Excerpt

Wednesday, December 31, 2014

Danish Hilmi dah 7 tahun dan masuk sekolah baru

Cepatnya masa berlalu, Danish dah nak masuk darjah 1 dan ini menunjukkan dia dah berumur 7 tahun. Hari ni, Mama bawak Danish pegi ke Sekolah Rendah Agama An-Najah Putrajaya untuk sesi orientasi. Abah tak dapat nak ikut sebab kena kerja, gambar pon dapat dari Mama. Tapi, 2hb Jan 2015 nanti Abah akan temankan Danish pegi ke sesi orientasi Sekolah Kebangsaan Precint 9(2) sebab Mama akan menjadi super-busy-women hehehe.

Sebagai ayah kepada anak-anak, dah tentu inginkan sesuatu yang terbaik. Semoga Danish akan menjadi anak yang soleh, rajin belajar dan menghormati orang dan berjaya... Amin...

Flickr Album 72157659691458155

Saturday, December 27, 2014

Pembetulan warna ke atas gambar lama, menggunakan Adobe Photoshop

Montel betul budak ni, saper dia ye? :-D

FYI, itulah aku masa kecik dulu. Memang montel dan comel hahaha. Anyway, gambar ni diambil oleh arwah ayah dan masih elok tersimpan di dalam album gambar-gambar lama.

Dengan menggunakan cara pembetulan warna ke atas gambar landscape yang pernah aku kongsi sebelum ni, aku cuba apply ke atas gambar lama ni menggunakan software Adobe Photoshop. Hasilnya, agak menarik :-)

But honestly, gambar yang asal lebih bermakna :-)

Here is the simple tutorial:

https://www.youtube.com/watch?v=PAqOrvajKnk

Monday, December 22, 2014

KL - Langkawi - KL 2014

Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang menjejakkan kaki di Pulau Langkawi. Kali terakhir pegi ke sana masa Danish baru berumur lebih kurang 2 tahun dan Darwisyah masih belum lahir lagi. Dulu naik kereta, kali ni naik kapal terbang, upgrade sikit hehehe

Dirombong (rombongan?) oleh 3 keluarga, bermula hari Isnin hingga Khamis (15hb-18hb) bulan December 2014, percutian kali ini lebih seronok sebab dapat pegi banyak lokasi2 menarik dibandingkan dengan percutian dulu. Lebih2 lagi anak dah ramai dan besar2. Total semua sekali yang join 12 orang termasuk la baby, memang "havoc" hehehe.

Berlepas dari KLIA lebih kurang jam 7:30 pagi, so kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 4:30 pagi. Memandangkan tak ada teksi yang sudi nak ambik kami pagi2 buta, kami terpaksa menaiki kereta sendiri dan parking di Putrajaya Park n Ride. Lebih jimat dan senang, harga parking 4 hari RM16 je di basement berbumbung.

Seperti biasa, Darwisy Danish n Darwisyah excited sebab dah tau akan naik kapal terbang :-D nasib baik la semua dah boleh berjalan, kalau idak lenguh jugak nak bawak hehehe. Lebih kurang jam 7:30 pagi, kapal terbang pon mula berlepas dan itulah waktu kemuncak keseronokan anak2 bila semuanya menjerit suka hahaha. Penerbangan dari KLIA ke Langkawi tak ambil masa lama, 45 minit je dah sampai. Kalau naik kereta, boleh kematu la punggung huhuhu.

Setibanya di Langkawi, perkara yang pertama kena setel adalah kereta sewa. Kena tempah awal2, kalau tak memang payah jugak nak cari. Untuk jimat, sewa kereta besar atau MPV... harga lebih kurang RM600 untuk 4 hari... bahagi 3 family, dapat la RM200.

Kejap! panjang lebar jugak kalau nak cerita semuanya... okay, will make it short hehehe.

Day 1


Restoran Mempelam: bersarapan di sini. Rating 2/5 sebab servis slow tak berapa sedap dan agak mahal. Singgah pon sebab emergency, cara singgah pon secara brake emergency kakaka. Jumlah kena pow RM21.++

Dataran Lang: amik gambar family dan disudahi dengan membuang hasil pencernaan.

Underwater world: Saje gatal nak masuk tengok ikan kat Langkawi, kat KL bukannya takde. Jumlah kerugian RM100 hahaha.

Hotel Holiday Villa: Check in, deposit RM100. Family Andak kena extra RM90 sebab terlebih orang dewasa sorang. Moral of story, kalau dia mintak IC orang dewasa, bagi 2 je untuk satu bilik sebab itu limit untuk satu bilik.

Masuk bilik hotel: Tidur! hahaha

Restoran Seafood Maya: Dinner, RM51. Masing2 agak letih, so makan dalam keadaan mengantuk.

