Excerpt

Saturday, December 28, 2013

Hari pertama Danish di sekolah baru

Pada 28 December 2013, anak kami yang kedua (tengah) telah melangkahkan kaki ke sekolah yang baru (pra sekolah) di SKPP9(2) Putrajaya. Cepat betul rasanya masa berlalu, pejam celik dah 6 tahun umurnya.

Seperti biasa, si Danish ni mmg happening orangnya. Memang dia suka sangat pegi sekolah baru, ada ramai kawan, ada abang Darwisy dan ada Mama... (ERK???)

Iye betul, sekolah tu tempat mama mengajar hehe. Alhamdulillah dapat daftar dia masuk satu sekolah, senang la nak menguruskan anak2. So sekarang ni, aku akan pergi ke taska untuk hantar Darwisyah je. Mula2 tu kekok jugak sebab selalunya hantar 2 orang. Kesian Darwisyah sunyi je abang Danish takde dekat taska. Dah takde saper2 nak protect dia hehehe.

PicsArt_1393464864047

Bergambar depan tempat perhimpunan

PicsArt_1393464992152

Depan pintu kelas... Eh, Darwisyah pon ada? siap bawak bekal lagi hahaha

PicsArt_1393466016006Gambar dalam kelas bersama kawan2 baru... ada jugak kawan lama masuk sekolah sama hehe

Monday, December 16, 2013

Ipoh!! Kami datang!! Lambat sikit la...

14122013 - Sepatutnya trip ni 2 hari, ikut bas rombongan pada pagi sabtu. Tapi disebabkan Danish ada majlis konvo taska pada hari sama... maka kami terpaksa naik kereta sendiri pergi ke Ipoh huhuhu




Sampai di Ipoh agak lewat juga... terus singgah makan sebab mengejar masa langsung tak sempat makan sebelum bertolak. Agak kebetulan jugak yang lain2 belum check-in hotel. Masa tu kami ambil Tune Hotel. Pakej bajet... tapi bilik kecik betul sampai anak2 kena tidur kat atas lantai huhuhu. Takpe lah... satu pengalaman dan pengajaran tu hahaha.
Hari tu tak banyak sangat aktiviti... sebelah malam kami keluar jalan2 naik bas sewa khas keliling bandar Ipoh dan makan malam. Lepas makan malam, pegi pulak berjalan ke pasar malam sampai berjam lamanya. Aku masa tu memang dah letih sebab drive... so jalan kejap je lepas tu pergi ke bas dan rehat hehehe. Bukan apa, pasar malam kat mana2 boleh pegi... kan? Tunggu punya tunggu, pukul 12 tengah malam jugak baru semua masuk bas. Lama betul berjalan huhuhu. So... balik hotel dan sambung tidur hahaha.


15122013 - Hotel tu pakej bajet... so sendiri mau ingatlah pagi2 kena keluar cari sarapan sendiri. Kebetulan pulak, betul2 depan Tune hotel tu ada pasar karat setiap ahad. So tak payah pegi jauh la cari sarapan dekat situ je. Sambil2 tu, mata melilau la cari barang2 yang menarik. Macam2 ada kat pasar karat ni... kadang2 ada barang yang tak sangka akan dijual. Contoh: barang yang sudah rosak hahaha
Oh ye, tadi ada bagitau pasar karat tu betul2 depan hotel kan? Korang tau kat mana driver parking bas? Kat tepi hotel tu je. So cuba teka bas tu boleh keluar ke tak? Boleh... pukul 2 petang baru boleh keluar hahahahahampeh. Tak pasal2 rugi masa. Check out hotel pukul 11 pagi pulak tu. Nasib la... aku nak gerak ke destinasi seterusnya pon tak boleh sebab sponsor naik bas hahaha. Daripada aku habiskan masa buta2 macam tu... ada baik aku layan street photo hehehe.




Dipendekkan cerita... lepas bas boleh keluar dari kepungan peniaga pasar karat... kami shoot pegi ke Lost World of Tambun... sebab tu kami tak pegi dulu... kalau tidak siapa yang nak bayar tiket? Hahaha
First time sampai water park ni, start masuk pukul 4 kot. Agak jakun jugak la sebab selalu main air kat swimming pool je. Aku dah plan... kat sana nanti aku akan gunakan phone Galaxy S4 Active aku untuk merakam moment bersama family (p/s: phone ni kalis air best wooo hehehe)
Pung pang pung pang tau2 dah pukul 6 lebih. Maka kami pon bersiap la untuk balik ke Putrajaya. Aku la yang paling teruk penatnya... dah la baru lepas berkubang... kena drive pulak dari Ipoh ke Putrajaya huhuhu. Sampaikan nak bercerita panjang lebar lagi pon dah tak larat hahaha. Tengok je la gambar2 dan video ni hehehe.




http://www.youtube.com/watch?v=exueurmn2Rs

Tuesday, October 22, 2013

Garfield yang manja

Ingat lagi kucing yang kami jumpa tu? Memang tak ingat la sebab blog ni takde pembaca yang setia hahahahaha

Tengok la Garfield, manja betul dia... tak padan dengan jantan hehehe... agaknya dia happy ada orang yang sudi bela dia... aku pon macam dihargai...

