Excerpt

Friday, September 29, 2006

dah pandai membebel, menjerit

eiiii geramnyaaaaa :-) geram sebab comel sangat dengar suara darwisy yang skang ni dah pandai membebel sensorang. pehtu menjerit jerit. dia suka dengar suara dia sendiri kot. selalunya dia suka buat macam tu kalau dah kenyang. kalau dilayan lagi la menjadi jadi. pehtu gelak gelak eiii rasa nak cubit cubit je pipi yang tembam tu. pehtu kalau dah lapar merengek heheh :-D standard la tu

mama ngan abah skang memang tak sabar nak balik cepat nak main ngan darwisy. kat tempat keje asik teringat dia aje. kalau abah rindu, mesti tengok video dia kat internet. kalau mama pulak mesti tengok video ngan gambar kat handset....

Tuesday, September 26, 2006

aik? bila masa meniarap?

amboi.. sejak darwisy dah pandai meniarap ni bukan main eksen lagi dia. kejap2 nak meniarap pehtu asik la terhantuk dahi tu kat lantai(macam malu2) nasib baik la ada tilam.

pehtu bila dah meniarap mula la letih, bila dibaringkan balik sibuk nak meniarap balik :-)

pagi tadi punya lah kami terkejut, dia dah meniarap dalam kelambu baby tu! masa tengah sahur tu dia tidur. pehtu masa kami masuk bilik je, ada dengar bunyi macam merengek2(dah letih la tu kot). sekali tengok dia dah meniarap dalam kelambu tu :-P punya la terkejut. dahla meniarap pehtu siap melintang lagi... pandai betul anak abah ni :-) lepas tu terus kami berjaga2 sikit, risau gak kalau kami tak perasan...

darwisy intai kami berbuka…

heheh.. kesian darwisy. bukan apa, kesian tengok dia sensorang dalam bilik.. begini ceritanya.......

hari ni kami berbuka puasa berdua aje, semalam (ahad) kan ramai? so kena la kami adjust masa tu. bila dah siap masak2 semua tu, kenalah tidurkan si darwisy ni dulu. kalau idak, tak berbuka la kami bersama :-)

so mama tidurkan la dia kat dalam bilik. bila dalam kul 6.45pm tu dia dah tidur. bersiap la kami nak berbuka. pehtu bila tengah berbuka tu, kami sambil2 tengok dia. memula ok lah. tak lama lepas tu, kami nampak tangan dia dah bergerak2 macam nak mencapai kami. alamak aih dah jaga la plak(dalam hati kami)

alang2 dah berbuka ni habiskan lah dulu. lepas tu masa kami nak habiskan makanan, kami tengok je dia pandang kat kami. baiknyaaaa dia tak meragam pon. siap mengiring lagi. macam paham2 je kami tengah berbuka puasa hihihi. lepas je berbuka tu laju je mama jenguk dia. apa lagi, suka sakan la darwisy :-P

Monday, September 25, 2006

Orang berbuka, Darwisy tidur…

heheh itu la yang terjadi semalam. kalau dah mak andak darwisy datang mesti darwisy menjerit2 sebab suka. yang mak andak darwisy pulak bercakap dah mcm petir, berlawan la dia :-)

semalam mak usu darwisy pon datang berbuka kat rumah, datang ngan ehem ehem. oops...

seronok betul darwisy semalam sampai nak tidur pon jadi susah hihihi...nasib baik masa bersahur dia tidur, mungkin letih kot.

Saturday, September 23, 2006

Ramadhan, menjelang tiba

Di sempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga diberkati Allah s.w.t.

Diriwayatkan dari Annas: "Rasulullah s.a.w berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air."

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Dari Buku Fadhilat Ramadhan

Thursday, September 21, 2006

thank you visitors!

since we opened the "How Is My Site?" poll on 5th September 2006, we got a lot of responds saying the website is "Good".

we not sure who did vote but thank you very much for supporting our website. keep in touch and vote more :-)

we'll try our hard to keep the website alive and make it more interesting. of course we would love your comments...

terima kasih kepada semua.

sejak kami buka undi "How Is My Site?" 5 sept 2006, kami dapati ramai telah undi "Good"

jadi kami ingin ucapkan bebanyak terima kasih kepada pelawat2 semua yang dah bagi banyak sokongan. kami tak pasti siapa yang telah undi tapi terima kasih banyak2. teruskan sokongan dan undi.

kami akan cuba sedaya upaya untuk menaik taraf website ni dan buat lebih menarik lagi. dan sekali lagi kami perlukan komen2 dari anda. InsyaAllah...

let’s shout!

fyi, we just installed the shoutbox for live chat. jadi, kalau surfing tu tengok2 la kat sidebar kot2 ada orang bagi message ke? enjoy!

Darwisy.com Mobile

NEW addition to Darwisy.com website - Darwisy.com Mobile.

