagi, tapi dah letih menaip haha). Apa-apa pon, artikel ni hanya sekadar berkongsi pendapat sendiri dan mungkin bukan yang terbaik.

Last but not least;

  • Cuba elakkan install aplikasi yang terdapat ads (iklan) dan cuba beli PRO version jika mampu (banyak yang murah).

  • Lihat ranking, rating, baca review.

  • Fahamkan permission yang akan digunakan oleh aplikasi tersebut.

  • Lihat tahap aktif, bila latest update.

  • etc.


Adios!