Excerpt

Showing posts with label family day out. Show all posts
Showing posts with label family day out. Show all posts

Saturday, March 26, 2016

BoBoiBoy The Movie - Last Minute Booking

BoBoiBoy The Movie mula ditayangkan di pawagam pada 3hb March 2016. Sejak dari tarikh tu, Abah dengan Mama langsung tak ada kesempatan nak bawak DDD pegi tonton sebab banyak hal.

3hb tu pegi ke Johor 3 hari sampai hari Isnin. Sepanjang minggu cuti sekolah pulak tak dapat booking sebab seat semua penuh. Kebetulan pulak Abah kerja. Lepas habis cuti sekolah balik kampung pulak ada kenduri. Balik dari kampung, dah start sekolah pulak. Nak beli untuk hari Sabtu, last tayangan hari Rabu pulak. Kenapa la cepat sangat habis tayangan tak sampai sebulan huhuhu...

Tapi Abah tak putus asa... 2 3 hari jugak Abah usha website GSC untuk buat booking. Mana la tau kot-kot diganjakkan sikit waktu tayangan, tapi masih last akan ditayangkan hari Rabu.

Nak dijadikan cerita, last minute usha hari Rabu tu, tayangan BoBoiBoy The Movie diganjakkan sampai hari Jumaat malam. Maka dengan pantas Abah booking untuk Jumaat malam Sabtu hahaha!

So, takde lah jenuh nak menjawab janji Abah Mama pada DDD :-D

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157666395598845

p/s: Masa bagitau Darwisy tak dapat pergi sebab tiket habis, dia tanya... "Bila Abah boleh download?"...

Sunday, October 18, 2015

50mm meet the Oly at night

Dah lama jugak rasanya tak bawak 50mm... so malam tadi bawak keluar dengan Oly... itu pon sebab Mama dengan Maksu ada planning nak beriadah kat Masjid Putra hehehe. Boleh la mengasah ketangkasan bermain manual fokus sekali lagi.

Anyway... memang tu lah rancangannya, nak beriadah bawak DDD naik basikal dan kereta mainan dekat bulatan Masjid Putra... tapi apa kan daya hajat tu tak kesampaian sebab lengang takde orang berniaga. Semua gara-gara larangan yang dah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya. Sejak bila pon tak tahu, sebab dah lama tak pegi situ. So, berlenggang la masing-masing dengan perasaan yang kecewa dan bosan huhuhu.

Orang kata, kalau nak planning sesuatu kena ada PLAN B... apa dia? M A K A N... MAKAN! hahaha

Masuk kereta, start enjin, pegi Taman Warisan :-P

Flickr Album 72157657636981434

50mm meet the Oly at night

Dah lama jugak rasanya tak bawak 50mm... so malam tadi bawak keluar dengan Oly... itu pon sebab Mama dengan Maksu ada planning nak beriadah kat Masjid Putra hehehe. Boleh la mengasah ketangkasan bermain manual fokus sekali lagi.

Anyway... memang tu lah rancangannya, nak beriadah bawak DDD naik basikal dan kereta mainan dekat bulatan Masjid Putra... tapi apa kan daya hajat tu tak kesampaian sebab lengang takde orang berniaga. Semua gara-gara larangan yang dah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya. Sejak bila pon tak tahu, sebab dah lama tak pegi situ. So, berlenggang la masing-masing dengan perasaan yang kecewa dan bosan huhuhu.

Orang kata, kalau nak planning sesuatu kena ada PLAN B... apa dia? M A K A N... MAKAN! hahaha

Masuk kereta, start enjin, pegi Taman Warisan :-P

Sunday, October 4, 2015

Pergi ke Hotel Transylvania 2

Bukan nak tidur hotel, tapi tonton wayang cerita Hotel Transylvania 2 :-P

Dah lama tak buat family day out, lebih-lebih lagi musim berjerebu ni. Memang terhad nak jalankan aktiviti luar. Cara yang terbaik, samada duduk di rumah atau pergi ke tempat yang indoor. Hmmm, ye tak ye jugak... apa kata tengok wayang? Hehehe...