Now you can enjoy viewing Darwisy's website from your mobile phone. Read and post like usually at anywhere, anytime :-)

*normal rate will be charged or should I say quite expensive :-)

mama, abah, darwisy dah pandai meniarap

tengok ni!? darwisy dah pandai meniarap sendiri hihihi. dah lama cuba asik terbaring balik aje. tapi hari ni darwisy cuba banyak kali dan akhirnya berjaya jugak yeeeeeeaaaaaaaa!


nanti nak upload video abah amik pakai handset. tunggu.....

Sunday, September 17, 2006

kat rumah mak long

hehe mlm tadi kami tidur kat umah mak long. memula sampai sini darwisy macam pelik sikit. yelah sebab tak penah datang. tengok abang2 pon mcm tak happy je. dahla demam. sian dia..

tapi lama2 dia ok. dah bleh senyum semua. main ngan abang2. ambik gambar. macam2 lagilah....

InsyaAllah nanti kami upload dalam gallery...

mama ada ni tapi malas nak menaip hehehe

Saturday, September 16, 2006

gallery updates

kami ingat nak update gallery ni hujung bulan september, tapi sebab tak sabar sangat kami upload mana yang ada dulu :-) nanti kami akan upload & update semua gallery bulan september.

apa di atas! apa di atas!



Yo apa di atas! apa di atas! hehe comel tak? sebenarnya gambar ni di ambil kat Holliday Villa Subang Jaya malam tadi. masa tu kami pegi dinner sekolah mama.

jenuh jugak kena jaga dia masa tu, siapa lagi kalau bukan abah :-) yelah mama asik sibuk kena pegi naik pentas bawak hadiah cabutan bertuah. duduk pon meja lain2. darwisy plak mcm tak selesa sangat maybe pasal bising, takpon pasal kena inject pagi semalam.

bila nampak Darwisy mcm gelisah je, abah bawak dia gi jalan2. tengah jalan2 tu, ternampak satu mamat tu macam kenal je. sah Harith Iskander hehehe. abah pon apa lagi, tengah boring nih. dengan selamba abah pegi kat dia cakap nak amik gambar ngan Darwisy. nasib baik dia ok, tapi nampak kekok sikit dukung baby :-P begitulah ceritanya....

Friday, September 15, 2006

kena inject

hari ni genap umur Darwisy 3 1/2 bulan. pagi tadi bawak dia pegi inject kat klinik kerajaan puchong ngan mama. macam biasalah kena tunggu lama. tapi tadi kami pegi lambat sikit sebab kalau pegi awal memang sesak.

macam biasa la suka sangat kalau pegi tempat yang "crowded". menyengih je pehtu terlompat2.

bila masuk je bilik inject tu, dia macam dah mengantuk. tapi takleh kasi dia tidur sebab nanti terkejut kena jarum. nurse tu pon satu hal, dah la panggil nombor giliran pehtu bila masuk bilik dia boleh sibuk bergayut ngan handset. hantu betul ntah betul ke ubat dia amik? tak patut....

tanpa melengahkan masa aku suruh dia inject Darwisy, memula ok. lepas je nurse tarik jarum tu kuar, terus menjerit. tapi nasib baik kejap je. tak lama lepas tu, terus terlelap. kesian....

Thursday, September 14, 2006

jangan marah aaaaa….

hehe kepada sesiapa yang ada dapat SMS dari aku tu, sorry la kalau menganggu hidup korang. actually bukan apa, saje nak suruh korang lawat laman web ni kalau berkesempatan. tak lawat pon takpe aku tak marah. dan kalau korang nampak message ni maknanya korang dah lawat la kan? :-D

so dah terlanjur ke sini, boleh la tulis apa2 yang patut dalam Guestbook tu. asalkan jgn mencarut udah la :-) dan kepada sesaper yang nak tengok gallery anak aku bleh la click kat Gallery. nak tengok video pon ada, click je kat Video.

rasanya aku pon dah lama tak contact korang. ada yang tak tau aku dah kawin pon. ramai yang terkezut, apatah lagi kalau aku bagitau aku dah ada anak.

well, terima kasihla kerana sudi melawat laman web kami yang tak seberapa ni. dan kalau tak kisah, bleh la jemput sesaper yang korang kenal ke laman web ni. keep in touch! wassalam....

