Excerpt

Wednesday, February 28, 2007

Hari ni puasa

hai..hai..hai...
halooo kengkawan...arini mama pose...so mama tengah ngantuk giler nih...
kejer boleh tahan lah banyak nya...hmmm..jap gi lah wat kejer...
arini kat sekolah cam biasak la...melayan karenah bebudak...
arini mama lambat sket sampai opis...bukan apa jalan jam lah skang nih kat tol...
pehtu pepagi lagi dah melayan si busyuk masyam mama tuh..aper lagi darwisy lah...
dia memang pepagi je bila mama dah siap mandi nak gi keje dia pun bangunla...
siap ajak main lagi...yang paling kelakar bila time suh dia kejut abah...yang syok nya darwisy paham je apa yang mama cakap...beriya dia kejut kan abah..siap tepuk2 bahu lagi..kekadang tuh dia korek telinga abah...korek idung abah...abah pun kekadang sengaja buat2 tido nak main ngan darwisy....tu yang mama bertambah lambat pegi keje tu..heheheh...

satu pagi tu lagi kelaka masa tuh time cuti hari ahad rasanya...darwisy ngan mama dah bangun  abah tak bangun lagi...pehtu darwisy tengok mama siap naik2 kening lagi nak mengenakan abahnya...memang kelaka + comel je tengok muka dia nak pekena abah nya...pehtu apa lagi teruk la abah dikerjakan dengan si darwisy...nyomei je...

alamak..tetiba ada keje yang memeningkan plak sampai kat atas meja nih..keylah sambung lain kali plak nah..byeee

Tuesday, February 27, 2007

Sambungan…

hehehe...
tetiba rasa nak menyambung...mama baru lepas balik makan...ni tengah kenyang...
actually mama nak diet..so kepada kengkawan yang ada petua untuk diet sila lah kongsikan ngan mama ek...mama nak diet sangat pun tekleh gak...kalau mama kurangkan makan nasi nanti susu mama kurang..yelah darwisy masih lagi nyusu badan...so pada sesape yang ada petua jangan lupa kongsi ngan mama tau....

okeylah...mama nak sambung wat keje...kepada kengkawan sume....
BERKOJO LAH KITE SEKUEKNYO...repeat 10x
semoga Allah memberkati segala kerja yang kita lakukan dan ingat
bekerjalah dengan seikhlasnya hanya kerana Allah....amin...

Mama dah sihat

halooooo....
hai..pekabo sume kengkawan....mama darwisy kat sini dah sihat...
cuma kewangan mama tak berapa nak sihat...
maklumlan..gaji dapat awal...so skang bila dah ujung bulan sakit la sket...

tulah skang nih mama nak isi borang kejer kat MPSJ..
sebelum nih mama dah isi SPA..tengok la mana-mana yang dapat mama pegi la..
bukan apa kejer mama skang nih memang best..kerani sekolah...tetap dan berpencen...
tapi tulah...nak mengadap ngan cikgu2 yang berlagak..eksen..dan yang sewaktu dengannya...
mintak maaf la kalau ada saper2 cikgu yang terbaca note nih...

mama bukan apa ada sesetengah cikgu kat sekolah mama nih terutamanya yang KPLI...
ntahlah memang eksen semacam...mama tau lah diorang ada 'Degree' tapi jangan la eksen sangat
mama pun ada degree jugak cuma rezeki mama jer lambat sket....cikgu satu hal....lagi satu nak melayan karenah budak2...bukan apa bebudak nih memang comel2..tapi kekadang tak larat gak nak layan karenah diorang nih....kejap2 sakit perut..kejap2 sakit kepala..yang sebenor nya...diorang takut ngan cikgu...tak siap keje sekolah...maleh nak belajo...sume ada...
lagi satu masalah kat sekolah nih ialah nak mengadap parents2 kat sini...
for your information sekolah mama ni area orang kayo2...sume datang bawak keter besor2 canggih2...tu yang bila jentik anak sket tuuu diaaa melenting tak tentu pasal...padahal anak sendiri nakal yaaa amat...

isk...ni dah kira ngumpat dah mama nih...sorry la abah..mama ter emotional plak...
skang nih mama nak isi borang ek...key lah see ya....

mama cayang abah ngan darwisy....

