Excerpt

Monday, October 8, 2007

lagi 2 hari...

bukan lagi 2 hari nak raya... tapi 2 hari lagi aku akan melangkah kakiku buat selamanya dari tempat kerja aku sekarang... AAM

ke mana arah tujuanku selepas ini usahlah ditanya CEWAH!!! :-D

actually aku akan mula kerja di tempat baru kat PJ lepas raya nanti...

agaknya memang rezeki aku bulan puasa ni... dapat lah duit raya sikit dari AAM... duit raya terakhir hehehe

rasa macam tak sabar je... sedih pon ada... yelah keje sini dah lama... dah macam satu family... susah senang bersama... tapi rezeki Allah yang tentukan... aku kena redha...

tahun ni baju raya warna hijau :)

macam biasa la bab-bab pakaian / fesyen ni kena serahkan pada mama Darwisy :-) abah ngan Darwisy follow aje. so tahun ni mama decide nak kaler hijau. katanya dah alang-alang ada baju baru warna hijau, teruslah buat baju raya. dan macam biasa kami mulakan misi mencari baju abah dan Darwisy pulak :-D

hampir sehari jugak cari baju Darwisy ngan abah. sampai pegi ke Masjid India takde parking, pegi Kg Baru KL parking keta kat sana pehtu naik LRT pegi patah balik Masjid India. pergh!! dah la bulan puasa... mama pulak loya-loya tekak lah... pening-pening lah... maklumlah berbadan dua :-) eh aku tak bagitau lagi ke? hihihi

sampai Darwisy tertidur kat bahu abah (lupa bawak stroller) baru jumpa baju Darwisy... comel aje bila tengok... siap songkok lagi hehehe

lepas dapat baju Darwisy, cari baju abah pulak... mak aih bukan main mahal semuanya!!! cekik darah betul!!! gaji dah la tak naik ni... hmmmm... last-last dapat jugak baju yang lebih kurang sama warnanya ngan baju mama... RM90/= phewww!!!!!

lepas shopping tu patah balik ke Kg Baru nak amik keta kat LRT... lantas terus merehatkan diri di dalam kereta :-D tepat pukul 7pm pegi cari port plak nak berbuka. macam biasa la pegi tempat biasa... pintu gerbang Kg Baru hehehe

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Di sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua kenalan & pengunjung blog kami.
kiranya ada salah dan silap, atau perkara yang menyinggung dalam kandungan laman web ni harap dimaafkan.

kepada kengkawan yang nak datang beraya tu, harap dapat contact dulu sebab takut kami keluar cari duit raya hihihi

dan nak diingatkan juga kepada yang memandu pulang ke kampung, berhati2 lah di jalan raya. semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

akhir sekali Salam Aidilfitri dari kami Hilman, Nadia dan Darwisy.

macam pernah nampak je ayat ni? hehehe... dipetik dari post tahun lepas

Thursday, September 27, 2007

new look…

cadang sebenarnya design theme ni nak diupload awal tahun 2008. tapi rasa macam tak sabar pulak :-D so for testing aku upload dulu... lagipon WP dah release version 2.3... saje nak tengok ok ke idak...

Friday, September 21, 2007

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa…Sangat Menarik!!!

Di dalam hidup manusia, yang penting
ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan
selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi
sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita
menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila
permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila
pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan
meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.Ditengah-tengah itu, tempat maksiat
tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam
kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah
mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik
ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang
miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak
dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai
seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti
tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan
lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu
kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita
buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita
supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan
ibadat.

 

source: http://sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=18966

Tuesday, September 18, 2007

Goodbye AAM…

selama hampir 4 tahun aku bekerja di sini, akhirnya aku telah meletak jawatan sebagai seorang penyelia. kenapa? mesti la dapat better offer :) Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan... akan mula bekerja di tempat baru pertengahan Oktober 2007. aku masih ingat lagi masa aku memula keje di AAM sama jugak dalam bulan Raya Aidilfitri. dan aku angkat kaki pon dalam bulan Raya Aidilfitri jugak :D

aku sangkakan AAM tempat terakhir aku bekerja, tapi di atas sebab tertentu aku kena majukan diri aku lagi dengan mencari keje lain. hmmm taknak cakap yang bukan2 bulan puasa ni... any update aku akan bagitau :)

Friday, September 14, 2007

Sticky!: weblog backup

just in case, if you found current web not exist/dead/underconstruction etc. please go to abah

Bersahur satay sejuk :-D

hari ni masuk hari kedua menjalankan ibadah berpuasa. mcm biasa, mesti bersahur.

tapi hari ni lain sikit. sahur tu memang bersahur, tapi dengan satay dan nasi yang sejuk sebab tak sempat nak panaskan :-D

semua ni terjadi bila ada kesilapan teknikal sedikit kerana mama Darwisy ni terkunci jam untuk 4:30PM huahuahua!

Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t

Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga di bulan mulia ini, kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183



Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."




http://www.darulnuman.com/

Tuesday, September 11, 2007

Darwisy @ xlimit.sifoo.com

xlimit

rasa mcm tak percaya plak muka Darwisy kuar first page :) anyway, terima kasih kepada Pengendali xlimit.sifoo.com sebab sudi tampal muka anak aku di muka pertama.

tak lupa juga kalau ada sifoorian2 yang datang melawat ke web ni... aku ucapkan terima kasih kerana sudi melawat... walaupon blog ni jarang di"update" huahuahuahua!

lastly, Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Yang ke-50!!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Klik sini untuk download

Friday, August 31, 2007

Semangat MERDEKA!

mentang2 dah pandai jalan, habis semua tempat Darwisy nak pegi. penat abah dibuatnya :) masa tu semua orang asyik tengokkan dia aje. comel aje! ada jugak yang bagi belon untuk Darwisy. bukan main seronok lagi dia. maklumla, first time sambut MERDEKA!



Wednesday, August 22, 2007

Lepas mandi jalan lagi

http://www.youtube.com/watch?v=JXPBU89snwo

video ni dirakam lepas Darwisy mandi kat Perhentian Tapah. agaknya tak sabar2 sangat nak berjalan kot hehehe

Tuesday, August 21, 2007

Darwisy tiba2 berjalan?

http://youtube.com/watch?v=H5FR4npTFRE

video darwisy berjalan paling jauh buat kali pertama. tiba2 je! hehe kami pon heran. lokasi Perhentian Tapah...

Darwisy dah pandai berjalan

Alhamdulillah setelah hampir 1 tahun 3 bulan akhirnya Darwisy dah dapat keyakinan untuk berjalan semula. keyakinan untuk berjalan semula?? hehe memang asalnya Darwisy dah boleh berjalan. masa tu umur dia lebih kurang 1 tahun 1 bulan. tapi ntah macam mana masa terlampau seronok berjalan tu, tiba2 dia terjatuh tersungkur. apa lagi meraung la dia. dan sejak itu juga dia macam fobia/trauma nak berjalan. macam2 petua kami cuba tapi still tak jalan2. lastly, kami tanya kengkawan diorang kata "biarkan aje, bila dia nak jalan nanti dia jalan lah"

btw ini antara petua yang boleh buat anak cepat jalan:

-sapu minyak masak yang dicampur dengan bawang putih di kaki dan lutut

-jalankan dia atas rumput yang berembun lepas matahari terbit tanpa kasut (seeloknya pagi)

Monday, May 7, 2007

Long time no see

Assalamualaikum kengkawan semua...

First of all, kami nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak update website nih. Kebelakangan ni memang kami sekeluarga agak sibuk sedikit (sebenarnya banyak hehehe), maklumla sedang menceburi bidang perniagaan sendiri :-)

InsyaAllah nanti kami akan update dan upload semua gambar-gambar yang baru...

Bye...

Friday, March 23, 2007

Saturday, March 10, 2007

(UPDATE) Mid Valley

Posted on 2007-02-25 6:21:21 pm

hari ni kitorang gi mid valley sajer bawak darwisy jalan2 lagipun mama memang tak pernah pegi mid valley..pehtu masuk la kat jaya jusco..pehtu nampak plak kasut garfield...apa lagi bagai nak gila la mama memilih kasut untuk darwisy...dapat la satu kasut garfield nyomei sangat bila darwisy pakai.... abah, bayarkan?  :-P

Flickr Album 72157657368683974

Friday, March 2, 2007

bestnya tidoq

hai kengkawan....hmmm best nya tidoq...ni mama dah nak sambung wat keje plak...tapi cam letih lagi la...takpelah esok cuti so leh la tido puas2 nak balas dendam..hehehe...
bila la nak pukul 5 nih...tak sabo nak amik darwisy..keyla nak wat keje nih...byeeeeee

hallo again….