Sebenarnya memang dah rancang nak pergi tengok wayang. Kebetulan pulak cerita animasi Hotel Transylvania 2 dah keluar. So, Abah usha la website GSC untuk beli tiket. Rasanya ini kali yang kedua Abah beli tiket secara online (tu pon nak cerita), cadangnya nak beli tiket untuk malam raya haji 2 minggu lepas. Tapi Abah la yang letih sebab hari Jumaat kena kerja. Lastly beli tiket Isnin lepas untuk malam Sabtu, nasib baik ada tempat duduk kosong barisan belakang. Baru la syok layan hehehe.

Kali ni Abah beli tiket GSC IOI City Mall, tak pernah masuk sini lagi. Sebelum asyik pergi Alamanda je. Tapi dah agak memang akan sesak, sebab panggung baru lah katakan.

Flickr Album 72157659224240298



Jalan cerita animasi ni tak lah membosankan, keseluruhannya agak menghiburkan. Cuma babak awal nampak macam terlalu cepat. Tapi bagi DDD, memang syok habis! Darwisyah pon boleh bantai gelak terbahak-bahak. Darwisy & Danish memang dah excited, walau pon lambat lagi nak tiba hari Sabtu. Bila habis je sekolah hari Jumaat, lagi bertambah excited lah! Bangun pagi Sabtu dah sibuk bertanya bila nak pegi? Bila nak malam? Hahaha...

p/s: Baru perasan rating di IMDB 7.3... not bad at all :-)

Pergi ke Hotel Transylvania 2

Bukan nak tidur hotel, tapi tonton wayang cerita Hotel Transylvania 2 :-P

Dah lama tak buat family day out, lebih-lebih lagi musim berjerebu ni. Memang terhad nak jalankan aktiviti luar. Cara yang terbaik, samada duduk di rumah atau pergi ke tempat yang indoor. Hmmm, ye tak ye jugak... apa kata tengok wayang? Hehehe...

Sebenarnya memang dah rancang nak pergi tengok wayang. Kebetulan pulak cerita animasi Hotel Transylvania 2 dah keluar. So, Abah usha la website GSC untuk beli tiket. Rasanya ini kali yang kedua Abah beli tiket secara online (tu pon nak cerita), cadangnya nak beli tiket untuk malam raya haji 2 minggu lepas. Tapi Abah la yang letih sebab hari Jumaat kena kerja. Lastly beli tiket Isnin lepas untuk malam Sabtu, nasib baik ada tempat duduk kosong barisan belakang. Baru la syok layan hehehe.

Kali ni Abah beli tiket GSC IOI City Mall, tak pernah masuk sini lagi. Sebelum asyik pergi Alamanda je. Tapi dah agak memang akan sesak, sebab panggung baru lah katakan.


Jalan cerita animasi ni tak lah membosankan, keseluruhannya agak menghiburkan. Cuma babak awal nampak macam terlalu cepat. Tapi bagi DDD, memang syok habis! Darwisyah pon boleh bantai gelak terbahak-bahak. Darwisy & Danish memang dah excited, walau pon lambat lagi nak tiba hari Sabtu. Bila habis je sekolah hari Jumaat, lagi bertambah excited lah! Bangun pagi Sabtu dah sibuk bertanya bila nak pegi? Bila nak malam? Hahaha...

p/s: Baru perasan rating di IMDB 7.3... not bad at all :-)

Monday, April 27, 2015

Avengers-Family-Day-Out

Hari ini dalam sejarah di mana Abah, Mama dan DDD telah berjaya menonton "The Avengers: Age Of Ultron" di tempat duduk paling belakang dan straight-5-seats tengah wooohoooooo!!! Tak sia-sia survey tiket online awal hehehe... bila DDD tau Abah beli tiket, semenjak tu jugak la asyik tanya bila nak hari Ahad :-D
Apa-apa pon, sangat enjoy lebih-lebih lagi dengan family. Great movie, nice characters... especially the new appearance in this series, "The Vision" huhuhu.
Nasib baik jugak la Darwisyah tak menjerit-jerit dalam panggung tu, siap boleh tertidur lagi... bila dah habis, kena kejut terus cakap "beesssttt" hahaha!

