Excerpt

Thursday, January 30, 2014

My macro rig - setakat 29/01/2014

Nikon SB-700 & SB-600 attached on O-Bracket... dengan diffuser paling mahal iaitu mangkuk polisterin hahaha

http://www.youtube.com/watch?v=S2pqZygPHzc

Sunday, January 26, 2014

LEGO LAND - kami datang!!!

Yep! LEGO LAND... first time pegi ke sana bersama anak2... kebetulan sekolah mama ada buat trip dan tiket masuk untuk kami berdua ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang aku sendiri pon dah lupa hahaha... kalau tak silap ada menang satu pertandingan kot :-P so pihak tersebut telah menempah sebiji bas disewa khas untuk memuatkan lebih kurang 40 orang semuanya (cikgu2 dan keluarga)...

Pada mulanya, kami nak merahsiakan trip ni daripada anak2, tapi ntah macam mana mama boleh plak nak cerita pada diorang. So, hampir setiap hari la diorang bertanya "bila nak pegi Lego Land?" ... bila dijawab, kompom diorang tak tau sebab masih tak faham konsep tarikh hahaha...

Pada hari kejadian 25/01/2014, kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 4 pagi... ye 4 pagi! sebab trip ni hanya 1 hari takde malam... so the plan was, pegi awal pagi dan balik lewat petang... belum pegi lagi dah tau keletihan yang akan bakal menimpa diri huhuhu...

Macam biasa lah, mana2 group nak pegi rombongan memang akan kecoh hahaha... sebelum subuh dah kecoh kat depan sekolah... lepas kira jumlah kepala, finally bergerak dari sekolah lebih kurang pukul 5:15 pagi... vroooommmmm bunyi bas tu memecut nak kejar waktu supaya sempat solat subuh sejauh yang mungkin... masuk je waktu subuh, kami berhenti di satu R&R untuk solat dan lepas tu bersarapan sebelum sambung semula perjalanan... masa sarapan sempat lagi main dengan anak kucing, comel pulak tu! hehehe

http://www.youtube.com/watch?v=1LG2ijki6ro

Penat rasanya nak cerita sepanjang perjalanan, tengok je la gelagat kami dalam gambar2 dan video ni :-P

Flickr Album 72157659568896196


Sedikit rakaman di hari kejadian hehehe

http://www.youtube.com/watch?v=5lZ1pAXJJ0o

Tips kepada yang merancang nak pegi:

1) Kalau setakat anak sorang atau dua yang berumur bawah 6 tahun atau tinggi tak sampai 1 meter, rasanya eloklah lupakan dulu niat tu. Sebab kat sana agak strict tempat permainannya, habis duit bayar tiket tapi tak lepas nak masuk pintu masuk permainan

2) Bawak air mineral banyak2 sebab Lego Land tu tempat lapang. So, kalau pagi membawa ke tengah hari memang panas otak rasa nak menggelegak. Lagi pon air dan minuman dalam Lego Land tu mahal nak MAMPOS!!

Sekian :-)

Friday, January 17, 2014

Darwisyah - Audiology test

Pagi tadi aku dan mama telah pergi ke Hospital Putrajaya untuk membawa Darwisyah ke temujanji audiology. Rasanya belum penah cerita lagi pasal masalah gegendang telinga berlubang. Agak lama jugak gegendang telinganya nak sembuh... berbulan-bulan. Asal nak elok je, berlubang balik sebab selsema. So dalam tempoh nak sembuh tu, kami kena jaga Darwisyah betul2. Tak boleh selsema, tak boleh mandi basahkan kepala, tak boleh mandi dalam kolam.

Setelah menjalani beberapa ujian dan temujanji, lastly kami pergi ke audiology pula. Alhamdulillah, lubang di gegendang telinganya dan semakin sembuh dan mengecil. Pada ujian bunyi pula, Darwisyah dapat mendengar dengan baik. Tapi kami masih dinasihat supaya elakkan air masuk ke dalam telinga dia dan jangan biarkan selsema dia melarat.

http://www.youtube.com/watch?v=qf64PokKD88

Wednesday, January 15, 2014

Upgrade sikit hehehe

Memang betul la orang kata, photography ni adalah antara hobi yang boleh dikatakan mahal dan boleh menjadikan seseorang photographer tu gian huhuhu...

Setelah membuat beberapa survey, akhirnya aku telah tekad untuk upgrade equipment macro... iaitu dengan membeli sebiji lens macro dan LED ring... harga? sedih nak citer... kopak ooo...

[caption id="" align="alignnone" width="270"] SP 90MM F/2.8 Di 1:1 Macro[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="600"] MeiKe LED Macro Ring Flash FC100[/caption]

Outing macro pertama - bersama KFGM

Berbekalkan ilmu cetek yang ada, aku telah bergerak setapak ke hadapan demi mentajamkan (mentajamkan??) ilmu macro photography dengan keluar outing bersama rakan2 seangkatan (KFGM) ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. Sesampainya aku di sana, terasa sangat seronok sebab first time shoot macro dalam hutan yang betul (sebelum ni tepi2 jalan je hahaha).