Saturday, February 24, 2007

Darwisy posing

modelling

kami pon tak tahu kenapa darwisy pandai sangat beraksi depan kamera. pantang nampak kamera je, mesti nak posing. macam tau-tau je orang nak ambik gambar dia. rasanya semua budak-budak macam tu kot. bukan macam abah, tak suka bergambar :P

gambar posing ni kami ambik di rumah mak long 11 Feb yang lalu. a few days before darwisy got fever. comel kan? :)

just like me :)

 

darwisyandme

yep! no wonder why my family always say "look at darwisy, he just like you when you was a baby"
even my wife said the same thing. isn't he? just look at the picture, any difference? the hair, I guess :)

Friday, February 23, 2007

Wednesday, February 21, 2007

huahhhh…hiargghhhhh…..

hmmm...letih plak rasanya arini...
mama sorang jek arini..member2 sume cuti...
maklumla..aritu mama cuti sampai seminggu tak sihat.....baby pun demam...
so takkan mama nak tinggal kan dia....
skang ni pun mama tak berapa sihat..masih lagi batuk ngan sesema....

hmmm...tetiba cam maleh nak wat keje....
sebelum....terlupa...
mama nak ucapkan beribu-ribuuuuu lemon...time kasih kepada sesaper saje yang sudi melayari laman web mama darwisy nih....
tak kira la member yang dah sedia kenal mama ke..yang baru nak kenal ker...yang belum kenal pun takper...leh kita berkenalan...

actually...mama tak tau apa nak tulih nih...abah la sibuk suh buat pape..abah kata kalau mama tak nak buat paper macam mana nak update web mama....
so mama pun type la something untuk abah masukkan dalam web mama....

okeylah...line tak clear..lagipun mama dah tak tau nak cakap apa...besok2 mama sambung lagi nah...

apa pun mama tetap sayang abah ngan baby....mmmuuuaahhhhhhhhhhhhh

Tuesday, February 20, 2007

Sihat 98%

Kenapa 98% ? heheh sebab badan darwisy masih ada bintik-bintik merah. Orang kata panas badan nak keluar. Yang lain dah ok, selsema pon dah baik. Alhamdulillah.... terima kasih kepada atuk & nenek dan lain-lain yang telah mendoakan kesihatan darwisy.
Hari ni kami takde ke mana-mana, duduk di rumah aje. Cuaca di luar pon tak menentu lagi. Dari semalam hujan tak berhenti-henti. Tengok lah kalau reda sikit ingat nak bawak darwisy kuar jalan-jalan kejap. Maklumla dah dekat seminggu jugak asik duduk terperap di rumah. Kulit pon makin putih hihihi. Lepas ni rasanya lena la kami tidur :) esok mama & abah dah nak kerja... darwisy jangan mengada-ngada dengan mak andak tau! :P

Monday, February 19, 2007

Sihat 90%

Hari ni darwisy dah bertambah ceria sebab bangun pagi-pagi nampak muka nenek :)
Kejap lagi tok wan, mak long, mak lang dan abang-abang nak datang (bawak lauk hehe)
Lepas tu nak bawak nenek balik rumah mak long, rindulah nenek kat darwisy. Nenek cakap tak sampai hati nak tinggalkan darwisy.

Sunday, February 18, 2007

Dah nak sihat

Alhamdulillah… pagi ni darwisy dah mula berpeluh, bertenaga dan happy. Mungkin sebab dia tau tok wan, nenek, mak lang, mak long dan abang-abang nak datang. Kesian nenek, sampai tak sedap hati sanggup datang KL nak tengok darwisy. Siap bawak air “Zam-Zam� lagi. Sayang betul diorang pada darwisy. Malam ni nenek tidur rumah kami, tapi yang lain balik rumah mak long. Esok datang balik nak ambik nenek.

Atuk dengan nenek (sebelah mama) datang ke KL

Hari ni kami bawak darwisy pegi rumah Pak Long sebab atuk nak datang. Siap bawak air penawar lagi. Mulanya memang nak cari air penawar, tapi sebab atuk dah bawak dari kampung maka tak jadilah nak cari. Hari ni mood darwisy okay sikit, mungkin sebab dapat berjalan kot.

Saturday, February 17, 2007

Hari ke-4 masih demam

kali ni kami memang betul-betul risau. Darwisy memang tak pernah demam lama macam ni. Dah masuk hari ke-4 masih takde perubahan. Darwisy macam tak bermaya sangat, maklumlah tak cukup tidur. Begitu juga dengan mama dan abah. Tapi hari ni abah terpaksa pegi kerja sebab nak cuti tahun baru cina, jadi kenalah siapkan kerja yang dah sememangnya banyak. Hari ni abah dan mama dah nekad kalau tengahari ni tak baik jugak, nak bawa pegi klinik. Tapi kali ni taknak ambik ubat lagi, kalau boleh nak sedut kahak dan hingus darwisy.