Lepas habis je tengok wayang, terus ke rumah Andak DDD kat Puchong sebab ada buat kenduri dan jamuan. Alhamdulillah, makan tengah hari telah ditaja hehehe. The best part was, Abah dapat surprise iaitu kek hari jadi... bestnyaaaaa... tq Mama hehehe...

The story doesn't ends there, lepas makan-makan kejap... ipar-ipar dan biras ajak pegi memancing pulak... dah lama tak jenguk kolam so angkat kaki lambung ke Pulau Meranti. Tak tau pulak kat dalam tu ada kolam pancing, siapa lagi yang tau kalau bukan Pak Uda DDD hahaha. Start pukul 5 petang sampai pukul 9 malam, semua jadi "bangau" hahaha. Tak lah, ada la dapat 2 ekor tongsan, sekor Pak Uda DDD dapat dan lagi sekor ada sorang mamat dari Gombak bagi hahaha! Yang bestnya pegi memancing ni, boleh tengok banyak gelagat kaki-kaki pancing. Sambil-sambil tu, macam-macam cerita la keluar dari mulut masing-masing. Dari cerita zaman kecik-kecik, politik, ikan, dari mula pancing sampaaaiii la habis. Pot pet pot pet mulut masing-masing... lepas tu gelak terbahak-bahak. Turun 5 orang, tapi pancing 2 je. Memang seronok walau pon tukang tengok orang pancing...

Phewww... letih tapi seronok. Lebih kurang begitu la ceritanya hari ni... as always, the best time is with family. Insya Allah akan bersambung lagi :-)

Monday, April 20, 2015

Lunch, Shopping & Backpain

Al-kisah Lunch


Dah lama bercadang nak pergi ke restoran member sorang ni, Restoran ZnI dekat Seksyen 4 Bangi. Hari-hari nampak dia post gambar makanan Johor, tak boleh tahan. So Abah bawak Mama dengan DDD pergi melawat restoran tu untuk lunch. Dari Putrajaya ke restoran tu tak jauh, dalam 15 minit perjalanan. Sampai kat situ, kebetulan member tu pon ada di restoran. Terkejut beruk sikit kot hahaha. Tanpa membuang masa, ambik makanan dan order air kopi 434 (special dari Johor katanya). Sedap? Memang sedap! :-)

Al-kisah Shopping


Lepas makan tengah hari, pergi ke Bangi Gateway... Mama nak shopping barang-barang untuk outstation seminggu di JB. Abah? Bawak DDD jalan-jalan dalam tu dan main game... tukar token RM10 je takleh lebih-lebih nanti gian hehehe. Not bad Bangi Gateway ni... ada banyak shop lot dan hall yang luas untuk aktiviti. Kebetulan masa tu ada program menderma darah. Tengok je la hehehe.

Al-kisah Backpain


Lepas Mama habis shopping, terus pergi ke car park nak pergi ke rumah Maksu DDD... tapi malangnya, pinggang Abah tergeliat masa nak betulkan pintu belakang huhuhu. Rasa macam nak pengsan masa tu, teramat sakit dan takleh nak jalan dengan betul. Nasib baik ada kereta parking kat area tu, boleh la Abah berpaut nak masuk kereta balik. Dengan tidak semena-mena, Mama terpaksa batalkan niat nak pergi outstation demi untuk menjaga Abah dan DDD... kesian Mama :-) :-) :-)

Gambar-gambar sebelum kejadian Backpain...


To be continued...