Orang yang paling suka sekali adalah Darwisyah... tak berenggang langsung huhuhu

20131021_184512 20131021_183559

Friday, October 18, 2013

Jumpa kucing!

Pada petang 16 Oktober 2013, di mana aku baru pulang dari kampung sempena cuti Raya Haji... aku telah menjumpai seekor anak kucing yang comel merayau2 di sekitar kedai runcit di bawah apartment aku tinggal. Melihatkan keadaan dia yang kotor dan kelaparan, aku telah mengambil keputusan untuk membeli makanan kucing (paket) dan membawa dia pulang untuk diberi makan... ntah macam mana, kucing ni nampak sangat manja dan sangat berselera makan... macam biasa lah, anak2 dan wife aku sememangnya sukakan kucing dari azali lagi... so tak pasal2 diorang telah memaksa aku untuk membela kucing tersebut... aku pon rasa berat hati nak lepaskan dia, yelah kecik lagi... dgn banyak kereta lalu lalang... takde tempat tinggal...

Lepas je bagi makan, aku dan wife mandikan dia... sebab

So, dengan rela hati aku telah memutuskan untuk membela kucing tersebut... dan nama Garfield telah diberi oleh wife aku (mmg peminat katun garfield kekeke)...

Semoga apa yang aku lakukan ni mendapat keberkatan... Amin...

20131017_233345

p/s: sangkar DIY, beli dari Daiso dan cantum2 kan (first stage)... kucing pon keletihan asik main je hehehe

Tuesday, October 1, 2013

Thursday, May 23, 2013

Tips-tips Umrah dari sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lama betul dah tak update blog ni, hampir terlupa kewujudannya :-(

Terdetik nak update satu perkongsian ilmu dari sahabat berkenaan tips-tips menunaikan umrah, yang ditanya oleh sahabat juga :-)

Harap2 dapat memberi manfaat kepada semua pembaca terutama yang bakal menjadi tetamu Allah S.W.T di tanah Makkah. Berikut adalah soalan dan tips dari sahabat saya :-)

Yarn B Haji Zam (Molhaza):

salam sahabat2 sekalian, nak tanya pasal mekah & madinah. rasanya kat sini dah ada beberapa org yg ada pengalaman kan

ok, citernya camni. saya nak pegi umrah 14 sampai 26 jun ni dgn family. so nak mintak advice tentang:

1) line internet & tepon.
~adakah cukup stakat pakai line yg sedia ada (sy pakai celcom) utk guna phone & internet kat sana. atau perlu beli line(simkad) sana. kalo perlu, mintak suggestion line yg berbaloi utk call, sms & internet.
~coverage phone & internet kat sana macamana. ok tak line dia kalo setakat nak guna utk apps sosial mcm fb, whatsapp & wechat

2) fotografi.
~boleh ke bawak dslr ke semua tempat, atau ada tempat2 yg dilarang, especially masjidil haram & masjid nabawi. atau kena guna point&shoot je. ataupun kena guna kamera phone je
~boleh bawak tripod tak? (hehe... biasa la)

3) pakaian & alatan
~utk lbh kurang 12 hari punya travel ni mintak advice sket pakaian yg macamana perlu dibawak. dgr cerita masa pegi nanti tu tgh musim panas
~apa lg yg perlu dibawak. mcm ubat2 ke selipar ke apa ke. atau ada pape yg perlu bawak extra ke

4) pastu nak mintak advice jugak pasal pegi sana. huhu... sebenarnya cuak jugak nak pegi sana sbb sy ni byk gak buat dosa & maksiat. risau gak takut jadi benda2 yg pelik2. yelah, mcm2 cerita kita dgr pasal org pegi sana kan. kalo benda yg elok alhamdulillah la. kalo tak elok tu nauzubillah. huhu... tp tgh kuatkan jugak hati utk pegi ke sana. sbb bukan selalu nak dpt peluang ke sana kan. nak tunggu haji ntah bila plak kan. tp tulah, risau la jugak. yela, org salah mesti la rasa cuak. huhuhu...

buat masa ni, ini la yg selalu sy fikir. kalo ada pape tips2 boleh dikongsi, sgt2 dipersilakan. baru 1st time nak berjalan keluar negara ni. sebelum ni paling jauh pun kuching je huhuhu...
Ezry A Rahman:

Mula2 sekali, tahniah kerana bakal menjadi tetamu Allah, semoga mendapat pahala yg melimpah ruah.

Penting No 1 – Kat Madinah/Mekah nanti byk tempat mustajab doa, bykkan doa supaya “Allah SWT makbulkan setiap doa”.. faham tak? Maksud dia mana2 tempat doa supaya doa saudara2 makbul bila2, walaupun dah balik Malaysia. Doa lain pun penting, spt rezeki tak putus, keampunan dosa, tapi doa supaya doa makbul tu pun best.. nak doa, kalau boleh solat sunat 2 rakaat, minta dlm sujud.

