Excerpt

Showing posts with label graduation. Show all posts
Showing posts with label graduation. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Hari Graduasi Pra-Sekolah, Muhammad Danish Hilmi

https://www.youtube.com/watch?v=HVo7yBkEavU

Syukur Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2014. Hari ini, anak kami yang ke-2 Muhammad Danish Hilmi telah tamat sesi pra-sekolah secara rasminya dan telah graduasi di Sekolah Kebangsaan Precint 9(2).
Bila melihat anak-anak yang menyambut hari graduasi ni, kadang-kadang membuatkan kita berasa seronok apabila kita kenangkan semula zaman kita menyambut Hari Graduasi Pra-Sekolah dulu.
Ada yang gembira sebab dapat banyak hadiah, dapat buat persembahan, menerima macam-macam jenis pingat, dapat sijil dan sebagainya. Ada juga yang kurang gembira, mungkin akan berpisah dengan kawan-kawan baik kerana berpindah sekolah.
Memandangkan hari graduasi ni hari yang istimewa, maka aku cuba merakamkan detik-detik di sepanjang majlis tersebut. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan lancar dan Danish akan melangkahkan kaki setapak ke hadapan dengan memasuki sesi persekolahan Darjah 1.
Semoga dia tabah menghadapi ujian yang lebih sukar dan akan mencapai kejayaan. Amin...

Saturday, November 3, 2012

Darwisy - Hari Graduasi tahun 2012

Alhamdulillah, tamat lah sesi persekolahan Darwisy tahun 2012. Pejam celik dah sampai hujung tahun dan Darwisy pon meningkat umurnya. Hari ni, adalah hari graduasi SKPP9(2) dan Darwisy akan naik ke pentas untuk menerima sijil persekolahan serta Anugerah Murid Cemerlang :-)

Majlis berlangsung di dewan SKPP9(2) di sebelah pagi dan tamat pada tengah hari. Since Darwisy pernah sertai pertandingan tarian berkumpulan, dia dan kawan2nya diminta untuk membuat persembahan pembukaan majlis. Selepas tu, macam biasa lah ada ucapan dari guru2 sekolah dan akhirnya barulah penyampaian sijil dijalankan. So, tahun depan masuk lah Darwisy darjah 1 :-)

Semoga Darwisy akan tingkatkan usaha untuk menjadi anak yang soleh dan pandai di masa hadapan, Insya Allah... amin...