Monday, April 6, 2015

Family Day Out, Bukit Gasing > Rojak+Cendol SS15

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bersama family sekali lagi. Masih tak hilang penat semalam, hari ni tambah lagi penat dengan family outing ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Dah lama rasanya tak ke sini, last sekali mungkin bulan Mac tahun 2014. Memandangkan dah cliche bawak family ke tempat-tempat riadah sekitar lembah kelang, hari ni bawak ke tempat yang diorang tak pernah jejak lagi.

Another reason kenapa nak ke Bukit Gasing, lately si Danish semakin curious dengan kehidupan alam semula jadi iaitu "serangga" hahaha. Guess what? Bukan Danish je yang excited, Darwisy dan Darwisyah pon turut jakun... oh, Mama pon sama :-P

Anyway, sampai di Bukit Gasing agak lewat dalam pukul 10:30 pagi. Terus attach lens macro ke adapter dan masuk ke kumira Olympus. Oleh kerana dah tak ada custom diffuser, terpaksa la guna semula O-ring flash yang dibeli tahun lepas. All sets up, lighting ok, ada satu masalah yang mungkin akan menjejaskan sesi macro ni iaitu... self-stabilization huhuhu. Tak apa lah, pelan-pelan kayuh asalkan family enjoy the trip :-)


P/S: sorry banyak gambar blur, kena asah balik bakat hehehe

Jalan punya jalan, jam dah pon pukul 12 tengah hari. Secara automatik perut telah menjadi lapar. So, terus keluar hutan cari makanan. Destination? Rojak dan cendol SS15 Subang Jaya :-)

Baru-baru ni ada singgah makan dekat sini, tapi duduk dalam kereta je. Kali ni, Abah ajak semua duduk kat bawah pokok, baru ada feel. Order rojak 2 pinggan, cendol 4 mangkuk. Ingatkan DDD tanak makan rojak sebab dah makan roti dalam kereta on the way tadi, tapi sangkaan silap... diorang plak yang melahap rojak Mama. Tak cukup, melahap pulak rojak Abah hahaha. Takpe, asalkan diorang suka and happy :-)


Masa on the way balik, Abah ada tanya DDD... lain kali nak pergi hutan lagi tak? Diorang jawab "NAAAAAAAKKKK"... Insya Allah :-)

Sunday, April 5, 2015

Plaza Pudu > Kampung Baru > Masjid Negara > Taman Botani KL > PICC >Doraemon

Hari yang meletihkan, tapi puas sebab dapat bawak family jalan-jalan. Keluar dari rumah lebih kurang pukul 12 tengah hari, menuju ke Plaza Pudu nak beli lens adapter. Lepas tu terus ke Kampung Baru nak makan kat kedai minang, tapi tutup... last-last makan kat pintu gerbang. Memori hehehe...

Lepas makan, pergi ke Masjid Negara singgah solat dan jalan-jalan di dalam kawasan masjid. Pergi pulak ke Taman Botani KL (Tasik Perdana) picnic ala kadar sebab tau hujan akan turun. Sempat la DDD main taman berlari dan makan kuih... lepas tu terus menuju ke Putrajaya. Ingatkan nak balik, tapi DDD ajak pulak pergi ke PICC nak main taman lagi... adeh. Bawak je laaa...

Sampai PICC, main lagi taman dan lari-lari. Tak cukup tu main pulak belon buih tu... pukul 6 lebih masing-masing dah tak larat. Balik rumah, mandi, makan, tonton Doraemon Stand By Me pulak :-)

Sunday, March 29, 2015

Family Day Out, Pasir Panjang ~ Sungai Nibong

28/03/2015

Dah lama rasanya tak bawak DDD dengan Mama pegi jalan-jalan kat bendang. Since hari ni ada nak ke Pasir Panjang, so bawak la diorang sekali. Lepas urusan kat Pasir Panjang, drive kereta ke kawasan bendang tengok kehijauan sawah padi. Sambil-sambil tu berhenti tepi jalan untuk menikmati suasana nyaman kampung dan snap beberapa keping gambar.

