Excerpt

Tuesday, February 24, 2015

Nostalgia Restoran Terapung, Bagan Sungai Besar

Terletak hanya 500 meter dari rumah di kampung, tempatnya aku selalu melepak masa bujang dulu... iaitu Restoran Terapung, Bagan Sungai Besar. Pernah dikendali oleh kawan bernama Naim, Achun dan keluarganya (sekarang ni tak pasti siapa pemilik baru).

Boleh dikatakan hampir setiap malam aku akan melepakkan diri bersama kawan-kawan kat situ. Bila ingat-ingat balik apa yang aku selalu buat masa lepak, rasa macam tak banyak... minum-minum, makan-makan, tengok TV, sembang-sembang... tu je HAHAHA.

Nak dijadikan cerita kenapa aku nak ambil gambar kat situ, baru-baru ni ada nampak gambar sunset dari kawan-kawan seangkatan, so aku pon ambil kesempatan untuk menjengah sambil mengambil gambar pemandangan senja di restoran tu.

Agak nostalgia jugak bila masuk melalui restoran tu, separuh dari tapak kedai dah tak boleh digunakan sebab hampir roboh dan sekarang tidaklah nampak sangat "terapung" nya.

P/S: di tempat ni jugaklah tempat aku dengan kawan-kawan berkubang masa zaman sekolah, tak boleh lupa peristiwa tersepit antara dua bot :-D
P/S: nampak agak berterabur susunan karangan ni HAHAHA!
P/S: angle tak berapa meletop, kena repeat ni huhuhu...



Teknik gambar resolusi tinggi (High Resolution Image)

Hari ni takde banyak keje sangat, maklumlah baru lepas cuti tahun baru cina. Tunggu punya tunggu, tak ada email yang masuk... so aku pon menggatal tangan untuk mencuba satu teknik yang dipanggil High Resolution Image (ni semua pengaruh OM-D EM-5 Mark II)

Terjumpa tutorial ni dari Petapixel, maka aku pon cuba lah sebab dia kata tak berapa susah untuk achieve hi-res dari image yang low-res. Memandangkan tak bawak kamera ke tempat kerja, maka aku telah mencuba teknik ini dengan menggunakan kamera telefon cap ayam iaitu Samsung GT-I9295.

So, gambar kat bawah adalah hasil dari teknik tersebut. Boleh tahan... sesuai untuk scene yang statik seperti landscape, architecture, mungkin juga close-up produk. Kalau guna kamera phone cap ayam pon dah boleh recover banyak detail dan noise, apa tah lagi kalau guna kamera DSLR.

Sedikit ringkasan dari mula hingga akhir untuk dapatkan hasil seperti gambar di bawah:

- shoot guna kamera tanpa tripod, walau bagaimana pon tangan hendaklah stabil yang mungkin
- dapatkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 shots (if possible in RAW format)
- load semua gambar-gambar ke dalam photoshop layers
- align semua layers (Auto je)
- convert semua layers jadi Smart Object (ada cara lain, tapi aku guna cara ni)
- Stack Mode = Mean (atau Median)
- selesai!

Dari sini, boleh la cuba enlarge image tadi (cth: 200%) dan enhance secukup rasa (cth: sharpen / contrast / etc)

Enjoy the reading at Petapixel for further details and happy testing :-D (mode malas nak taip lebih panjang hehehe)





p/s: masih relevan kah rancangan aku untuk mendapatkan OM-D EM-5 Mark II ? :-D

UPDATE:

Single image (zoomed 200%)


Stacked 20 images (zoomed 200%)

Sunday, February 1, 2015

Jalan Pasar, 2015-01-31

Setelah lebih seminggu blog ni down disebabkan bandwith limit exceeded, akhirnya online semula lepas masuk bulan yang baru huhuhu

Few things terlepas untuk diupdate, tapi takpe lah... nak buat camne ye tak?

Anyway, hari ni aku berkesempatan pergi ke KL untuk mengambil gambar di sekitar Jalan Pasar... itu pon disebabkan atas misi lain iaitu mencari spare part untuk mesin basuh... oleh kerana misi itu gagal, maka aku telah melepaskan geram dengan shoot street photography seorang diri...

