Excerpt

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Selamat tinggal tahun 2014

Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun telah berlalu dengan pantas. Hari ni masuklah tahun Masihi yang baru iaitu 2015.

Tahun 2014 telah pon meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis kepada diri, keluarga, mahupun negara.

Pada diri aku sendiri, tahun 2014 telah perginya orang yang aku hormati dan sayangi iaitu Ayah. Tidak lupa juga seorang pakcik yang aku panggil Anjang iaitu adik kepada mak aku. Tapi aku redha sebab itu semua sudah ketentuan Allah, aku hanya mampu berdoa semoga segala-galanya baik. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang disayangi. Mereka lah pengubat dan penghibur aku.

Negara Malaysia pula ditimpa dengan berbagai-bagai musibah. Kehilangan pesawat MH370, MH17 yang diserang dan jatuh terhempas, banjir di negeri-negeri timur dan baru-baru ni pesawat QZ8501 pula terhempas di tengah lautan. Itu tidak termasuk lagi masalah-masalah negara yang lain seperti ekonomi, politik, kes-kes jenayah dan sebagainya.

Apa pon yang telah berlalu samada pahit atau manis, pastinya akan terpalit di dalam ingatan. Aku harap aku tidak akan leka dan alfa dengan menyambut tahun baru ini dengan keseronokan yang melampau. Dan aku tidak nampak apa alasan kenapa tahun baru ini perlu disambut dengan keseronokan dan pembaziran. Walau bagaimana pon, itu bukanlah bermakna kita kena sentiasa bersedih dan meratap... sebaliknya kehidupan perlu diteruskan seperti biasa, memperbaiki diri dan berdoa agar hari-hari mendatang lebih baik dari yang lepas.

Tuesday, March 25, 2014

Tragedi MH370

Ntah kenapa terdetik di hati untuk menulis tentang nahas pesawat MH370 baru2 ini... mungkin sebab aku dapat merasakan kesedihan yang dirasa oleh kaum keluarga dan sahabat handai kepada mangsa2 nahas... atau hanya sekadar untuk dirakam dan dibaca pada masa akan datang... mungkin juga sekadar untuk meluahkan apa yang bermain di dalam otak... tapi tidak sekali untuk mendapatkan publisiti atau untuk menarik perhatian pembaca blog ni...
Rasanya sudah mencecah dua minggu, pada 24/March/2014, barulah seluruh dunia dikhabarkan dengan berita yang muktamad... iaitu, penerbangan MH370 telah berakhir atau terhempas di selatan lautan hindi... berbagai spekulasi dan cerita telah dikarang dari banyak pihak... banyak artikel2 dan doa2 dikarang di serata media dan internet... tak kurang juga ada yang mengaitkan tragedi ini dengan pergolakan politik di dalam negara...
Aku tak ambil kisah sangat dengan semua tu, yang penting... terus berdoa agar semua misi pencarian MH370 berjalan lancar... tapi apakan daya, semua itu adalah ketentuan Allah S.W.T dan tidak ada sesiapa yang boleh mengubah atau menghalangnya...
Satu episod telah berakhir dan kini bermulalah episod yang baru, iaitu misi mencari kotak hitam atau black box (kotak data) di dalam lautan yang ganas... aku pasti seluruh dunia juga akan terus mengikuti dan menanti update sepanjang misi... sama2 lah kita teruskan berdoa agar semua usaha pencarian ini berjalan dengan lancar...

Al-Fatihah...

Sekalung takziah kepada yang bukan muslim...

Out sources:

http://my.news.yahoo.com/mas-aircraft-goes-missing--says-airline-023820132.html

http://my.news.yahoo.com/mh370-live-report-update-southern-indian-ocean-end-crash-inmarsat-aaib-najib-confirm-143828424.html

https://www.google.com.my/search?q=mh370&rlz=1C1CHMO_en-GBMY568MY568&oq=mh370&aqs=chrome..69i57j69i61j0j69i60j0l2.2544j0j7&sourceid=chrome&espv=2&es_sm=93&ie=UTF-8#cr=countryMY&q=themalaysianinsider+mh370&tbs=ctr:countryMY

https://www.google.com.my/search?q=mh370&rlz=1C1CHMO_en-GBMY568MY568&oq=mh370&aqs=chrome..69i57j69i61j0j69i60j0l2.2544j0j7&sourceid=chrome&espv=2&es_sm=93&ie=UTF-8#cr=countryMY&q=sinarharian+mh370&tbs=ctr:countryMY