hmmm..arini mama letih dan mengantuk...apa idaknya malam tadi darwisy tak tido mana sebab dia selsema so susah nak bernafas...apalagi meragam la dia..banyak kali gak dia bangun....
abah pun terbangun gak pehtu kitorang sedut hingus dia guna pam...apalagi bertambah meraung la darwisy.....

hmmm...tak per arini ni jumaat so time rehat nih mama nak tido puas2...ngantuk giler....
keyla mama nak sambung wat keje....eh..sebelum tuh nak citer pasal semalam....mama datang sharp kul 8.00am...pehtu dalam kul 8.30 kak.jue call (kakak mama) dia yang jaga darwisy selama ni...dia call suh balik amik darwisy sebab dia ada hal emergency nak balik kampung...so mama pun masuk borang cuti dan balik umah....
kebetulan mama nabil pun datang amik nabil (kak jue jaga gak baby nih)...apa lagi kak jue ajak la mama gi teman dia balik kampung...so mama pun balik kampung...dapat la nenek melepaskan rindu ngan si bulat mama tuh...

keyla nampaknya jam dah menunjukkan kul 12.15..hehehe..time mama rehat..so mama nak pi tidoq...

Wednesday, February 28, 2007

Hari ni puasa

hai..hai..hai...
halooo kengkawan...arini mama pose...so mama tengah ngantuk giler nih...
kejer boleh tahan lah banyak nya...hmmm..jap gi lah wat kejer...
arini kat sekolah cam biasak la...melayan karenah bebudak...
arini mama lambat sket sampai opis...bukan apa jalan jam lah skang nih kat tol...
pehtu pepagi lagi dah melayan si busyuk masyam mama tuh..aper lagi darwisy lah...
dia memang pepagi je bila mama dah siap mandi nak gi keje dia pun bangunla...
siap ajak main lagi...yang paling kelakar bila time suh dia kejut abah...yang syok nya darwisy paham je apa yang mama cakap...beriya dia kejut kan abah..siap tepuk2 bahu lagi..kekadang tuh dia korek telinga abah...korek idung abah...abah pun kekadang sengaja buat2 tido nak main ngan darwisy....tu yang mama bertambah lambat pegi keje tu..heheheh...

satu pagi tu lagi kelaka masa tuh time cuti hari ahad rasanya...darwisy ngan mama dah bangun  abah tak bangun lagi...pehtu darwisy tengok mama siap naik2 kening lagi nak mengenakan abahnya...memang kelaka + comel je tengok muka dia nak pekena abah nya...pehtu apa lagi teruk la abah dikerjakan dengan si darwisy...nyomei je...

alamak..tetiba ada keje yang memeningkan plak sampai kat atas meja nih..keylah sambung lain kali plak nah..byeee

Tuesday, February 27, 2007

Sambungan…

hehehe...
tetiba rasa nak menyambung...mama baru lepas balik makan...ni tengah kenyang...
actually mama nak diet..so kepada kengkawan yang ada petua untuk diet sila lah kongsikan ngan mama ek...mama nak diet sangat pun tekleh gak...kalau mama kurangkan makan nasi nanti susu mama kurang..yelah darwisy masih lagi nyusu badan...so pada sesape yang ada petua jangan lupa kongsi ngan mama tau....

okeylah...mama nak sambung wat keje...kepada kengkawan sume....
BERKOJO LAH KITE SEKUEKNYO...repeat 10x
semoga Allah memberkati segala kerja yang kita lakukan dan ingat
bekerjalah dengan seikhlasnya hanya kerana Allah....amin...