Lepas pusing bendang, pergi ke Pantai BM Sungai Nibong pekena mee bandung udang. Lokasi restoran yang menarik di tepi laut, menambahkan lagi selera dan kesedapan mee tersebut. Dengan harga RM5 sepinggan, rasa tak mahal sebab kepuasan disamping udang-udang berselerak di dalam pinggan. What a nice short family trip... Insya Allah akan perbanyakkan lagi ruang untuk bersama family tersayang :-)

Oh ya, kalau ada yang berminat nak rasa mee udang Pantai BM boleh la pergi ke lokasi koordinat ni: 3.593414, 101.055791


Notes:

- DDD nampak biawak dalam parit, tapi Abah tak sempat snap
- Darwisyah jatuh kat Pantai BM, lutut kiri kanan bercalar... minum milo sambil menangis
- Ada sekurang-kurangnya 6 ekor udang dalam mee bandung itu

Sunday, March 22, 2015

Perabih voucher Parkson!

Family day out kali ni berlokasi di Parkson, IOI City Mall Putrajaya. Dapat voucher malam tadi, so kasi perabih la sebelum GST datang HAHAHA!

Tuesday, March 17, 2015

Family day out @ Hot Air Balloon Fiesta

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Hot Air Balloon Fiesta akan diadakan di Precint 2 Putrajaya. Kali yang ke-7 ni, Abah bawak Mama dan DDD sekali untuk melihat belon-belon panas dari dekat.

Seawal jam 6:40 pagi dah sampai di lokasi, bukan sebab apa, supaya senang dapat parking kereta hehehe. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, parking memang agak susah nak dapat kalau sampai jam 7 pagi ke atas.

Dapat je parking kereta, terus ke tapak belon panas... dekat BLUE ZONE kalau tak silap, area Monument Putrajaya. Masa sampai tu pon dah ramai orang. Ingatkan nak masuk ke dalam pagar, tapi pak guard tak bagi sebab takde tiket... Ooo baru tau tahun ni dah kena bayar nak masuk dalam pagar huhuhu. Takpe lah, bawak diorang ke tepi pagar pon dah cukup. Masuk dalam pon nanti kelam kabut sebab ramai sangat photographer...

Bila perserta-peserta belon panas tu bersiap sedia nak naikkan belon, maka suka la DDD tengok api belon panas dari dekat. Terasa jugak la bahangnya dari tepi pagar tu... rambang mata tengok semua nyalakan api hehehe.


https://www.youtube.com/watch?v=oId5MIVJRfc

Lepas dah tengok semua belon panas terbang, bawak DDD main dekat bouncing playground. RM15 satu kepala, main sampai berpusing kepala hehehe.

https://www.youtube.com/watch?v=xCy-SXAsrsk

Bila dah berpusing kepala, maka secara automatik perut pon turut akan berkeroncong... so kena isi dulu sebelum meneruskan aktiviti.

Perut dah kenyang, terus menuju ke pameran haiwan peliharaan. Tapi sebelum sampai tu, ada ternampak tempat helikopter mendarat. So, singgah dulu tengok helikopter mendarat dan terbang bawak orang pusing keliling Putrajaya.

https://www.youtube.com/watch?v=dOrNWf0tjeY

Last visit for today, pameran haiwan peliharaan... dan seperti biasa akan bermain dengan haiwan kegemaran iaitu KUCING :-)

https://www.youtube.com/watch?v=M38UdesqCNs

Malam penutup hari Ahad, pergi semula ke ZONE BLUE. Agak bernasib baik sebab ada banyak parking dekat area VIP kekeke. So, makin suka la DDD dapat tengok api belon panas waktu malam sebab terang macam lampu liplap. Lastly, persembahan bunga api... tapi agak kecewa sebab terlindung dengan belon liplap tadi huhuhu. Takpe, satu pengalaman dan pengajaran... Insya Allah akan repeat lagi di lain tahun :-)

https://www.youtube.com/watch?v=MBpKTbMTKio

Monday, March 9, 2015

Melawat rama-rama dan En. Zainul

Sepanjang hidup di KL ni, tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Memandangkan cuaca tak berapa cantik kebelakangan ni untuk bersunrise mahupun bersunset, maka rancangan terkejut telah dibuat untuk pergi melawat rama-rama di sana.

