Excerpt

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, March 23, 2015

Masjid Hijau (Green Mosque) Cyberjaya

Jalan-jalan di Masjid Hijau (Green Mosque) Cyberjaya


Memandangkan hari ni cuti, aku telah mencadangkan satu cadangan kepada diri sendiri untuk pergi ke Masjid yang diwarwarkan telah siap pembinaannya beberapa bulan yang lalu. Tanpa menggunakan GPS atau Google map, aku bergegas dari rumah ke Cyberjaya lebih kurang jam 10 pagi. Di fikiran, ianya adalah waktu yang sesuai untuk mengambil gambar dalaman dan luaran sebab tak ada / kurang orang di Masjid waktu pagi.

Alhamdulillah, aku telah menjumpai lokasi Masjid tersebut dengan mudah tanpa sebarang kesesatan. Ianya terletak di tepi jalan utama ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Dari luar, kelihatan hampir 100% telah siap dibina sebab masih ada sedikit lagi kerja-kerja masih dilakukan di bahagian luar Masjid. Jalan masuk yang mudah, parkir yang luas, bentuk seni bina yang simple bersesuaian dengan konsepnya iaitu Hijau.

Insya Allah kalau ada kelapangan atau cuti di hari Jumaat, akan datang lagi ke Masjid ini.

Sunday, February 1, 2015

Jalan Pasar, 2015-01-31

Setelah lebih seminggu blog ni down disebabkan bandwith limit exceeded, akhirnya online semula lepas masuk bulan yang baru huhuhu

Few things terlepas untuk diupdate, tapi takpe lah... nak buat camne ye tak?

Anyway, hari ni aku berkesempatan pergi ke KL untuk mengambil gambar di sekitar Jalan Pasar... itu pon disebabkan atas misi lain iaitu mencari spare part untuk mesin basuh... oleh kerana misi itu gagal, maka aku telah melepaskan geram dengan shoot street photography seorang diri...

Ada banyak pengalaman menarik sepanjang sesi tu, antaranya adalah terjumpa dengan seorang photographer yang boleh aku katakan very low profile... kejadian berlaku bila aku tengah setup kamera, seorang lelaki cina yang agak berumur menegur aku dan bertanya apa jenis body kamera yang aku guna. Aku seperti layan tak layan sebab tengah main-main dengan setting kamera, kami tak berbual panjang dan dia pon berlalu pergi.

Aku mulakan shoot di sekitar pintu masuk pasar pagi kat situ, satu demi satu dan tengok apa yang perlu diperbaiki. Masa tengah shoot tu, datang sorang peniaga cina dan aku pon bersembang dengan dia. Antara dialog yang dia luahkan adalah "our market is 20 years back to compare with Singapore"...

Aku bukan orang yang pandai pasal politik... tapi dari ayat yang dia luahkan tu, seolah-olah satu rungutan yang dia terpaksa hadapi setiap kali dia berniaga. Mungkin dari segi kemudahan, tempat, saingan atau mungkin dari segi masa. Dalam hati aku, macam mana nak bezakan? Aku sendiri pon tak pernah pergi ke Singapore huhuhu.

Aku teruskan melangkah masuk ke dalam kawasan pasar pagi tu... tengah sibuk-sibuk menembak, tiba-tiba ada orang panggil. Rupanya uncle yang aku jumpa sebelum aku mula ambil gambar tadi. Aku agak terkejut sebab tak sangka dia akan panggil aku.

Kali ni, kami sembang panjang... dan dari situ aku sedar yang aku dah tersalah anggap dekat dia awal-awal tadi... dia memang seorang yang berpengalaman dalam bidang photography. Dia menceritakan yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia photography... selain dari tu, dia bagitau yang dia masih menyimpan sekurang-kurangnya 5 kamera filem a.k.a mekanikal dan salah satunya adalah Minolta. Anaknya juga mempunya hobi yang sama dan menggunakan Nikon D90. Lepas dia ceritakan serba sedikit pengalaman dia, kami bercerita pula hal lens yang popular dan bagus. Dia pon bagitau yang dia ada lens 12-24, UWA dan sebagainya. Dalam masa bersembang tu, aku betul-betul rasa kagum... dia tak nampak macam seorang photographer masa mula-mula jumpa tadi... dan tak sangka dia sangat peramah.