Mama dah sihat

halooooo....
hai..pekabo sume kengkawan....mama darwisy kat sini dah sihat...
cuma kewangan mama tak berapa nak sihat...
maklumlan..gaji dapat awal...so skang bila dah ujung bulan sakit la sket...

tulah skang nih mama nak isi borang kejer kat MPSJ..
sebelum nih mama dah isi SPA..tengok la mana-mana yang dapat mama pegi la..
bukan apa kejer mama skang nih memang best..kerani sekolah...tetap dan berpencen...
tapi tulah...nak mengadap ngan cikgu2 yang berlagak..eksen..dan yang sewaktu dengannya...
mintak maaf la kalau ada saper2 cikgu yang terbaca note nih...

mama bukan apa ada sesetengah cikgu kat sekolah mama nih terutamanya yang KPLI...
ntahlah memang eksen semacam...mama tau lah diorang ada 'Degree' tapi jangan la eksen sangat
mama pun ada degree jugak cuma rezeki mama jer lambat sket....cikgu satu hal....lagi satu nak melayan karenah budak2...bukan apa bebudak nih memang comel2..tapi kekadang tak larat gak nak layan karenah diorang nih....kejap2 sakit perut..kejap2 sakit kepala..yang sebenor nya...diorang takut ngan cikgu...tak siap keje sekolah...maleh nak belajo...sume ada...
lagi satu masalah kat sekolah nih ialah nak mengadap parents2 kat sini...
for your information sekolah mama ni area orang kayo2...sume datang bawak keter besor2 canggih2...tu yang bila jentik anak sket tuuu diaaa melenting tak tentu pasal...padahal anak sendiri nakal yaaa amat...

isk...ni dah kira ngumpat dah mama nih...sorry la abah..mama ter emotional plak...
skang nih mama nak isi borang ek...key lah see ya....

mama cayang abah ngan darwisy....

Saturday, February 24, 2007

Darwisy posing

modelling

kami pon tak tahu kenapa darwisy pandai sangat beraksi depan kamera. pantang nampak kamera je, mesti nak posing. macam tau-tau je orang nak ambik gambar dia. rasanya semua budak-budak macam tu kot. bukan macam abah, tak suka bergambar :P

gambar posing ni kami ambik di rumah mak long 11 Feb yang lalu. a few days before darwisy got fever. comel kan? :)

just like me :)

 

darwisyandme

yep! no wonder why my family always say "look at darwisy, he just like you when you was a baby"
even my wife said the same thing. isn't he? just look at the picture, any difference? the hair, I guess :)

Friday, February 23, 2007

Wednesday, February 21, 2007

huahhhh…hiargghhhhh…..

hmmm...letih plak rasanya arini...
mama sorang jek arini..member2 sume cuti...
maklumla..aritu mama cuti sampai seminggu tak sihat.....baby pun demam...
so takkan mama nak tinggal kan dia....
skang ni pun mama tak berapa sihat..masih lagi batuk ngan sesema....

hmmm...tetiba cam maleh nak wat keje....
sebelum....terlupa...
mama nak ucapkan beribu-ribuuuuu lemon...time kasih kepada sesaper saje yang sudi melayari laman web mama darwisy nih....
tak kira la member yang dah sedia kenal mama ke..yang baru nak kenal ker...yang belum kenal pun takper...leh kita berkenalan...

actually...mama tak tau apa nak tulih nih...abah la sibuk suh buat pape..abah kata kalau mama tak nak buat paper macam mana nak update web mama....
so mama pun type la something untuk abah masukkan dalam web mama....

okeylah...line tak clear..lagipun mama dah tak tau nak cakap apa...besok2 mama sambung lagi nah...

apa pun mama tetap sayang abah ngan baby....mmmuuuaahhhhhhhhhhhhh

Tuesday, February 20, 2007

Sihat 98%

Kenapa 98% ? heheh sebab badan darwisy masih ada bintik-bintik merah. Orang kata panas badan nak keluar. Yang lain dah ok, selsema pon dah baik. Alhamdulillah.... terima kasih kepada atuk & nenek dan lain-lain yang telah mendoakan kesihatan darwisy.
Hari ni kami takde ke mana-mana, duduk di rumah aje. Cuaca di luar pon tak menentu lagi. Dari semalam hujan tak berhenti-henti. Tengok lah kalau reda sikit ingat nak bawak darwisy kuar jalan-jalan kejap. Maklumla dah dekat seminggu jugak asik duduk terperap di rumah. Kulit pon makin putih hihihi. Lepas ni rasanya lena la kami tidur :) esok mama & abah dah nak kerja... darwisy jangan mengada-ngada dengan mak andak tau! :P

Monday, February 19, 2007

Sihat 90%

Hari ni darwisy dah bertambah ceria sebab bangun pagi-pagi nampak muka nenek :)
Kejap lagi tok wan, mak long, mak lang dan abang-abang nak datang (bawak lauk hehe)
Lepas tu nak bawak nenek balik rumah mak long, rindulah nenek kat darwisy. Nenek cakap tak sampai hati nak tinggalkan darwisy.

