Excerpt

Showing posts with label sawah padi. Show all posts
Showing posts with label sawah padi. Show all posts

Sunday, November 8, 2015

Berterik di Sekinchan

Hari ni balik kampung, berkesempatan jalan-jalan ke kampung jiran iaitu Sekinchan. Kebetulan cuaca semakin pulih dari diselubungi asap jerebu, membuatkan aku berkobar-kobar untuk menikmati pemandangan sawah yang menghijau.

Sekinchan adalah satu tempat yang tidak asing dengan tanaman utamanya iaitu padi. Kawasannya yang lapang, tanah yang subur menghijau menjadikan daerah ini tempat yang menarik untuk dilawati terutamanya kaki landscape (untuk shoot sunrise dan sunset). Walaupon lokasinya agak jauh dari pusat bandar, ramai yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati pemandangan sawah bendang.

Mungkin jarang bagi kaki landscape mengambil gambar pemandangan di waktu matahari betul-betul di atas kepala. Terik, panas, rimas, haus, menyakitkan mata dan kulit. Tapi bagi aku, ianya adalah waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan formasi atau bentuk-bentuk awan yang menarik disamping langit yang membiru. Namun, adalah tidak digalakkan untuk outing bersama family atau anak-anak kecil (begitu juga dengan model).

Sedikit tips kalau nak outing di bawah panas terik:

  • Bawa air masak atau mineral yang banyak, bukan air yang manis

  • Pakai topi atau bawa payung

  • Pakai kaca mata hitam bagi yang tak tahan silau

  • Baju lengan panjang yang nipis atau gunakan lotion (sun block)

  • Bawa lens filter CPL / GND / big stopper bagi yang ada

Sunday, March 29, 2015

Family Day Out, Pasir Panjang ~ Sungai Nibong

28/03/2015

Dah lama rasanya tak bawak DDD dengan Mama pegi jalan-jalan kat bendang. Since hari ni ada nak ke Pasir Panjang, so bawak la diorang sekali. Lepas urusan kat Pasir Panjang, drive kereta ke kawasan bendang tengok kehijauan sawah padi. Sambil-sambil tu berhenti tepi jalan untuk menikmati suasana nyaman kampung dan snap beberapa keping gambar.

Lepas pusing bendang, pergi ke Pantai BM Sungai Nibong pekena mee bandung udang. Lokasi restoran yang menarik di tepi laut, menambahkan lagi selera dan kesedapan mee tersebut. Dengan harga RM5 sepinggan, rasa tak mahal sebab kepuasan disamping udang-udang berselerak di dalam pinggan. What a nice short family trip... Insya Allah akan perbanyakkan lagi ruang untuk bersama family tersayang :-)

Oh ya, kalau ada yang berminat nak rasa mee udang Pantai BM boleh la pergi ke lokasi koordinat ni: 3.593414, 101.055791


Notes:

- DDD nampak biawak dalam parit, tapi Abah tak sempat snap
- Darwisyah jatuh kat Pantai BM, lutut kiri kanan bercalar... minum milo sambil menangis
- Ada sekurang-kurangnya 6 ekor udang dalam mee bandung itu

Monday, April 21, 2014

Syuruk di Tanjung Karang

19 Apri 2014, 5:00AM... ye 5:00AM huhuhu... bergerak dari Putrajaya ke Tanjung Karang untuk menikmati suasana pagi di sawah padi. Ini semua akibat racun kawan2 hahahaha! Terutamanya abang Matlarn Zailan :-D

Memandangkan aku ni pemandu yang berhemah, maka sampai pon agak lewat jugak sikit... tapi itu bukan salah aku semata2... salah mama yang buang air besar lama sangat kat Petronas hahahaha... tapi salah aku jugak sebab tak bagitau misi aku pagi tu... saper bersalah ni? huhuhu

Tanjung Karang, tak berapa familiar sangat tempat tu... so composition pon lintang pukang lah... tak tau mana matahari naik mana turun... POI pon tak sempat nak cari... belasah mana ada je...

Berikut adalah sedikit hasil outing sendirian yang amat terkejut...