Memandangkan aku harus meneruskan perjalanan, akhirnya aku cakap kat dia yang aku kena start jalan semula dan aku beranikan diri bertanya untuk mengambil gambar dia. Sekali lagi dia dengan ramah membenarkan, sambil menyuruh ambil gambar dia bersama barang-barang yang dia jual. Lepas setel semua, aku pon beredar sambil kata kat dia "hope to see you again"...

Aku pon teruskan langkah sambil mengambil beberapa keping gambar... tiba-tiba aku terkedu kejap sebab ternampak seorang peniaga yang menjual sesuatu yang lain dari yang lain, iaitu katak yang sudah siap disiat. Bila aku berenti kat depan gerainya, dia ternampak aku sambil pegang kamera di tangan. Dia pon menjerit dengan pelat cina dia "kamela! kamela! take photo!" sambil senyum-senyum. Oleh kerana pemandangan tu agak baru bagi aku, aku pon shoot la beberapa keping, tapi tak lalu nak sembang sebab geli geleman hehehe.

Aku bernasib baik sebab keluar di awal pagi, sebab matahari mula naik dan satu peluang yang bagus untuk bermain dengan shadow. Agak banyak juga gambar yang aku ambil, demi mempelajari bagaimana nak mendapatkan angel yang menarik. As usual, tak semua hasil akan menepati citarasa hati... most sad is, kalau takde langsung yang sangkut huhuhu.

Setelah hampir 3 jam berjalan, aku pon ambil keputusan untuk balik ke rumah. Secara ringkasnya, memang seronok keluar untuk street photography di awal pagi kerana segalanya sedang bermula. Insya Allah akan banyakkan berlatih street photography di awal pagi...

Monday, January 26, 2015

Street photography at night, Kuala Lumpur

Kali keduanya aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk tujuan street photography di waktu malam. Kali ni bersama dengan 2 orang kawan iaitu abang Ezry dan Shin Mutalib. Lokasi yang dipilih adalah di sekitar Pavilion Kuala Lumpur kerana mudah untuk diakses dan tumpuan utama pelancong. Cuma sedikit kesilapan yang dilakukan ialah aku telah memandu kereta untuk ke lokasi, sesak gila huhuhu.

Anyway, perjalanan bersama kamera dimulakan selepas solat Maghrib dari Plaza Sungei Wang menghala ke Pavilion. Oleh kerana perut agak kenyang, maka perjalanan pada ketika itu agak perlahan supaya penghadaman dapat dilakukan dengan lancar hehehe. Oh ye, tq abang Ezry belanja minum di Sushi King :-D

As expected, malam tu memang akan sesak dengan orang dan kenderaan lebih-lebih lagi simpang di Bukit Bintang terdapat pembinaan MRRT yang masih belum siap. Ditambah pula dengan sambutan untuk Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Antara teknik yang digunakan pada malam tu adalah slow shutter supaya mendapat motion dari subjek-subjek yang bergerak. Agak kekok jugak sebab tak menggunakan tripod, kena tahan nafas atau bersandar di mana-mana objek keras di keliling. But overall, agak memuaskan dengan hasil yang dapat ditangkap. Of course lah kena berlatih banyak lagi selepas ni.

Here are some of the photos:









Sunday, August 24, 2014

Berembun di Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, hari  ini aku berkesempatan untuk merakamkan sedikit suasana awal pagi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Gara2 tidak boleh tidur, aku telah memberanikan diri untuk keluar ke bandar menaiki motor dengan berbekalkan 35mm ku. Walaupon aku tau agak berisiko outing street photography seorang diri, aku ambil semua itu sebagai satu cabaran demi mempelajari sesuatu yang baru.

Bertolak keluar dari rumah pada jam 12:30AM dan sampai ke bandar lebih kurang jam 1:15AM. Agak kekok jugak keluar malam2 seorang diri lebih2 lagi sudah lama tidak menjejakkan kaki di bandar. Dalam kebuntuan tidak tahu hendak bermula dari mana, maka aku pon pusing2 sekitar Jalan Pudu untuk mencari spot2 yang bagus untuk dimula.

