Excerpt

Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Testing the 40MP on night scene

The 40MP feature explained:

https://www.youtube.com/watch?v=7SqFRI54KhI

Semenjak memiliki mainan baru, tak pernah lagi cuba dia punya keupayaan untuk hasilkan gambar bersaiz 40MP. Ada cuba tapi tak secara teliti, cuma sekadar main-main je.

Malam semalam, terfikir nak cuba feature tu pada waktu malam. So, aku masukkan mainan tu ke dalam waist pouch dan capai tripod lalu bergegas ke area Masjid Putra.

Sampai kat situ, blur kejap... apa setting nak buat? Huhuhu... setelah berfikir dan mencari logik, maka setting ditetapkan lebih kurang kat bawah:

Shooting mode: Aperture priority
ISO: Low (100)
White Balance: Auto
Picture mode: Natural
Hi Res Shot: ON (3 sec delay)
Focusing mode: Manual (adjust during magnified)
Image Stabilizer: Off
Record mode: RAW / RAW+JPEG[SF]
etc...

As explained in video above, sensor akan capture same scene sebanyak 8 kali. Oleh kerana itu, tak berani nak set aperture terlalu kecil sebab akan makan masa yang lama untuk diproses. Dalam kes malam tadi, setting dibuat untuk mendapatkan shutter speed di bawah 5 saat.

Bila dah rasa agak puas, terus balik rumah untuk tengok hasilnya. Well, agak impressed dan jakun sekejap hahaha. Overall dari setting yang main agak-agak je, memang memuaskan dan sangat detail. Even zoomed kepada 200% masih dapat lihat detail di setiap texture dalam gambar. Dari segi saiz, agak besar... but make sense due to resolution. Tak cuba lagi bracketing untuk Hi Res Shot, Insya Allah akan cuba di lain masa.

Berikut adalah hasil dari shot semalam, before and after cropped.







Monday, March 23, 2015

Masjid Hijau (Green Mosque) Cyberjaya

Jalan-jalan di Masjid Hijau (Green Mosque) Cyberjaya


Memandangkan hari ni cuti, aku telah mencadangkan satu cadangan kepada diri sendiri untuk pergi ke Masjid yang diwarwarkan telah siap pembinaannya beberapa bulan yang lalu. Tanpa menggunakan GPS atau Google map, aku bergegas dari rumah ke Cyberjaya lebih kurang jam 10 pagi. Di fikiran, ianya adalah waktu yang sesuai untuk mengambil gambar dalaman dan luaran sebab tak ada / kurang orang di Masjid waktu pagi.

Alhamdulillah, aku telah menjumpai lokasi Masjid tersebut dengan mudah tanpa sebarang kesesatan. Ianya terletak di tepi jalan utama ke Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.

Dari luar, kelihatan hampir 100% telah siap dibina sebab masih ada sedikit lagi kerja-kerja masih dilakukan di bahagian luar Masjid. Jalan masuk yang mudah, parkir yang luas, bentuk seni bina yang simple bersesuaian dengan konsepnya iaitu Hijau.

Insya Allah kalau ada kelapangan atau cuti di hari Jumaat, akan datang lagi ke Masjid ini.

Sunday, April 6, 2014

Cloudy morning at Putrajaya

Setelah sekian lama tidak melawat port sunrise depan Masjid Putra, hari ni aku telah menjejakkan kaki ke sini walaupun kelihatan cuaca mendung dari tingkap rumah aku (lepas gian punya pasal kekeke)

Tiba agak lewat sebab pada mulanya teragak2 samada nak keluar rumah atau sambung tarik selimut... disebabkan teracun dengan warna merah jambu (sikit je pon) di kaki langit telah membuatkan aku keluar juga dari rumah dengan harapan akan bertambah banyak warna warni di awan nanti... tapi nasib tak menyebelahi aku setibanya di lokasi semua warna hilang... yang ada kelabu huhuhu...

Takpe lah, dah takde rezeki nak buat macam mana? Tu la salah satu cabaran atau dugaan bagi photographer2 landscape...

Hari ni aku telah mencuba lagi teknik white balance menggunakan grey card dan seperti biasa shoot secara bracketting (6 shot je pagi ni huhuhu)... tengok je lah hasilnya ye...

Owh, pagi tadi aku sempat berkenalan dengan seorang sahabat baru yang kebetulan juga berada tidak jauh dari lokasi aku... dari Bangi katanya... namanya Huo Long (nama kat Facebook)... sebelum balik ke rumah, kami sempat bersembang agak panjang... berkongsi cerita dan pendapat dalam bidang photography, termasuk juga topik macro...

Anyway, ini adalah hasil dari outing mengejut pagi tadi... disertakan sedikit clip bagaimana proses editing dilakukan... enjoy :-)



https://www.youtube.com/watch?v=CNQL4RXZB7s

p/s: nampak ada sedikit warna kekuningan di bucu bawah kiri... itu adalah pantulan cahaya lampu dah tepi tasik :-)