Shopping: Beli seluar pendek dengan selipar anak2, konsep santai la konon hehehe. Jumlah pemborosan, lupa hahaha.

Balik hotel: Sambung tidur, ada 3 hari lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Day 2


Restoran Selera Akmal: hasil carian google mengatakan ada roti telur goyang di sini. Agak memuaskan dan murah sikit dari restoran emergency semalam, anak-anak pon suka. Total Rm20.50

Buffalo park: kat KL susah nak jumpa kerbau hahaha. Total Rm10 je 5 beranak.

Bird paradise: saper nak merasa tangkap burung puyuh guna tangan, ni lah tempatnya hehehe. Dewasa Rm15 kanak-kanak atas 3 tahun Rm10,  total Rm50.

Nasi ayam Pak Ya: sama jugak hasil carian google hahaha. Rating 4/5 sebab servis memang cepat gila. Tak pernah dapat servis secepat restoran ni. Baru order bungkus, sekali toleh dah siap kat meja hahaha. Total Rm30.90.

Langkawi cable car: sebelum ni pegi cuaca biasa, tapi kali ni macam ribut taufan kat atas huhuhu. Moral of story, pakai jaket sejuk. Btway, masa ni ada construction, so tak dapat la pegi naik titi gantung tu huhuhu.

Restoran Selera Lubuk Buaya: pegi dinner di sini hasil dari ingatan aku yang kuat, tahun 2012 penah pegi hehehe. Agak best tempat ni sebab makan dalam pondok, total Rm41.70

Balik hotel: zzzzzzzzzz

Day 3


Guess what? Sarapan kat restoran selera Akmal lagi, semua roti telur goyang punya pasal hahaha. Kali ni ditaja oleh mama. Total Rm51.90 semua hehehe.

Shopping time! I mean, chocolate shopping time! :-P

Shopping time lagi! Kasi borong minyak gamat pulak hahahaha

Islands tour: ni first time pegi melawat pulau naik bot. Lokasi pertama ke Pulau Dayang Bunting, rasa laju gila dah macam bot race pulak. Lepas mandi manda di tasik dalam pulau tu, pegi ke tengah laut pulak bagi burung helang makan. Batak kejap la sebab tak penah tengok burung helang makan dari jarak dekat hehehe. Lepas tu, pegi pulak ke Pulau Beras Basah dan mandi manda di sana pulak. Tadi air payau, ni air masin hehehe. Semua turun termasuklah Darwisyah sebab pantainya cetek. Dah puas minum air masin, maka balik la ke hotel untuk sambung mandi swimming pool pulak. Hari ni mandi manda saja hahaha.

Restoran Mangga 2: dah tak dapat nak pikir panjang nak dinner kat mana, asal nampak je terus singgah. Lokasi tak jauh dari Restoran Selera Lubuk Buaya.

Balik hotel: tidur lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Day 4


Shoot time! Kalau pegi jalan jauh-jauh tak best la kalau tak shoot landscape ye tak? Hahahaha. Hasil dari pemerhatian di jeti bot semalam, lokasi sama telah diterjah oleh aku seorang diri sebab ada satu jeti usang yang sesuai untuk dijadikan subjek. Mula-mula agak risau jugak nak pegi sebab jeti usang tu agak jauh dari jeti bot. Dengan berbekalkan tawakkal, aku menyusuri tepian pantai berbatu untuk sampai ke tempat tersebut. Subhanallah, memang menarik tempat tu (bagi seorang photographer tegar lah). Baru lah rasa puas berjalan hehehe. Ni antara gambar-gambar landscape yang sempat aku ambil :-)







Beli sarapan: baru tau dekat hotel ada warung yang agak ok untuk bersarapan. Hari-hari sebelum ni main jalan je tak tengok kiri kanan huhuhu.

Balik hotel: bersiap untuk balik ke KL, flight pukul 2:30 petang so ada la masa nak membuta kejap :-D

Jam 2:30 petang: terbang dari Langkawi ke KL... bye bye Langkawi, Insya Allah jumpa lagi :-)

Flickr Album 72157659216261869

Putrajaya - Menghayati udara pagi di Precinct 10

Dah lama usha tempat ni, akhirnya aku jejakkan juga kaki ke sini bersama kamera-cap-ayam ku. Lokasi di Precinct 10 Putrajaya, tak ramai yang tahu ada tempat untuk orang awam beriadah di sini. Sesuai untuk melakukan senaman ringan seperti jogging dan stretching.



Walaupon cuaca kurang memuaskan pagi ni, tapi dengan pemandangan yang indah dan udara yang nyaman cukup untuk melepaskan segala lelah dan tekanan yang bersarang di dalam kepala otak aku. Insya Allah, akan ke sini lagi lepas musim hujan habis nanti.