Friday, February 16, 2007

Abah pulak yang demam

Kes parah ni

Inilah kali pertama kami bertiga kena demam berjangkit. So abah ngan mama terpaksa ambik MC. Dah tiga hari tak pegi keje macam best pulak hehehe. Tapi kami paling risau pasal darwisy. Sebelum ni tak pernah demam lama sangat. Dah lepas makan ubat doktor bagi pon tak baik-baik lagi. Rasanya hari ni suhu badan dia tak menentu kejap sejuk kejap panas. Jadi atas nasihat keluarga, kami bawa darwisy ke klinik putrajaya untuk periksa darah. Kami sampai sana dalam pukul 10.30am. nasib baik tak ramai orang. Macam biasa darwisy membebel sorang-sorang sebab seronok berjalan. Cuma kurang ceria sikit je.

Tiba giliran

Bila tiba giliran, kami pon masuk bilik pemeriksaan tu. Masuk-masuk je nurse pon apa lagi…�alahai comelnya lah budak ni, tangan tembam ni macam mana nak cucuk jarum?� Gulp! Cucuk jarum? Alahai jangan la si darwisy ni melalak nanti. Dah lepas tepuk-tepuk tangan tu (nak cari urat) nurse tadi pon keluarkan jarum. “eh eh comelnya jarum tu� dalam hati kami. Lantas nurse tadi cucuk terus keluar darah menitik (sampai terkena seluar abah sikit hihihi) Aik? Tak menangis? Kuatnya anak abah ni hehe. Penat je mama pujuk-pujuk siap tutupkan mata darwisy, kononnya taknak darwisy nampak darah tu. Bukan setakat tak menangis aje, tapi sibuk pulak nak tengok darah dia yang menitik-nitik tu. Mama pon tak boleh nak buat apa, bagi aje lah. Bila dah dapat tengok tu darwisy pon mula la buat muka pelik dia tu. Beriya-iya! “apalah nurse ni buat dengan tangan aku ye?� mungkin itu yang dia bisik.

Keputusan darah

Dengan hati berdebar-debar, kami masuk bilik doktor pulak. Lepas dia tanya banyak soalan, dia kata darah darwisy takde unsur-unsur jangkitan denggi. “Alhamdulillah….� Barulah lega hati kami mendengar. Mana tak risau? Sebab malam tadi badan darwisy terlampau panas dan ada bintik-bintik merah. Sampaikan kami tak lena nak tidur…

Thursday, February 15, 2007

Mama pulak berjangkit demam

Hari ni masuk hari kedua darwisy demam. Mama pon berjangkit jugak. So hari ni abah kena tambah cuti sebab nak jaga mama dan darwisy. Hari ni jugak kali kedua kami pergi klinik. Doktor kata “biasa lah tu sebab cuaca sekarang tak menentu�. Jadi kami pon tak lah risau sangat. Since darwisy dan mama demam ni kami takde nak ke mana, duduk kat rumah aje la hehehe

Wednesday, February 14, 2007

Darwisy kena demam panas

Hari ni abah dan mama terpaksa ambik cuti sebab malam tadi suhu badan darwisy tiba-tiba panas. Pagi tu darwisy terus batuk dan selsema. Kesian tengok dia macam susah nak bernafas, sebab hidung tersumbat. So kami bawa dia pergi klinik kanak-kanak...

Saturday, February 10, 2007

can i hack these theme?

yeah, i just thought to hack these theme :) just wait i guess...

Darwisy’s first swimming lesson videos

As promised, I just uploaded the videos to Darwisy esnips account. You can just click at the image below :) check it out! He was cute :D

28-01-2007 04.06.48pm

BTW, it was taken at Mak Long's house early February. Just watch :)

Thursday, February 8, 2007

Monday, February 5, 2007

Ride, Swim and Hide

I just updated the blog. It's my new gallery collection around Jan and early Feb 2007. Darwisy's first ride, first swimming lesson and the place where Darwisy always hiding :)

Here is the link... http://hilmanali.com/?page_id=228 

The movies will be uploaded soonest...