Jalan Pudu Lama, aku berhenti seketika sambil menyaksikan kelibat2 manusia yang masih bersengkang mata mencari rezeki dengan membawa teksi dan bas. Ramai juga penumpang2 yang terdiri dari berbagai kaum tidak tahu ke mana hala tuju mereka. Di dalam hati terfikir sejenak, begini rupanya kehidupan rakyat marhaen di tengah malam tatkala kita semua sedang berdengkur di atas tilam yang empuk.







Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar 2:15AM menyaksikan beberapa orang sedang khusyuk menyusun strategi permainan catur sehinggakan tidak menyedari kehadiran aku. Bermacam2 watak dapat aku lihat di keliling mereka. Ada yang menonton, ada yang menjadi tukang karut, ada yang melepaskan lelah dan berbaring di kaki lima, ada yang sekadar melepak tanpa berbuat apa2 dan macam2 lagi.





Sebelum ini aku hanya dapat menyaksikan gelagat2 mereka di dalam gambar rakan2, tetapi hari ini aku dapat merasakan sendiri suasana awal pagi di Kuala Lumpur. Insya Allah jika ada kesempatan lagi, pasti akan aku jejak lagi kakiku di sini :-)

Monday, March 31, 2014

Pondok usang revisit



Alhamdulillah, pada 30/3/2014 aku telah berkesempatan singgah sekali lagi ke pondok usang di kawasan sawah padi Sungai Besar. Outing yang dirancang pada minit2 akhir, dapat ketemukan aku dengan 2 orang lagi sahabat iaitu Syafiq Sha'arani dan El (Acid Sulfurik).

Walaupon cuaca hujan di sepanjang malam sebelumnya namun rezeki memihak kepada kami di mana pagi itu kami telah disajikan dengan keindahan warna yang cantik di langit. Memandangkan cuaca yang baik pada ketika itu, kami telah bercadang untuk mencuba satu lagi spot untuk mengambil gambar iaitu sebuah rumah tinggal yang pernah diberitahu oleh sahabat lain dan ianya tidak jauh dari kawasan sawah padi.

Setelah menjumpai rumah tinggal itu, kami tidak membuang masa dengan mencari angle menarik dan menekan shutter bertalu-talu hehehe. Okeh, tanpa membuang masa, berikut adalah hasil2 dari outing tersebut :-)

First location, pondok usang... teknik yang aku gunakan adalah bracketing dan white balance dengan bantuan grey card... diambil sebanyak 3 exposures, diproses menggunakan adobe camera raw dan adobe photoshop (DRI atau digital blending). Agak lama tak buat DRI, so ingat2 lupa macam mana nak start dan finishing hehehe.



Next, rumah usang... juga diambil secara bracketing dan bantuan grey card untuk white balance... untuk yang ini, aku ada cuba gunakan photomatix tapi rasa tak berapa puas hati dengan hasilnya (mungkin sebab dah lama sangat tak guna photomatix hahaha). So aku ambil keputusan untuk DRI menggunakan camera raw dan photoshop.



Lastly, group photo... diambil hanya satu exposure (aperture mode) dan multiplied to 2 different exposures menggunakan camera raw... finally touched up with photoshop...



From left: El (Acid Sulfurik), Syafiq Sha'rani and myself.



Candid satu kali! hehehe...

Terima kasih kerana sudi singgah, terima kasih kepada sahabat2 yang sudi join outing, terima kasih abang Fadzly Sham sudi memberitahu lokasi rumah usang tu... Insya Allah, jika dimurahkan rezeki kami akan melawat lagi rumah usang itu :-)