Sunday, February 18, 2007

Dah nak sihat

Alhamdulillah… pagi ni darwisy dah mula berpeluh, bertenaga dan happy. Mungkin sebab dia tau tok wan, nenek, mak lang, mak long dan abang-abang nak datang. Kesian nenek, sampai tak sedap hati sanggup datang KL nak tengok darwisy. Siap bawak air â€Å“Zam-Zamâ€? lagi. Sayang betul diorang pada darwisy. Malam ni nenek tidur rumah kami, tapi yang lain balik rumah mak long. Esok datang balik nak ambik nenek.

Atuk dengan nenek (sebelah mama) datang ke KL

Hari ni kami bawak darwisy pegi rumah Pak Long sebab atuk nak datang. Siap bawak air penawar lagi. Mulanya memang nak cari air penawar, tapi sebab atuk dah bawak dari kampung maka tak jadilah nak cari. Hari ni mood darwisy okay sikit, mungkin sebab dapat berjalan kot.

Saturday, February 17, 2007

Hari ke-4 masih demam

kali ni kami memang betul-betul risau. Darwisy memang tak pernah demam lama macam ni. Dah masuk hari ke-4 masih takde perubahan. Darwisy macam tak bermaya sangat, maklumlah tak cukup tidur. Begitu juga dengan mama dan abah. Tapi hari ni abah terpaksa pegi kerja sebab nak cuti tahun baru cina, jadi kenalah siapkan kerja yang dah sememangnya banyak. Hari ni abah dan mama dah nekad kalau tengahari ni tak baik jugak, nak bawa pegi klinik. Tapi kali ni taknak ambik ubat lagi, kalau boleh nak sedut kahak dan hingus darwisy.

Friday, February 16, 2007

Abah pulak yang demam

Kes parah ni

Inilah kali pertama kami bertiga kena demam berjangkit. So abah ngan mama terpaksa ambik MC. Dah tiga hari tak pegi keje macam best pulak hehehe. Tapi kami paling risau pasal darwisy. Sebelum ni tak pernah demam lama sangat. Dah lepas makan ubat doktor bagi pon tak baik-baik lagi. Rasanya hari ni suhu badan dia tak menentu kejap sejuk kejap panas. Jadi atas nasihat keluarga, kami bawa darwisy ke klinik putrajaya untuk periksa darah. Kami sampai sana dalam pukul 10.30am. nasib baik tak ramai orang. Macam biasa darwisy membebel sorang-sorang sebab seronok berjalan. Cuma kurang ceria sikit je.

Tiba giliran

Bila tiba giliran, kami pon masuk bilik pemeriksaan tu. Masuk-masuk je nurse pon apa lagi…â€?alahai comelnya lah budak ni, tangan tembam ni macam mana nak cucuk jarum?â€? Gulp! Cucuk jarum? Alahai jangan la si darwisy ni melalak nanti. Dah lepas tepuk-tepuk tangan tu (nak cari urat) nurse tadi pon keluarkan jarum. â€Å“eh eh comelnya jarum tuâ€? dalam hati kami. Lantas nurse tadi cucuk terus keluar darah menitik (sampai terkena seluar abah sikit hihihi) Aik? Tak menangis? Kuatnya anak abah ni hehe. Penat je mama pujuk-pujuk siap tutupkan mata darwisy, kononnya taknak darwisy nampak darah tu. Bukan setakat tak menangis aje, tapi sibuk pulak nak tengok darah dia yang menitik-nitik tu. Mama pon tak boleh nak buat apa, bagi aje lah. Bila dah dapat tengok tu darwisy pon mula la buat muka pelik dia tu. Beriya-iya! â€Å“apalah nurse ni buat dengan tangan aku ye?â€? mungkin itu yang dia bisik.