Penting No 2 – Lepas habis Umrah pertama, masa nak “bertahalul” jgn gunting dulu bila nak lepaskan diri dari Ihram, cari kedai gunting rambut, cukur bagi botak terus, sebab Rasulullah SAW mendoakan mereka2 yg cukur botak habis… apa aku selalu buat, lepas cukur, aku beli lemon atau limau nipis, balik hotel sagat kat kepala, lepas tu berguling jap sebab pedih, lepas tu bilas dgn air zam2. Bila nak balik nanti, rambut tu akan tumbuh balik sikit, buat umrah sekali lagi, bagi cukur lagi sekali.

Penting No 3 – hafalkan cara solat jenazah, sebab kat sana, hampir tiap2 waktu ada solat jenazah. Satu ibadah di Masjid Nabawi dapat 10,000 pahala dan di Masjidil Haram dapat 100,000 pahala. Satu solat jenazah pahala dia sama dgn 2 Bukit Uhud, nanti saudara2 akan tgk berapa besar Bukit Uhud tu, kali dgn 2, kali pulak dgn 10,000 dan 100,000 pahala……. Hafalkan je lah cara solat jenazah tu.. huhuhu

Penting No 4 – nanti sampai Mekah, minta mutawif, selalunya org Indonesia bwk pi pili air zam2. Dia dekat2 area sini (21.423988,39.825654), dekat 2 area pili tu ada ramai org jual tong2 air, beli dgn diorang penuhkan dgn air zam2, bawak balik hotel.. minum selagi boleh, bagi cuci habis system badan dgn air zam2 tu.. nak mandi pun boleh.. tapi kena rajin la ulang alik..

Penting No 5 – cuaca sana beza dgn kita, kita panas lembap, sana panas kering, hidung dgn tekak kita akan kering, kalau pi masa summer mcm Yarn, nak tau panas dia nanti mcm mana, senang je, skrg ni kat Malaysia, tgh2 panas masuk kereta dok diam2 dlm kereta.. tu la panas dia.. kat Malaysia ni kena training berjemur sikit, jgn komplen panas :) .... bykkan minum air masa kat sana. Elok kalau ada tong air zam2 tu, isi kat botol air mineral.

Penting No 6 – Kat Masjid Nabawi/Masjidil Haram nanti ada disediakan tong2 zam2 untuk minum, elakkan dari minum dari tong yg ada ais, cari yg suam, ais + cuaca panas kering = batuk

Penting No 7 – agak susah nak buat, tapi cuba je.. antara Hajarul Aswad dgn Pintu Kaabah (nanti aku cari gambar) ada ruang batu kecik je.. kalau boleh doa kat situ sebab situ tempat sgt mustajab.

Soalan2 Yarn

1) On kan roaming celcom boleh, tapi mahal la.. boleh beli prepaid line sana, Al Jawad kalau tak silap.. masalah Cuma nak synch dgn FB contact aku tak tau..

2) Aku bawak tripod kamera semua.. kamera bwk hand luggage, tripod simpan dlm beg besar. Dlm masjid tripod, dslr tak boleh bwk.. compact dgn HP je boleh.. kat luar masjid tak de masalah..

3) Pakaian, kat sana aku pakai jubah je.. boleh bwk dari sini boleh beli sana, seluar dalam beli yg disposable je, pakai buang, tak payah pening.. kain pelikat, baju melayu boleh jugak bawak. Selipar bawak dari sini. PENTING: CARI BEG KECIK UNTUK MASUKKAN SELIPAR BILA NAK MASUK MASJID, BWK BEG TU SEKALI MASA SOLAT. TU AKU SELALU BUAT. KALAU TINGGAL LUAR, NANTI NAK BALIK TGK ADA 2 JUTA SELIPAR LAIN, MCM MANA NAK CARI? ELOK LA BWK BEG TU SIAP2.
Ubat2 tak payah bwk, sana farmasi banyak.

4) Bab dosa tu, kita semua, pergi ke tak, kena usaha sikit Solat Tahajjud minta ampun byk2, InsyaAllah.

5) Extra – tak tau benda ni masih ada lagi tak.. nanti sampai2 je airport, cari troli untuk beg. Kalau ada pekerja airport pegang troli tu, mintak dari dia, kalu dia tak bagi, cakap “Ana Jiddah” kalau kat Jedah, atau “Ana Madinah” kalau kat Madinah, ambik je buat bodo, satu dunia troli tu free je.. sebab dia diorang ni jahat sikit, kalau letak beg atas troli yg diorang pegang, nanti dia tolakkan lepas tu dia mintak 50 riyal.

6) Extra – rokok kena usaha berhenti sebab kat Arab Saudi rokok difatwakan sbg Haram :)

7) Kalau boleh, nanti dok kat Mekah lama, tanya mutawif kat sana, atau ajak dia pi daki Jabal Nur tgk Gua Hira'.. bwk tele lens sebab dari atas tu boleh nampak Masjidil Haram.

Tu je buat masa ni.. kalau ada apa2 lagi nanti aku tambah.