Monday, September 11, 2006

Darwisy “nyanyat”

amboi Darwisy skang dah pandai dah. mlm tadi bukan main susah nak tidurkan dia, maklumla semalam dah suka seronok seharian kat umah mak ngah Darwisy. kalau dah suka sangat sampai nak tidur pon takbleh, orang banjar panggil "nyanyat" kalau melayu abah sendiri pon tak tau nak panggil apa hehehe. ter"over" seronok kot. tapi Alhamdulillah bila sekali dia tidur, nyenyak jugak la. sebab dah letih menangis :-) comel aje!

tidur rumah mak ngah Darwisy

semalam kami pergi umah mak ngah Darwisy makan ikan talapia :-) pak uda, pak ngah ngan pak andak Darwisy memancing kat nilai, seremban. banyak gak dapat ikan kat situ. mlm tu makan sakan la kitaorang. kalau tak abah ikut, tapi ada perubahan planning. sepatutnya nak mancing hari ahad tapi pak ngah Darwisy pulak ada kenduri. so diorang pegi hari sabtu dimana abah bekerja hari tu huaaaaa :-(

Sunday, September 10, 2006

downtime and applogies

i just received an email from my webhoster saying that they were facing a small problem with the IP something like that. it caused the website down for a few days. and now everything seems ok. welcome back!

Saturday, September 9, 2006

“mama, bangunla”

agaknya itu la yang cuba dikatakan oleh Darwisy awal pagi tadi :-P memula mama perasan dia dah bangun dari tidur. tapi saje nak test apa dia buat kalau orang tak layan.

mama pon letak tangan kat tepi kelambu baby, memula dia bersuara. buat tak tau je lagi. pehtu terus cuit2 tangan mama suh layan dia. ehehehe.

bila dilayan suka la dia. pehtu mama angkat dia berdirikan kat tepi abah pulak. terus laju tangan tembam tu memukul2 badan abahnya pulak suruh bangun. sekali pandang muka dia terus gelak. Darwisy... Darwisy kenapa la comel sangat ekekeke

makan pizza “tarik-tarik”

malam tadi kami pegi makan pizza kat giant subang. mama dari hari tu nak makan pizza. Darwisy suka betul kalau bab berjalan ni. lagi2 kalau pegi shoping. semua barang dia nak tengok pehtu suka sorang2. yang pastinya, Darwisy mesti senang tidur kat dalam stroller tu :-)

Friday, September 8, 2006

tak cukup tidur

hari ni abah ngan mama tak cukup tidur sebab Darwisy ajak main pukul 4.30am :-P

ntah macam mana Darwisy boleh bangun pon tak tahulah. memula abah tengok macam bergerak gerak. tapi tak nampak sangat yelah sebab dalam kelambu baby. pehtu tetiba dengar pulak suara dia mengomel. aduiiii sekali tengok jam baru kul 4.30am.

apa lagi, kenalah layan kejap. abah tengok mama dah tersengguk2 dah. sian mama Darwisy. tak lama kemudian mama give up terus baring lelap mata. takpelah lagipon mama nak puasa.

lama jugak melayan Darwisy, sampai abah pon tersengguk2 jugak. nak dekat kul 5.00am Darwisy dah merengek2 nak susu. apa lagi terus la kejut mama, pehtu abah pulak lepap mata ekekeke

Wednesday, September 6, 2006

Tuesday, September 5, 2006

hadiah kasut garfield

how cute!! hadiah ni baru dapat, boss mama yang bagi. thank you mdm yang.

kasut-garfield-5

mama dah tak sabar nak tgk Darwisy pakai. sebab mama memang suka giler ngan garfield. "mak su toler mesti jeles" mama cakap, bukan abah....

new video

just upload new video. cute!!

Monday, September 4, 2006

its been a while

hmm lama jugak tak update gallery. asik sibuk buat keje, InsyaAllah akan aku update nanti. bila? dalam masa terdekat ni kot.

pegi rumah mak ngah Darwisy

hari ni pegi umah mak ngah Darwisy kat klang. ramai yang datang termasuklah pak long, pak uda ngan mak su Darwisy. bukan main seronok lagi tgk orang ramai macam tu. yang lain apa lagi bila dah nampak "pipi tembam" tu serbu la!

masa sampai pak ngah ngan pak uda Darwisy takde pegi memancing. minggu depan nak pegi nilai pulak katanya ada banyak talapia.. nak ikut!!! hehehe

balik umah dah malam dalam pukul 9.00 lebih. tapi Darwisy mcm taknak tidur sebab dah seronok sangat. jenuh jugakla nak tidurkan. tapi sekali dah tidur terus nyenyak. penat sangat kot....

Saturday, September 2, 2006

Friday, September 1, 2006

“MERDEKA”kah kita?

Cuba renungkan....

- Agama diperlekehkan.
- Hiburan disebar dan diwar-warkan.
- Ulamak diperbodohkan.
- Artis menjadi pujaan.
- Bahasa di second classkan.
- Pendidikan atas tiket kemajuan.
- Kejujuran di Tanah kuburan.
- Pengkhianatan menjadi amalan.
- Tanggung Jawab hanya sampingan.
- Kepuasan Yg jadi keutamaan.
- Fesyen jadi ikutan.
- Tuntutan agama hanya sandaran.
- Keluarga hanya pilihan.
- Keseronokan yang jadi pilihan.
- Anak merdeka Di atas jalan dan pusat-pusat hiburan.
- Masjid yg besar hanya ada beberapa naskah Al Quran.

www.sifoo.com