Ada banyak pengalaman menarik sepanjang sesi tu, antaranya adalah terjumpa dengan seorang photographer yang boleh aku katakan very low profile... kejadian berlaku bila aku tengah setup kamera, seorang lelaki cina yang agak berumur menegur aku dan bertanya apa jenis body kamera yang aku guna. Aku seperti layan tak layan sebab tengah main-main dengan setting kamera, kami tak berbual panjang dan dia pon berlalu pergi.

Aku mulakan shoot di sekitar pintu masuk pasar pagi kat situ, satu demi satu dan tengok apa yang perlu diperbaiki. Masa tengah shoot tu, datang sorang peniaga cina dan aku pon bersembang dengan dia. Antara dialog yang dia luahkan adalah "our market is 20 years back to compare with Singapore"...

Aku bukan orang yang pandai pasal politik... tapi dari ayat yang dia luahkan tu, seolah-olah satu rungutan yang dia terpaksa hadapi setiap kali dia berniaga. Mungkin dari segi kemudahan, tempat, saingan atau mungkin dari segi masa. Dalam hati aku, macam mana nak bezakan? Aku sendiri pon tak pernah pergi ke Singapore huhuhu.

Aku teruskan melangkah masuk ke dalam kawasan pasar pagi tu... tengah sibuk-sibuk menembak, tiba-tiba ada orang panggil. Rupanya uncle yang aku jumpa sebelum aku mula ambil gambar tadi. Aku agak terkejut sebab tak sangka dia akan panggil aku.

Kali ni, kami sembang panjang... dan dari situ aku sedar yang aku dah tersalah anggap dekat dia awal-awal tadi... dia memang seorang yang berpengalaman dalam bidang photography. Dia menceritakan yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia photography... selain dari tu, dia bagitau yang dia masih menyimpan sekurang-kurangnya 5 kamera filem a.k.a mekanikal dan salah satunya adalah Minolta. Anaknya juga mempunya hobi yang sama dan menggunakan Nikon D90. Lepas dia ceritakan serba sedikit pengalaman dia, kami bercerita pula hal lens yang popular dan bagus. Dia pon bagitau yang dia ada lens 12-24, UWA dan sebagainya. Dalam masa bersembang tu, aku betul-betul rasa kagum... dia tak nampak macam seorang photographer masa mula-mula jumpa tadi... dan tak sangka dia sangat peramah.

Memandangkan aku harus meneruskan perjalanan, akhirnya aku cakap kat dia yang aku kena start jalan semula dan aku beranikan diri bertanya untuk mengambil gambar dia. Sekali lagi dia dengan ramah membenarkan, sambil menyuruh ambil gambar dia bersama barang-barang yang dia jual. Lepas setel semua, aku pon beredar sambil kata kat dia "hope to see you again"...

Aku pon teruskan langkah sambil mengambil beberapa keping gambar... tiba-tiba aku terkedu kejap sebab ternampak seorang peniaga yang menjual sesuatu yang lain dari yang lain, iaitu katak yang sudah siap disiat. Bila aku berenti kat depan gerainya, dia ternampak aku sambil pegang kamera di tangan. Dia pon menjerit dengan pelat cina dia "kamela! kamela! take photo!" sambil senyum-senyum. Oleh kerana pemandangan tu agak baru bagi aku, aku pon shoot la beberapa keping, tapi tak lalu nak sembang sebab geli geleman hehehe.

Aku bernasib baik sebab keluar di awal pagi, sebab matahari mula naik dan satu peluang yang bagus untuk bermain dengan shadow. Agak banyak juga gambar yang aku ambil, demi mempelajari bagaimana nak mendapatkan angel yang menarik. As usual, tak semua hasil akan menepati citarasa hati... most sad is, kalau takde langsung yang sangkut huhuhu.

Setelah hampir 3 jam berjalan, aku pon ambil keputusan untuk balik ke rumah. Secara ringkasnya, memang seronok keluar untuk street photography di awal pagi kerana segalanya sedang bermula. Insya Allah akan banyakkan berlatih street photography di awal pagi...