Excerpt

Monday, October 17, 2016

Fotografi Jalanan, Pasar Karat - Masjid India

Lokasi outing fotografi jalanan kali ini adalah di Pasar Karat dan Masjid India, bersama seorang sahabat. Jujurnya, setelah hampir 20 tahun tinggal di Lembah Kelang, ini adalah kali pertama aku akan menjejakkan kaki di lokasi tersebut.

Sekitar jam 9 pagi, kami tiba di lokasi yang pertama (sekitar Petaling Street). Dalam perjalanan menuju ke lorong masuk Pasar Karat, kelihatan seorang lelaki India yang sedang asyik memintal-mintal misainya sambil ditarik ke atas. Aku menghampiri beliau dan senyum. Sambil menegur dengan sedikit pujian ke atas misainya, aku menunjukkan isyarat dengan kamera (permission), samada boleh mengambil gambar atau tidak. Dan dia tidak ada masalah dengan permintaan itu.

Selesai berborak dengan Mr. Sathiya, kami memulakan langkah memasuki lorong ke Pasar Karat. Beberapa tips dan nasihat yang pernah aku baca dari blogger di internet, tempat yang sebegini haruslah kita berhati-hati. Tidak semua peniaga di sini peramah, begitu juga pengunjungnya. Barang-barang yang berharga perlu disimpan dengan baik, jangan bawa terlalu banyak wang tunai, kena peka penculik saku, jangan keras kepala dan sebagainya.

Terdapat banyak barangan yang dijual di tepi jalanan dan pengunjung yang datang juga sangat ramai. Antara barangan yang dijual adalah barang-barang elektrik, telefon, perhiasan, buku, kamera lama, pakaian dan sebagainya. Dan kebanyakan barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai. Yang pasti, harganya murah.

Flickr album 72157671794451864

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731621194/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362064975/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731577984/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362072975/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731580794/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30275789551/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30065010320/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362079635/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326804616/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326806396/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362085915/in/datetaken/

Setelah hampir 1 jam di situ, kami melangkah kaki menuju ke Masjid India melalui Petaling Street dan Pasaraya Seni. Agak berpuas hati dengan outing di Pasar Karat tadi, Insya Allah akan berkunjung semula satu hari nanti. Dengan lebih ramai sahabat, mungkin?

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326789186/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326810036/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29730360713/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362092225/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29730364403/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326817436/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30275777551/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30275822631/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326820226/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29730370833/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30362069435/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30245497552/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731610564/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30245502372/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/29731615254/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30326837806/in/datetaken/

https://www.flickr.com/photos/darwisy/30245507322/in/datetaken/

Thursday, October 6, 2016

HyppTV Everywhere WebTV Plug-in

Sekiranya anda mengalami masalah untuk download atau install HyppTV Everywhere WebTV Plug-in, boleh cuba langkah-langkah ini.

Objektif Utama:



  • Untuk menonton rancangan TV di internet browser (Firefox / IE / Chrome) menggunakan khidmat HyppTV Everywhere


Keperluan:



  • Pengguna Unifi

  • Berdaftar di HyppTV Everywhere

  • Menurut penjelasan dari he.help@tm.com.my, plug-in ini tidak boleh digunakan di internet browser Chrome


Masalah:



  • Login di http://hypptv.tm.com.my

  • Disuruh install HyppTV plug-in dengan klik butang OK

  • Tidak boleh download atau install HyppTV plug-in setelah klik butang OK (seperti gambar di bawah)


hypptv everywhere install failed

Solusi:



  1. Download WebTV Plug-in di sini (URL telah diberi oleh he.help@tm.com.my)

  2. Install plug-in tadi (boleh ikuti langkah di User Guide ini bermula 4b. iv)

  3. Setelah selesai, login semula di http://hypptv.tm.com.my

  4. Berkemungkinan, symptom sama akan berlaku jika klik butang OK. Teruskan dengan klik butang Cancel.


P/s:

  • Post ini ditulis setelah kecewa dengan jawapan-jawapan yang diberi di Twitter TMConnects dan direct message

  • Menulis tutorial dalam Bahasa Melayu memang sukar :-D