Dengan setup/rig macro yang aku ada (yang hodoh tu...), maka bermulalah sesi menekan shutter selagi mahu sebab baru2 memang tangan dan badan bergoyang macam ada ribut huhuhu.

Apa yang aku dapati dalam bidang macro photography ni, ianya memang sangat menguji kesabaran dan ketajaman mata.

Kesabaran - setiap macro photographer tidak boleh gelojoh dan cepat panas hati untuk mendapatkan satu2 shot. Kita shoot serangga, bukan shoot orang atau static subject yang boleh kita bagi arahan untuk berdiam diri. Mungkin ada baiknya jugak aku study pasal serangga ni macam mana dia punya habitat atau cara pergerakkan supaya mudah untuk bajet atau meneka apa yang bakal berlaku semasa menekan shutter.

Ketajaman mata - wooo... mata memang kena melilau mencari subjek yang kecik2 sampai kekadang tak nampak dari jarak 2 - 3 kaki. Ada pernah mendapat tips dari sahabat di mana kita kena tau apa yang kita nak cari sebelum pergi serbu ke satu2 tempat. Sebagai contoh, labah-labah. Kena tau di mana dia selalu berada (bawah daun, celah ranting, etc). Dengan tips ni juga, senang untuk kita focus terhadap subjek yang dicari... sebagai contoh, kita tau labah2 ni selalunya warna apa, kecil mana, dan sebagainya sebab kadang2 dalam sekawan semut atau kerengga pon ada labah2... apa yang aku melalut ni hahaha

Selain daripada tu juga, aku dapati bidang macro photography ni juga boleh merapatkan lagi silaturrahim di antara kawan2 lama dan juga kawan2 baru. Masa first time pergi ke Bukit Gasing tu, ada la jumpa 2 3 orang yang tak berhenti bercerita dan memberi tunjuk ajar berkenaan dengan macro ni.

Tidak lupa juga, macro photography boleh menguji tahap stamina kita dan boleh menjadi satu aktiviti riadah yang sangat sihat. Kenapa? Cuba pegi sehari tengok berpeluh ke idak hehehe

Insya Allah, aku akan cuba mentajamkan (lagi sekali...) lagi ilmu yang diberi ni untuk pergi lebih jauh... so, ini adalah antara hasil tangkapan pada hari tersebut...











Geng yang hadir pada hari kejadian

Dari kiri: Azri Suratmin, Syafiq Shaarani, Samad Agogo, Aku, Ezry Abd Rahman & Syah Rol

Monday, January 13, 2014

Macro aku yang pertama (secara rasmi)

Assalamualaikum... ini adalah cubaan mengaktifkan semula blog ni dengan update2 kekeke

Setelah sekian lama berkecimpung dengan bidang fotografi landscape dan wedding, aku telah tekad untuk mencuba satu lagi bidang yang baru iaitu "macro photography"

Sebelum memulakan hobi yang baru ni, banyak research aku dah buat... dari segi lens, peralatan, tips, lighting, komposisi dan macam2 lagi... setelah ada keyakinan, barulah aku mulakan gerak langkah dengan membuat DIY aku yang pertama... nampak hodoh (mmg hodoh pon) tapi hasilnya buleh la jugak aku banggakan (aku je lah hahaha)



Body: Nikon D7000
Extension Tube
Kit Lens 18-200mm
DIY diffuser (mahal nih!!!) kakaka

Setup ni adalah try and error, masih belum sempurna... sangat jauh dari sempurna hehe...

So, ini antara hasil (yang lulus untuk dipamerkan tanpa rasa malu)





Stay tuned for more macro photos from me :-)

Wednesday, January 1, 2014

Sweet memories 2013

Alhamdulillah... masih dipanjangkan umur untuk menikmati kebahagian kurniaan Allah S.W.T.

Pejam celik pejam celik, berlalulah sudah tahun 2013 dan tahun 2014 akan bakal menjelma tidak lama lagi. Segala memori pahit manis terpahat di dalam ingatan. Sungguh tak disangka, sudah 8 tahun aku berumah tangga... lagi tak disangka, dah ada 3 orang anak rupanya hehehe.

Syukur tidak terhingga di atas kebahagiaan ini, tidak lupa juga segala dugaan yang telah ditempuhi. Diharap kebahagian akan terus kekal abadi. Amin...

Koleksi gambar ni dirakam dari awal hingga akhir tahun. Dah jadi kebiasaan aku kumpulkan gambar2 kenangan untuk ditatap bersama keluarga satu hari nanti. Semoga gambar2 ni akan menambah rasa kasih sayang anak2 kepada kami.