Keputusan darah

Dengan hati berdebar-debar, kami masuk bilik doktor pulak. Lepas dia tanya banyak soalan, dia kata darah darwisy takde unsur-unsur jangkitan denggi. â€Å“Alhamdulillah….â€? Barulah lega hati kami mendengar. Mana tak risau? Sebab malam tadi badan darwisy terlampau panas dan ada bintik-bintik merah. Sampaikan kami tak lena nak tidur…

Thursday, February 15, 2007

Mama pulak berjangkit demam

Hari ni masuk hari kedua darwisy demam. Mama pon berjangkit jugak. So hari ni abah kena tambah cuti sebab nak jaga mama dan darwisy. Hari ni jugak kali kedua kami pergi klinik. Doktor kata â€Å“biasa lah tu sebab cuaca sekarang tak menentuâ€?. Jadi kami pon tak lah risau sangat. Since darwisy dan mama demam ni kami takde nak ke mana, duduk kat rumah aje la hehehe

Wednesday, February 14, 2007

Darwisy kena demam panas

Hari ni abah dan mama terpaksa ambik cuti sebab malam tadi suhu badan darwisy tiba-tiba panas. Pagi tu darwisy terus batuk dan selsema. Kesian tengok dia macam susah nak bernafas, sebab hidung tersumbat. So kami bawa dia pergi klinik kanak-kanak...

Saturday, February 10, 2007

can i hack these theme?

yeah, i just thought to hack these theme :) just wait i guess...

Darwisy’s first swimming lesson videos

As promised, I just uploaded the videos to Darwisy esnips account. You can just click at the image below :) check it out! He was cute :D

28-01-2007 04.06.48pm

BTW, it was taken at Mak Long's house early February. Just watch :)

Thursday, February 8, 2007

Monday, February 5, 2007

Ride, Swim and Hide

I just updated the blog. It's my new gallery collection around Jan and early Feb 2007. Darwisy's first ride, first swimming lesson and the place where Darwisy always hiding :)

Here is the link... http://hilmanali.com/?page_id=228 

The movies will be uploaded soonest...

Sunday, January 28, 2007

One day at Mak Long’s house

Macam biasa lah, bila sampai aje di rumah Mak Long maka menangislah si Darwisy. Tapi kali ni tak lama, mungkin dah selalu jumpa dan mungkin sebab dah dewasa sikit. Bila dah berenti menangis tu barulah Mak Long puas nak main dengan Darwisy, boleh dukung² peluk² cium² dll... begitu juga Mak Lang dan abang²...

Nak tengok lagi aksi² Darwisy? Klik sini...

Red Riding Hood (2007) released

Genre: Drama / Horror / Thriller

Tagline: Don't tell this tale to your kids!

More: Click here...

Sunday, January 21, 2007

tidur rumah mak long (abah)

hari ni darwisy tidur rumah mak long. mula² sampai macam biasa lah, asik merengek aje sebab tak biasa. budak dah kenal orang macam tu lah. lagi pon demam darwisy ada lagi sikit² tu yang macam serba tak kena aje...

tapi lama² ok jugak. baru la lepas rindu mak long kat dia, sampai tak puas nak peluk cium. dan macam biasa mesti ambik gambar dan movie aksi² comel darwisy. siap burn dalam CD lagi. skang ni abah tengah guna PC mak long hehe :P

Friday, January 19, 2007

lupa nak bagitau :)

baru² ni kami ada update gallery yang kami ambil di Tasik Titiwangsa KL dan bulan December 2006 sekali :P

kami mintak maaf lah banyak² sebab tak update website ni selalu. abah ngan mama busy :(

Wednesday, January 17, 2007

Darwisy demam lagi

hari ni darwisy demam lagi. rasanya dia nak tumbuh gigi lagi kot. hari tu dah tumbuh 2 gigi bawah. sian dia semua serba tak kena. skang ni kalau dia mengantuk dah pandai melentik² badan. pehtu lagi satu, lidah dia tak habis² merasa gigi bawah dia tu :P comel aje bila tengok dia main lidah.

Monday, January 15, 2007

pegi umah mak ngah jumpa baby baru

hari ni pagi² lagi darwisy dah merengek² mcm tau² je nak pegi jalan² :)

sebenarnya kami nak pegi rumah mak ngah darwisy nak tengok baby baru :) mcm biasa darwisy memang suka bab berjalan² ni

sampai je kat sana kami letak dia kat sebelah baby... terus dia tegur "euhhh!" lebih kurang mcm tu la bunyinya hehe

sempat la kami ambik gambar dia sebab mak usu nak tengok sangat... comel tak? namanya Aliya Arif (itu je yang abah ingat hehe)

[gallery link="file" columns="2" orderby="rand"]