Tuesday, March 25, 2014

Tragedi MH370

Ntah kenapa terdetik di hati untuk menulis tentang nahas pesawat MH370 baru2 ini... mungkin sebab aku dapat merasakan kesedihan yang dirasa oleh kaum keluarga dan sahabat handai kepada mangsa2 nahas... atau hanya sekadar untuk dirakam dan dibaca pada masa akan datang... mungkin juga sekadar untuk meluahkan apa yang bermain di dalam otak... tapi tidak sekali untuk mendapatkan publisiti atau untuk menarik perhatian pembaca blog ni...
Rasanya sudah mencecah dua minggu, pada 24/March/2014, barulah seluruh dunia dikhabarkan dengan berita yang muktamad... iaitu, penerbangan MH370 telah berakhir atau terhempas di selatan lautan hindi... berbagai spekulasi dan cerita telah dikarang dari banyak pihak... banyak artikel2 dan doa2 dikarang di serata media dan internet... tak kurang juga ada yang mengaitkan tragedi ini dengan pergolakan politik di dalam negara...
Aku tak ambil kisah sangat dengan semua tu, yang penting... terus berdoa agar semua misi pencarian MH370 berjalan lancar... tapi apakan daya, semua itu adalah ketentuan Allah S.W.T dan tidak ada sesiapa yang boleh mengubah atau menghalangnya...
Satu episod telah berakhir dan kini bermulalah episod yang baru, iaitu misi mencari kotak hitam atau black box (kotak data) di dalam lautan yang ganas... aku pasti seluruh dunia juga akan terus mengikuti dan menanti update sepanjang misi... sama2 lah kita teruskan berdoa agar semua usaha pencarian ini berjalan dengan lancar...

Al-Fatihah...

Sekalung takziah kepada yang bukan muslim...

Out sources:

http://my.news.yahoo.com/mas-aircraft-goes-missing--says-airline-023820132.html

http://my.news.yahoo.com/mh370-live-report-update-southern-indian-ocean-end-crash-inmarsat-aaib-najib-confirm-143828424.html

https://www.google.com.my/search?q=mh370&rlz=1C1CHMO_en-GBMY568MY568&oq=mh370&aqs=chrome..69i57j69i61j0j69i60j0l2.2544j0j7&sourceid=chrome&espv=2&es_sm=93&ie=UTF-8#cr=countryMY&q=themalaysianinsider+mh370&tbs=ctr:countryMY

https://www.google.com.my/search?q=mh370&rlz=1C1CHMO_en-GBMY568MY568&oq=mh370&aqs=chrome..69i57j69i61j0j69i60j0l2.2544j0j7&sourceid=chrome&espv=2&es_sm=93&ie=UTF-8#cr=countryMY&q=sinarharian+mh370&tbs=ctr:countryMY

Thursday, February 27, 2014

Danish - Penyampai Berita Buletin Utama

http://www.youtube.com/watch?v=pi8cx_9jX-s

Cool jugak kan? hehehe

Masa ni Danish baru berumur 6 tahun dan penyampai berita lagi seorang tu darjah 2 (8 tahun)... ok la tu takde la gagap sangat membaca... kan? hahaha

Kejadian ni berlaku ketika sekolah Danish membuat satu rombongan sambil belajar ke Kidzania Kuala Lumpur... tak pasti berapa banyak aktiviti dia buat sebab aku tak dapat pergi bersama2 Tapi dia ada mentioned dia jadi ahli bomba masa tu hahaha... kalau aku pergi for sure banyak gambar aku snap :-)

Gambar sebelum bertolak ke Kidzania, tak habis2 peace :-P



Monday, February 24, 2014

Macro - Bukit Gasing

Lagi sekali terjah Bukit Gasing bersama rakan2 KFGM. Kali ni dapat berjumpa seorang lagi rakan baru iaitu Ku Mohd Nazril. Semua yang hadir termasuk aku adalah seramai 5 orang. As usual, kami memulakan aktiviti macro di sebelah pagi dan mengharapkan akan menjumpai spesis yang belum pernah kami dapat. Kebetulan, malam sebelum outing tu telah turun hujan yang agak lebat (masa tu musim kemarau). Tapi aku rasa agak kurang bernasib baik sebab spesis yang dijumpai semua pernah dirakam sebelum ini. Kalau tak silap, serangga juga agak sukar dijumpai... mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas ketika itu.

Dipendekkan cerita, sebelum nak balik tu kami ternampak satu lagi group macro dari kejauhan. Setelah diamati, ada beberapa orang dari group tu yang kami kenali iaitu Faisal Ismail dan A-mie. The rest tak kenal lagi hehehe.

Takde group photo masa ni (terlupa kot...), tapi ada sedikit rakaman video di sepanjang aktiviti outing tersebut (pendek je pon)...

http://www.youtube.com/watch?v=7zPK5VG5ZFg







Saturday, February 1, 2014

Outing - Night macro

Dengan setup ala2 poyo yang aku ada (2014/01/29/my-macro-rig-setakat-29012014/), sekali lagi aku melangkah setapak ke hadapan dengan meng"organize" satu sesi outing night macro bergabung dengan rakan dari group Kami Geng Lipas (Awang Jerry, A-Mie, Faisal Ismail, Saya Serin)... Kali ini lokasinya masih di Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Fuh! memang bersemangat sungguh...

