Excerpt

Sunday, April 24, 2016

Olympus M.Zuiko 25mm on street

Self challenge hari ni, street photography dengan lens Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm).

Sesi outing kali ni disertai oleh 3 orang sahabat iaitu Ezry, Hisham, Halim dan Helmi. Lokasi pula, di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dah banyak kali outing dekat area ni, tapi untuk street photography adalah kali yang kedua.

Bukit Bintang adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong, termasuk masyarakat tempatan. Sangat sesuai untuk mengasah bakat dalam street photography di mana kita boleh dapat lihat pelbagai gelagat manusia, bangsa, fesyen, gaya hidup dan lain-lain. Walaupon terdapat banyak kerja-kerja pembinaan sedang giat berjalan, namun tidak menghalang manusia dari terus membanjiri tempat ini.

Berbalik pada tajuk, self challenge hari ni agak challenging. Dengan Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm), agak kekok pada mulanya dari segi mencari angle view dan composition. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dengan focal view yang hampir sama, akhirnya dapat lah membiasakan diri sikit demi sedikit.

Kelebihan Olympus M.Zuiko 25mm (50mm focal view) dalam street photography



  • Tak perlu berdekat dengan subjek, sekaligus dapat mengelakkan diri dari dikesan

  • Sekiranya dekat dengan subjek, dapat menjadikan gambar sebagai portrait dengan focal view yang menarik

  • Sharpness dan bokeh yang menarik

  • Kecil dan ringan


The journey


[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kebab family Budak berusia 8 tahun menolong bapanya berniaga kebab di luar restoran. Sporting dan peramah walaupon tidak fasih berbicara.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]While waiting Kaki-kaki di jalanan. Ada yang menunggu bas, ada yang sekadar melepak, ada yang bersiar-siar. Termasuk aku, kaki ambil gambar.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]The watcher Seorang peniaga jalanan sedang memerhati gelagat manusia. Mungkin dia pemalu... refleksi sudah memadai bagi aku.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]KL Tower in red KL Tower yang diterangi cahaya lampu merah. Tidak pasti bersempena dengan apa, yang pasti memukau mata dan menyerikan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Open air Musolla Dalam perjalanan mencari surau, terjumpa satu kawasan lapang yang dijadikan tempat solat. Tempat ini mungkin diusahakan oleh peniaga-peniaga asing yang berdekatan. Nyaman dan sejuk.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]KLCCs Replika bangunan KLCC yang banyak dijual di jalanan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Man from Sarawak Orang Sarawak yang sporting, yang aku sangkakan pelancong dari Korea.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Signs Tolong terjemahkan?[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Builders at night Beberapa orang kontraktor sedang gigih membina di waktu malam. Tanpa mereka, tiadalah bangunan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Hang master Seorang pemuzik jalanan sedang mendendangkan muzik dengan instument yang unik, iaitu Hang. https://en.wikipedia.org/wiki/Hang_(instrument)
Sangat terpegun dengan bunyi dan muzik yang dihasilkan, lebih-lebih lagi disaksikan secara live di jalanan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Street artist Barisan pelukis jalanan sedang khusyuk melukis gambar-gambar pelanggan. Sangat cantik dan menarik. Dengan harga yang ditawarkan, ianya sangat berbaloi.[/caption]

Kebetulan, salah sorang sahabat yang outing bersama ada sedikit perkongsian tips bagaimana hendak menangani perasaan takut dalam genre street photography. Layari http://www.snapby.me/blog/-takut-shoot-street-photography-ikuti-langkah-ini

Tuesday, April 12, 2016

Wedding of Honest Anarchy

9 April 2016, satu lagi hari bersejarah di mana kawan sekampung Abah telah menamatkan zaman bujangnya. To be honest, semenjak Abah kahwin, memang jarang sangat lepak-lepak dengan geng zaman bujang dulu. Sampai satu masa, tak pernah lagi keluar lepak-lepak di kampung.

Semakin hari semakin meningkat umur dan semakin ramai yang mendirikan rumah tangga. Boleh dikatakan kawan Abah agak lewat sedikit dari yang lain-lain. Sebab tu Abah tak lepaskan peluang untuk balik kampung untuk meraikan majlis perkahwinan dia.

Alhamdulillah, dapat saksikan sekali hari pernikahan dan persandingan. Walau pon serba sederhana, namun semuanya sempurna ditambah dapat berkumpul dengan (sebahagian) geng-geng lama di kampung.

Semoga ikatan ini berkekalan sehingga akhir hayat... Amin.

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157666872662931

p/s: Honest Anarchy tu nickname zaman mIRC :-D

Sunday, April 3, 2016

Clipboard Manager? Ditto jadikan Copy Paste lebih mudah

Ditto Clipboard Manager, adalah satu aplikasi (free & open source) yang sangat bagus untuk pengguna OS Windows. Ianya memudahkan pengguna untuk manage atau menggunakan semula items yang disalin (copy) untuk digunakan (paste) semula, pada bila-bila masa. Ini kerana semua items (bergantung pada setting) yang disalin akan disimpan di dalam database.

Sebagai contoh, kita copy satu ayat atau paragraph dari satu website. Kemudian, pada esok hari atau bila-bila sahaja ianya boleh digunakan semula (paste). Tambahan pula, ianya lengkap dengan fungsi carian yang memudahkan lagi kita untuk mencari perkataan atau items yang kita salin.

Atau, mungkin kita ada salin banyak URL website, kalau tanpa Ditto setiap URL yang kita salin akan dihapuskan dengan items baru yang kita copy. Memang di browser kita ada bookmark, tapi haruskah kita buka browser setiap kali? Sedangkan kita nak paste bukan di browser?

Ishhh... macam susah nak explain... bacalah sendiri dia punya description ni hahaha!
Ditto is an extension to the standard windows clipboard. It saves each item placed on the clipboard allowing you access to any of those items at a later time. Ditto allows you to save any type of information that can be put on the clipboard, text, images, html, custom formats, .....

Some Features of Ditto Clipboard Manager



  • Easy to use interface

  • Search and paste previous copy entries

  • Keep multiple computer's clipboards in sync

  • Data is encrypted when sent over the network

  • Accessed from tray icon or global hot key

  • Select entry by double click, enter key or drag drop

  • Paste into any window that excepts standard copy/paste entries

  • Display thumbnail of copied images in list

  • Full Unicode support(display foreign characters)

  • UTF-8 support for language files(create language files in any language)

  • Uses sqlite database (www.sqlite.org)


Anyway, Abah dah menggunakan tool ni agak lama. Compatible dengan Windows 7 — Windows 10. Walaupon terdapat banyak clipboard manager di internet, bagi Abah, Ditto Clipboard Manager adalah yang terbaek!

Boleh download Ditto di website ni: http://ditto-cp.sourceforge.net/