A lonely jetty in Putrajaya


A lonely jetty at Putrajaya

Saturday, December 13, 2014

Sambungan projek DIY, jam tangan Mama pulak



Sekadar mencuba projek DIY seperti yang sebelum ni (http://hilmanali.com/projek-diy-ambil-gambar-produk-guna-lampu-telefon-bimbit/), dengan menjadikan jam tangan mama sebagai subjek :-P

Here is the setup:

Ok, unfortunately I've lost the setup photo :-(

Similar to my previous setup, the only different was the hand-watch and I hanged it on a mini torch light... imagine that :-)

Thursday, December 11, 2014

Projek DIY - Ambil gambar produk guna lampu telefon bimbit

Projek ni telah diinpirasi oleh DIYPhotography, How To Shoot A Perfect Watch With Nothing But An Iphone

https://www.youtube.com/watch?v=hf6qwJKOsP4

Oleh kerana aku bukan pengguna iPhone, maka phone Android dijadikan pengganti... hidup Android! (tiba-tiba...)

Berikut adalah setup yang telah digunakan:



My hand watch
Nikon D7000
Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro
Cheap Tripod
Samsung Galaxy S4 Active as lighting (apps Tiny Flashlight)
Non-stick skillet (kuali yang tak melekat, sebab nampak texture macam fiber gitu)
Some water for reflection
Floor :-D

Honestly, untuk pusingan yang pertama aku gunakan lens Nikkor 35mm f1.8 dan batu-batu sebagai background... tapi tak berapa puas hati dari segi output... mungkin sebab salah pengiraan shutter speed dan juga aperture (sebenarnya memang tak pandai buat)



Oleh kerana itu, aku telah tekad untuk membuat satu lagi cubaan dengan menggunakan lens Tamron dan kuali sebagai background walaupon jam telah menunjukkan pukul 2 pagi ketika itu huhuhu...

Alhamdulillah, setelah hampir 100 shutter count, aku ambil keputusan untuk berhenti dan lihat hasil-hasilnya... fuh! macam nak buat iklan jam hahaha...

Seronok jugak buat projek ni tapi banyak lagi yang perlu dipertingkatkan, terutamanya dari segi subjek dan pergerakan lampu (light painting). Memandangkan ini adalah kali pertama mencuba, rasanya cukup memadai bagi aku dan boleh dianggap permulaan yang baik (perasan hahaha)





 

Sunday, December 7, 2014

Dari IOI City Mall, ke Taman Saujana Hijau Putrajaya

Bersambung-sambung pulak kisah aku hari ni, satu hari penuh dengan aktiviti kekeluargaan hehehe. Memang dah rancang dari minggu lepas nak pegi ke taman ni untuk bermain Frisbee yang aku beli minggu lepas lagi satu. Saje nak try camne rasanya main sesuatu yang sedikit berbeza. Agak kekok jugak mula-mula main benda ni, baling semua ke laut hahaha... tapi biasa lah tu, kena buat banyak research lagi lepas ni...

Memandangkan terlebih fokus nak belajar baling Frisbee, maka tak dapat la nak ambil gambar masa main huhuhu. Mama pulak sibuk berjogging, nak fit katanya hehehe. Ada gambar jalan-jalan je, boleh la tu untuk buat koleksi tahun ni :-)

p/s: makin ramai yang berkunjung ke taman ni, nak dibandingkan dulu-dulu... nak masuk pon teragak-agak sebab terlalu lengang dan tak tau boleh masuk ke tidak hehehe...

p/s2: taman ni dekat je dari rumah aku, dari balkoni dah nampak :-)

p/s3: itu sahaja buat masa ni, sekian :-)

Flickr Album 72157659639764971

Dari pertandingan mewarna, ke IOI City Mall

Malam tadi balik lewat dari down-town The Mines, sampai rumah main tembak-tembak, cukup ke tidur esok pagi nak bangun awal? huhuhu

Alhamdulillah, dapat juga Darwisyah join pertandingan mewarna walaupon organizer dah announce pertandingan sudah bermula (lambat sampai hahaha)

Darwisyah memang suka melukis dan juga mewarna, mewarna dengan satu jenis warna hehehe... tak kira lah bagi gambar apa pon, mesti semua satu warna... dah ajar suruh campur-campur warna lain tapi bila dah mula, dia akan suka dengan warna tu... takpe lah janji warna hahaha

Sambil Darwisyah mewarna, aku dan lain-lain melantak nasi lemak yang disediakan pihak penganjur... nasib baik lah ada sarapan, kalau tidak memang berbunyi lah perut...