Dari apa yang aku survey sebelum hari kejadian, night macro agak mencabar juga. Selain dari suasana yang amat gelap di dalam hutan, ianya juga boleh dikatakan merbahaya kerana kita tidak tahu akan berhadapan dengan haiwan atau serangga apa. Disebabkan itu, pergi ke dalam hutan dalam jumlah ahli atau kumpulan yang ramai adalah amat digalakkan.

Seperti selalu orang kata, lagi mencabar lagi menarik lah hasilnya. Menurut kata orang lagi, pada waktu malam lah banyak serangga yang jarang kita lihat akan keluar berjimba2 di dalam hutan hehehe. Well, memang betul kata orang tu (saper ntah aku pon tak kenal hahaha). Mula2 masuk ke kawasan hutan, kami menjumpai katak hutan yang aku sendiri tak penah tengok. Apa lagi, tekan shutter la hehehe.

Berikut adalah tips2 yang boleh diguna pakai untuk sesi outing night macro:

  • Kena bawak torch light (bak kata orang dulu2 "suar"). Kalau ada yang LED lebih bagus sebab jimat penggunaan bateri dan cahaya lebih jauh terang. Dengan lampu suluh jugak la kita akan suluh subjek ketika shoot sebab malam memang gelap dan kamera tidak boleh nak fokus (atau sukar untuk fokus manual)

  • Bergerak dalam jumlah orang yang ramai, kalau nak berpecah pon pastikan sekurang2nya ada 3 orang dalam satu2 kumpulan.

  • Pakai pakaian yang bersesuaian (baju lengan panjang, seluar tebal, kasut, warna terang, topi)

  • Berjalan dengan berhati2 dan selalu melihat keadaan sekeliling. Takut2 ada binatang buas atau yang berbisa berada berhampiran. So, kena peka.

  • Tips yang ni agak pelik, ada member bagitau. Masa dalam hutan, sembang lah kuat2 sebab ianya boleh menterkejutkan binatang2 buas dan membuatkan mereka lari bertempiaran :-P Setakat mana kebenarannya, Wallahu'alam. Tapi malam tu agak kecoh jugak hehehe.

  • Perlu try and error dari segi camera settings (aperture, ISO, speed, lighting) untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Ada pernah terbaca satu artikel mengatakan, hasil night macro jika dibandingkan dengan waktu siang hasilnya adalah lebih kurang sama. Dari segi background yang gelap (melainkan ada letak background atau natural light).


Banyak jugak aku dah taip ni, tanpa membuang masa inilah dia sebahagian dari hasil night macro :-)

















Sunday, January 26, 2014

LEGO LAND - kami datang!!!

Yep! LEGO LAND... first time pegi ke sana bersama anak2... kebetulan sekolah mama ada buat trip dan tiket masuk untuk kami berdua ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang aku sendiri pon dah lupa hahaha... kalau tak silap ada menang satu pertandingan kot :-P so pihak tersebut telah menempah sebiji bas disewa khas untuk memuatkan lebih kurang 40 orang semuanya (cikgu2 dan keluarga)...

Pada mulanya, kami nak merahsiakan trip ni daripada anak2, tapi ntah macam mana mama boleh plak nak cerita pada diorang. So, hampir setiap hari la diorang bertanya "bila nak pegi Lego Land?" ... bila dijawab, kompom diorang tak tau sebab masih tak faham konsep tarikh hahaha...

Pada hari kejadian 25/01/2014, kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 4 pagi... ye 4 pagi! sebab trip ni hanya 1 hari takde malam... so the plan was, pegi awal pagi dan balik lewat petang... belum pegi lagi dah tau keletihan yang akan bakal menimpa diri huhuhu...