As usual bila DDD tau nak pergi jalan-jalan, maka excited la mereka lebih-lebih lagi bila bagitau nak pergi taman tengok banyak rama-rama... Abah dan Mama pon excited jugak sebenarnya hehehe...

Sampai di lokasi, beli tiket pakej keluarga (2 dewasa 3 kanak-kanak) berharga RM30, kalau harga biasa mahal sikit. Seperkara yang tak berapa nak best masa beli tiket tu, kaunter bagitau yang tripod kamera tak boleh dibawa masuk. Tapi takpe lah, kena la ikut peraturan demi menjaga keselamatan spesis rama-rama tu. Lagi pon kamera dah ada IBIS :-D

Masuk je ke dalam tapak taman tu, maka menjerit lah DDD kesukaan sebab ada banyak rama-rama berterbangan berkeliaran di awangan hehehe. Tak jemu snap gelagat anak-anak ni, yang penting video pon kena rakam juga sebab boleh ditonton bila-bila masa nanti. Memang agak menarik tempat tu, sesuai untuk keluarga atau sesiapa saje yang nak release tension. So "macro"ers, jangan lupa singgah! :-)

Lepas 2 jam dekat situ, perut pon dengan tidak semena-mena telah berkeroncong rock balada. Dah lama tak jumpa En. Zainul dekat PJ, next destination? Nasi Kandar Zainul! hehehehe

Bila singgah di kedai ni, mesti teringat zaman bujang dulu. Boleh kata tiap-tiap hari beli nasi kandar, bukan apa... pertamanya memang sedap... kedua, nasi dan lauknya banyak... boleh buat makan lunch dan simpan untuk dinner hahaha...

So hari ni bawak Mama dan DDD merasa makan nasi kandar, tak sia-sia semua suka hehehe...

Begitulah agenda hari ni, Insya Allah akan terjah Taman Burung di masa akan datang :-)

https://www.youtube.com/watch?v=h7_dtCvfIZY


P/S: baru perasan kamera aku tak dikenakan tiket, sepatutnya kena RM4 hihihi

Sunday, March 8, 2015

Al-kisah "My Little Pony" dan "Gajah"

Memandangkan Mama ada kerja siang tadi, maka aktiviti family day out kali ni terpaksa dijalankan pada waktu malam :-)
Bermula dengan membeli barangan untuk haiwan ternakan, dinner dan diakhiri dengan berjalan di down-town Putrajaya.
Masa on the way nak pegi Putrajaya... main teka-teki dengan anak-anak. Macam-macam la soalan keluar dari DDD (Darwisy, Danish, Darwisyah).
Soalan-soalan yang best dari Darwisyah...

Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang ada tanduk satu je?
Jawapannya, kuda "My Little Pony" HAHAHAHA

Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang lehernya panjang?
Jawapannya, GAJAH! Seriously memang ketawa terbahak-bahak dalam kereta HAHAHAHA

No matter apa status jawapan-jawapan yang kami bagi, kami boleh menerimanya dengan hati yang terbuka :-)

Lepas jalan-jalan di down-town Putrajaya, kami sambung main teka-teki lagi dan ada banyak soalan bocor (soalan ulang hahaha)...

Monday, March 2, 2015

Family day out 2015-03-01

Agenda family day out kali ni:

- Pegi Kelana Jaya jumpa Uncle Bunny, sambar lens cap ayam M.Zuiko 14-42mm f3.5-5.6 II R :-P
- Patah balik ke Putrajaya, singgah makan di McD Puchong Gateway
- Misi mencari pokok bunga dekat Bangi untuk projek taska Darwisyah
- Jalan-jalan cari buku di Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya
- Lepak minum dekat Kafe Serabei, Ayer@8... memang serabei membayar huhuhu