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Darwisyah panggil penolong pengadil, katanya dah siap... dia yang paling cepat siap dalam kumpulan dia... mana tidaknya, satu warna je hahahaha

Ok lah, rasanya bila tengok dari segi hasilnya, memang harapan agak tipis untuk menang, tapi at least dalam kumpulan dia tu, Darwisyah yang paling kecik, baru 3 tahun boleh compete dengan 4 tahun ke atas hehehe

So? Ke IOI City Mall la sambung misi yang tergendala semalam, iaitu nak cari sandal untuk pakai di Langkawi nanti

Dalam jam 10 pagi dah sampai tempat parking, banyak kosong hehehe. Masuk je pintu macam biasa lah anak-anak sihat punya tenaga, tiba-tiba boleh berubah walaupon sebelumnya dah letih. Melompat berlari menjerit semua ada, aku shoot je la perangai diorang :-)

Cerita pasal apa tadi? Ooo ye, sambung misi semalam nak cari sandal... Know what? masih lagi gagal sebab takde kedai BATA hahaha... cari kat outlet lain semua macam tak berkenan. Maka bersambung lagi lah cerita ni, babai :-)

Flickr Album 72157657299560824


Satu lagi gambar diambil di dalam DAISO shop, dipusing 90 darjah melawan arah jam... nampak macam menarik (di mata aku la hehe). Sebab? Cawan-cawan tersusun tu nampak seolah-olah berada dalam keadaan asal jika diletakkan di atas meja, tapi ianya mustahil untuk berada dalam keadaan begitu tanpa sokongan atau lantai di bawahnya.



Gambar ni pulak diambil oleh Mama dan diproses oleh Abah, ada bakat dan boleh diketengahkan :-)


- Be "a part", not "apart"
- Social media kills

Saturday, December 6, 2014

Singgah sebentar di Wetland, Putrajaya.

Dah lama rasanya tak ke Taman Tasik Wetland Putrajaya ni, semenjak asik kena halau dengan pak guard :-)

Tapi baru2 ni ada kawan bagitau yang pak guard kat situ dah tak kacau kalau nak ambil gambar sampai lepas pukul 7 malam, so aku buat keputusan untuk menjenguk dan memastikan samada kenyataan itu benar atau sebaliknya.

Last minute planning, balik kerja sampai ke rumah lebih kurang jam 6:30 petang terus sambar kamera dan tripod. Sampai ke lokasi pon tak masuk entrance gate, parking motor kat tepi jalan besar dan turun tangga terus ke titi. Setibanya di port nak pacak tripod, baru teringat yang kawasan tu memang banyak unggas-macam-nyamuk-tapi-bukan-nyamuk. Dengan rasa sedikit kesal, aku teruskan memacak tripod dan menunggu perubahan cuaca sunset.

Alhamdulillah, cuaca tidaklah mengecewakan... cuma mungkin dari segi composition yang agak terbabas huhuhu.

As usual, 3 exposures at every shot... untuk diproses menggunakan teknik DRI :-)

Tuesday, December 2, 2014

Operasi bot tersadai

30hb Nov 2014, Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan untuk merakamkan keindahan pagi di kampung aku (Sungai Besar).
Seperti biasa, aku ke pantai Sungai Haji Dorani seawal pagi yang mungkin supaya tidak terlepas warna2 yang cantik ketika matahari naik. Walaupon sudah banyak kali merakamkan gambar di lokasi dan subjek yang sama, aku seperti tidak pernah rasa bosan dan jemu.
Namun, kali ini agak berbeza sedikit kerana terdapat beberapa bangkai bot yang boleh dijadikan subjek utama.
Tanpa lengah, aku pon merakamkan gambar bot2 itu dan post kepada kawan2 di facebook. Masing2 agak teruja dan terus bercadang untuk datang ke Sungai Besar untuk mengambil gambar sunset.
Bincang punya bincang, akhirnya ada juga yang sudi datang iaitu abang Tuah Roslan dari Klang dan Syafiq Shaarani dari Kuala Selangor. So, lebih kurang jam 6 petang semua dah sampai dan terus ke lokasi bot tersadai tersebut. Abang Tuah Roslan bermain dengan 2 kamera, satu untuk tujuan timelapse. Syafiq dengan D800 beliau dan aku yang paling cap ayam hahaha.
Cuaca petang itu tidaklah berapa mengecewakan walaupon langit tidak secerah paginya. Shoot punya shoot, lebih kurang jam 715 malam maka selesailah sesi mengambil gambar sunset di situ. Oleh kerana aku kena balik rumah awal untuk persiapan balik ke Putrajaya, maka kami masing2 berpecah tak sempat nak lepak minum2 huhuhu. Insya Allah, kalau ada kesempatan nanti nak set satu sesi shoot landscape di Sungai Besar dengan kawan2 yang lain. Mungkin akan sewa chalet atau home-stay untuk sehari dua, baru bleh layan dari pagi sampai ke malam hehe.







Ini adalah hasil gambar yang diambil ketika matahari terbenam, jadilah walaupon cuaca tidak berapa mengizinkan :-)
Teknik: DRI (multiple exposure)