Macam biasa lah, mana2 group nak pegi rombongan memang akan kecoh hahaha... sebelum subuh dah kecoh kat depan sekolah... lepas kira jumlah kepala, finally bergerak dari sekolah lebih kurang pukul 5:15 pagi... vroooommmmm bunyi bas tu memecut nak kejar waktu supaya sempat solat subuh sejauh yang mungkin... masuk je waktu subuh, kami berhenti di satu R&R untuk solat dan lepas tu bersarapan sebelum sambung semula perjalanan... masa sarapan sempat lagi main dengan anak kucing, comel pulak tu! hehehe

http://www.youtube.com/watch?v=1LG2ijki6ro

Penat rasanya nak cerita sepanjang perjalanan, tengok je la gelagat kami dalam gambar2 dan video ni :-P

Flickr Album 72157659568896196


Sedikit rakaman di hari kejadian hehehe

http://www.youtube.com/watch?v=5lZ1pAXJJ0o

Tips kepada yang merancang nak pegi:

1) Kalau setakat anak sorang atau dua yang berumur bawah 6 tahun atau tinggi tak sampai 1 meter, rasanya eloklah lupakan dulu niat tu. Sebab kat sana agak strict tempat permainannya, habis duit bayar tiket tapi tak lepas nak masuk pintu masuk permainan

2) Bawak air mineral banyak2 sebab Lego Land tu tempat lapang. So, kalau pagi membawa ke tengah hari memang panas otak rasa nak menggelegak. Lagi pon air dan minuman dalam Lego Land tu mahal nak MAMPOS!!

Sekian :-)

Wednesday, January 15, 2014

Outing macro pertama - bersama KFGM

Berbekalkan ilmu cetek yang ada, aku telah bergerak setapak ke hadapan demi mentajamkan (mentajamkan??) ilmu macro photography dengan keluar outing bersama rakan2 seangkatan (KFGM) ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. Sesampainya aku di sana, terasa sangat seronok sebab first time shoot macro dalam hutan yang betul (sebelum ni tepi2 jalan je hahaha).

Dengan setup/rig macro yang aku ada (yang hodoh tu...), maka bermulalah sesi menekan shutter selagi mahu sebab baru2 memang tangan dan badan bergoyang macam ada ribut huhuhu.

Apa yang aku dapati dalam bidang macro photography ni, ianya memang sangat menguji kesabaran dan ketajaman mata.

Kesabaran - setiap macro photographer tidak boleh gelojoh dan cepat panas hati untuk mendapatkan satu2 shot. Kita shoot serangga, bukan shoot orang atau static subject yang boleh kita bagi arahan untuk berdiam diri. Mungkin ada baiknya jugak aku study pasal serangga ni macam mana dia punya habitat atau cara pergerakkan supaya mudah untuk bajet atau meneka apa yang bakal berlaku semasa menekan shutter.

Ketajaman mata - wooo... mata memang kena melilau mencari subjek yang kecik2 sampai kekadang tak nampak dari jarak 2 - 3 kaki. Ada pernah mendapat tips dari sahabat di mana kita kena tau apa yang kita nak cari sebelum pergi serbu ke satu2 tempat. Sebagai contoh, labah-labah. Kena tau di mana dia selalu berada (bawah daun, celah ranting, etc). Dengan tips ni juga, senang untuk kita focus terhadap subjek yang dicari... sebagai contoh, kita tau labah2 ni selalunya warna apa, kecil mana, dan sebagainya sebab kadang2 dalam sekawan semut atau kerengga pon ada labah2... apa yang aku melalut ni hahaha

Selain daripada tu juga, aku dapati bidang macro photography ni juga boleh merapatkan lagi silaturrahim di antara kawan2 lama dan juga kawan2 baru. Masa first time pergi ke Bukit Gasing tu, ada la jumpa 2 3 orang yang tak berhenti bercerita dan memberi tunjuk ajar berkenaan dengan macro ni.

Tidak lupa juga, macro photography boleh menguji tahap stamina kita dan boleh menjadi satu aktiviti riadah yang sangat sihat. Kenapa? Cuba pegi sehari tengok berpeluh ke idak hehehe

Insya Allah, aku akan cuba mentajamkan (lagi sekali...) lagi ilmu yang diberi ni untuk pergi lebih jauh... so, ini adalah antara hasil tangkapan pada hari tersebut...











Geng yang hadir pada hari kejadian

Dari kiri: Azri Suratmin, Syafiq Shaarani, Samad Agogo, Aku, Ezry Abd Rahman & Syah Rol

Tuesday, October 1, 2013