Excerpt

Showing posts with label padi. Show all posts
Showing posts with label padi. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Jerami Padi, Sungai Besar

Habis shoot budak-budak main Bola Sepak Bendang, aku ke kawasan seberang untuk ambil gambar jerami padi dan sunset.

Al-kisahnya, kelmarin (Jumaat) dah ke sini. Tapi tak ada shoot gambar secara serius sebab banyak urusan dan saja nak jumpa kawan (Fadzly & Syafiq) yang nak shoot di situ. Kebetulan pulak rupanya ada kawan-kawan lain yang datang dari jauh. So, membebel aje lah aku masa tu :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Jerami Padi Shoot guna kamera, edit dalam phone guna Snapseed[/caption]

Semalam, rasa sangat nak shoot landscape sebab dah lama pon tak petik shutter kamera. So, aku cuba cari jerami padi di kawasan bendang sekitar jam 5 petang. Pusing punya pusing, tak jumpa lokasi lain yang ada jerami padi. What to do? Singgah la lokasi sama kelmarin. Alhamdulillah, jerami padi tu semua masih ada terlonggok di situ.

Tanpa membuang masa, aku keluarkan kamera dan lekatkan pada tripod cap ayam aku. Agak kekok jugak masa tu, maklumlah dah lama tak menembak. Kejap single exposure, lepas tu tukar bracketing pulak, lepas tu gatal tangan cuba in camera HDR. Semua macam tak menjadi hahaha! Last-last, aku pilih bracketing. Senang nak pilih kemudian dan decide method apa nak process gambar nanti.

As usual, method DRI/digital blending masih mendapat tempat di hati. Nasib baik masih ingat sikit-sikit steps untuk process gambar landscape. Cumanya, composition gambar ni memang ke laut :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Jerami Padi Teknik DRI[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Jerami Padi Teknik DRI, ditambah editing dalam Flickr. Nampak huduh pulak...[/caption]

Monday, April 21, 2014

Syuruk di Tanjung Karang

19 Apri 2014, 5:00AM... ye 5:00AM huhuhu... bergerak dari Putrajaya ke Tanjung Karang untuk menikmati suasana pagi di sawah padi. Ini semua akibat racun kawan2 hahahaha! Terutamanya abang Matlarn Zailan :-D

Memandangkan aku ni pemandu yang berhemah, maka sampai pon agak lewat jugak sikit... tapi itu bukan salah aku semata2... salah mama yang buang air besar lama sangat kat Petronas hahahaha... tapi salah aku jugak sebab tak bagitau misi aku pagi tu... saper bersalah ni? huhuhu

Tanjung Karang, tak berapa familiar sangat tempat tu... so composition pon lintang pukang lah... tak tau mana matahari naik mana turun... POI pon tak sempat nak cari... belasah mana ada je...

Berikut adalah sedikit hasil outing sendirian yang amat terkejut...



Tuesday, March 4, 2014

Milky way katanya

Sabtu, 1 march 2014... aku pulang ke kampung seperti biasa atas urusan keluarga. Pada malam hari yang sama juga, aku telah terbaca satu update facebook yang mengatakan ada satu rombongan akan tiba di kampung aku iaitu Sungai Besar atas alasan hendak mencerap milky way... telah aku khabarkan bahawa cuaca di kampung aku tidak seindah di Australia pada ketika itu... tapi dengan alasan mereka hendak mencuba nasib, aku telah mengalukan kedatangan mereka kekeke...

Jam lebih kurang 4:30 pagi, mereka dengan konfiden telah memasuki satu lorong yang aku sendiri tidak pasti di mana lokasi... so aku call mereka dan berkata "weh! korang kat mana ni? lorong mana ko masuk?" dan menyuruh mereka untuk berpatah balik kerana dikhuatiri akan sesat ke negeri Perak...

Tidak lama kemudian, maka berjumpa lah kami di satu lokasi yang rahsia dan aku telah membawa mereka ke satu lagi lokasi yang rahsia juga :-D

Seperti yang telah aku khabarkan, keadaan cuaca tetap tidak berubah ketika itu di mana langit telah dipenuhi dengan awan2 jerebu huhuhu... tapi takpe lah, memandangkan mereka dah sampai maka aku kenalah layan mereka sebagai tetamu dan aku telah membawa mereka ke satu kedai mamak untuk menikmati juadah di awal subuh hehehe

Berapa punya panjang cerita daaa... ok aku pendekkan... so lepas solat subuh, kami bergegas semula ke lokasi rahsia yang kedua tadi untuk merakamkan moment sunrise tetapi malangnya, matahari sangat malu2 untuk muncul dan demi menyedapkan hati masing2, maka kami pon berselfie secara ramai2 berlatar belakangkan pondok yang usang... huhuhuhu



Gambar dari kiri: Fakrul Jamil, aku, Eyzham dan Rasdi

p/s: gambar ini telah diedit secara melampau oleh saudara Eyzham hahaha