Excerpt

Friday, May 29, 2009

FotoPages ku masih wujud

setelah hampir 2 tahun, baru la aku teringat yang dulu aku ada register di FotoPages. so, sekarang aku sedang menjinak-jinakkan diri untuk meng"update" fotopages ku yang telah lama terbengkalai itu. apa alamatnya? amik nih!
http://hilman79.fotopages.com

buat masa ni aku masih mencari-cari photo blog provider yang bagus, seperti yang korang tau (tau ke?) aku ada beberapa online photo gallery yang lain seperti eSnips dan YouTube. tapi bagus juga kalau ada online gallery yang banyak sebab salah satu daripada web tu down... web yang lain tu boleh digunakan betul tak? :-P

Teka-teki

source: email

1 ) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
MASUKKAN BENANG DALAM JARUM

2 ) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
BAS SEKOLAH LAH.. DE ONLY BUS YANG PEGI SEKOLAH

3 ) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
MILO AIS

4 ) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
SEBAB KALU DIER ANGKAT DUE KAKI, DIER JATUH!!! TAT'S WHY ANGKAT KAKI SEBELAH AJER..

5 ) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
LAMPU STADIUM BILA ADER 'GAME' DIER PASANG, TAPI LAMPU BILIK BILER ADER 'GAME' DIER PADAM

6 ) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol
SEMUT YANG BENGKAK MATE!!

7 ) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
MOTORSIKAL... SEBAB DIER PAKAI TONGKAT

8 ) Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah
PANJAT POKOK KELAPA

9 ) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
KAMBING binATANG

10 ) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
IKAN BETINA - IKAN DUYUNG .. IKAN JANTAN - IKAN BAKAR!!!
Mane ader IKAN BETINA namer BAKAR!!!

Wednesday, May 27, 2009

Berita Gumbira pulak....

haaa....ni berita gembira pulak...walaupun mama takde rezeki nak dapat KPLI....tapi kuasa tuhan mama LULUS CEMERLANG exam PTK..mama dapat aras 4..haaa ni kalau org keje Gomen taule exam PTK tu apa....yahooo..tahun depan mama dapat anjakan gaji...alhamdulillah rezeki anak2 mama.....

apa pun terima kasih kepada semua kengkawan yg study group ngan mama aritu...tak sia2 amik cuti sehari....

TAK ADA REZEKI

Hmmm...mama sedih sebab tak dapat KPLI.....sebenarnya ada EO tu nak tolong mama untuk dapat kan KPLI ni...tak tau la kat mana silapnya..mama tak tersenarai...:-( sedih jgkla sebab tgk gaya cam dapat tapi rupa2nya tak sangkut gak...hmmm takpe la mungkin bukan rezeki mama...

yang syok nya pagi tadi lepas naik drp breakfast...boss2 mama tanya dapat tak KPLI..mama cakap la tak dapat mungkin takde rezeki..pehtu mama ni kan kesayangan Boss2..heheheh...tetiba bos kata "takpe nadia..u amik intake yg Januari 2010 punya...nanti iklan keluar saya bagi tau..dan nanti saya akan keluarkan memo untuk u....punya la gumbira mama rasakan...tak sangka boss2 kat BPSM ni nak tolong mama...

yelah diorg semua tau mama ada degree...so diorg kata sayang kalau tak gunakan degree tu...so skang mama tgh tunggu iklan keluar...

tapi mama tak nak la mengharap sangat..kalau ada rezeki nanti adala.....so doakan kejayaan mama.....

busy with USIM eKlinikal Project

bulan 5 ni dan mungkin 2-3 bulan akan datang aku agak busy berulang-alik ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai) kerana project sistem eKlinikal telah dimulakan dan aku turut terlibat sebagai support team. start dengan demo training, installation, meeting dan sebagainya mungkin akan memeningkan kepala yang memang dah sedia pening hehe. mama pulak mungkin busy jugak katanya sebab tu tak dapat nak update blog. tak pasti la itu hanya alasan atau ada udang di sebalik me?apa lagi nak tulis? lu pikir la sendiri... Assalamualaikum! :-)

Wednesday, May 20, 2009

baikkkkk punya temuduga jawatan kosong....

Muslim Only..










































 



































 









SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi..
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:






Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.





Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:


Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.





Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.





Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.




























Saturday, May 16, 2009

Happy Birthday Danish!!

how time really flies. i still remember a line of lyric from 1 of my favorite song, "time stop ticking but everything is faster". today 15-Mei-2009 Danish is already 1 year old.

even today danish is not so well... abah, mama & abang darwisy like to wish you happy 1st birthday! we'll celebrate the day later with abang darwisy okay? here is your cake :-)

birthday-cake

Tuesday, May 12, 2009

Jemputan Majlis Hari Jadi Darwisy & Danish

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk menjemput kawan-kawan yang mengenali ke majlis hari jadi anak kami Darwisy & Danish pada 30-Mei-2009 bertempat di rumah kami di Putrajaya (Precint 11).

p/s: bawak hadiah banyak-banyak tau hehehe

2 kali kena kejutan letrik! Kamera Digital ku meletup!

itulah yang terjadi baru sebentar tadi :-( itu la gatal sangat tangan!

al-kisahnya kamera sony aku mmg ada rosak sikit, macam biasa aku bukan boleh duduk senang kalau ada benda yang aku tak puas hati. so, dengan berangan diri jadi McGyver aku pon ambik peralatan godekan aku. mula2 tu macam nak berjaya, ntah macam mana jari aku ni tersentuh benda kat dalam kamera tu sampai kena kejutan letrik! terkezut la aku takkan dah cabut battery pon ada power lagi??? tak patut betul dia buat macam tu kat aku... sampai dua kali! siap ada kesan 3 titik putih kat hujung jari aku ni hahahah! lepas tu aku pon cuba la amik test-pen saje nak tengok kat mana ada power tu... sekali aku sentuh je hujung test-pen tu terus meletup!! apa lagi mama pon memekak la.. "Abaaaaaang!! apa yang meletup tadi tu??" aku dengan selamba menjawab... "Kamera...."

aduiyai... macam mana nak amik gambar happy birthday darwisy & danish nanti? kena la pinjam kat sesaper dulu... ada kamera tak? pinjam kejap hehehe :-D