Excerpt

Wednesday, July 29, 2015

All-u-can-eat day @ Seoul Garden, Paradigm Mall

Stressed dengan restoran bawah office yang masih tutup walaupon cuti raya dah berlalu, Abah telah melibatkan diri di dalam aktiviti makan di meja berasap... di Seoul... bukan Korea, tapi restoran Seoul Garden dekat Paradigm Mall hihihi.

Agak menarik makan dekat restoran ni sebab boleh masak dalam periuk dan kuali yang disediakan di meja dan terus makan panas-panas. Tak sure apa nama konsep ni... table barbecue kot? Lantaklah apa konsep, janji best dan kenyang sebab boleh makan selagi mau... bak kata orang putih tu "All-u-can-eat buffet" (macam salah je).

Pasal harga pulak, tak berapa pasti kalau untuk hari-hari biasa sebab bukan selalu makan kat sini (tak pandai kira). In fact, ni adalah first time makan dekat Seoul Garden hahaha. Tapi yang pasti, harga hari ni RM28.95 satu kepala. Guna member punya membership dapat promotion. Memang agak mahal kalau nak makan sini selalu, kalau sekali sekala boleh la hehehe.

Memandangkan dari pagi tak makan lagi, maka makanan yang sepatutnya dimakan pagi tadi telah di carry forward ke waktu lunch. Dan ini telah menjadikan Abah orang yang paling last sekali surrender sudu garfu hahaha.

P/S: kalau nak makan kat sini make sure amik makanan secukup rasa, kalau ikut nafsu... mana yang tak habis tu akan dikira RM8 per 100gm huhuhu.

BFF Darwisyah & Mia



Comelnya la BFF dua orang ni... Darwisyah dan Mia berpisah tiada (bergantung pada mood hahaha)

Si Darwisyah ni kalau jumpa dengan kakak Mia, memang dah tak akan berenggang dah. Lagi-lagi kalau Hari Raya ni, sibuk nak naik kereta sama dengan kakak Mia. Sampaikan kereta Abah Mama kosong dibuatnya... yelah, Darwisyah dengan kakak Mia... abang Darwisy dengan Danish pulak dengan abang Haikal. Nasib baik la kereta tak sebesar mana, takde la rasa rugi sangat hahaha.

Abah dapat gambar ni dari Andak DDD... dia yang buat guna apps phone. Tak terpikir pulak nak buat macam ni, ngam-ngam ada 6 gambar. Cuma saiz je la tak besar, so kualiti kurang sikit. Tapi takpe lah bukan untuk print :-)

Apa-apa pon, Abah Mama doakan dan harap relationship antara Darwisyah dan Mia akan kekal happy berpanjangan... Amin.

Tuesday, July 28, 2015

Tangan Darwisyah dah bebas!

Syukur Alhamdulillah, setelah hampir sebulan tangan Darwisyah bersimen akibat patah... akhirnya bebas setelah doktor sahkan tangannya dah pulih dan simen/plaster boleh dibuka. Walau bagaimana pon, Darwisyah dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti lasak dan Abah Mama kena sentiasa pantau dalam masa terdekat ni sekurang-kurangnya lagi 3 minggu. Masalahnya, boleh ke Darwisyah? Hahaha...

Takpe lah, sebulan boleh tahan... apa salahnya tahan lagi sebulan... at least tangannya dah tak bersimen lagi. Of course Darwisyah happy bila simen tu dah dibuka... tapi dia macam tak puas hati bila Abah kata hari tu nak tukar plaster warna pink. Abah dah cakap, kalau doktor kata dah ok tak payah la simen lagi... kalau tak ok lagi baru la tukar warna pink. Tapi, biasa la budak-budak kurang faham dan terlalu excited bila dengar warna pink hahaha.

Raya Aidilfitri di KL pulak

Alhamdulillah, dah pon seminggu lebih kita di bulan Syawal atau Hari Raya Aidilfitri. Macam tahun-tahun sebelum ni, lepas je balik dari kampung kami akan beraya di KL pada hari minggunya.

Hari Sabtu lepas, beraya di rumah di rumah Abg Ipin (Pak Ngah & Mak Ngah DDD) dekat Klang. Pak Long tak datang sebab dah beraya masa hari bekerja, Pak Uda pon tak balik lagi dari Kedah. So yang datang Mak Su dengan Andak DDD. Tu pon dah cukup meriah dibuatnya, riuh rendah hehehe. Macam biasa la bila DDD dapat jumpa sepupu-sepupu memang tak berhenti main dah. Dari siang sampai la ke malam.

Sebelah malam pulak, Tok Uda DDD pulak datang sekeluarga. Bertambah lagi sepupu-sepupu DDD datang dan sambung lagi main.

Hari Ahad pulak, baru dapat pergi ke rumah Pak Long DDD di Pantai Dalam. Mana yang datang ke Klang semalam pon join sekali. Lepas solat Zohor bergerak ke rumah Tok Ngah DDD di Serdang dan macam biasa rumah Nenek Long DDD seterusnya.

Last destination, rumah Mak Su DDD di Seri Kembangan. Tapi sebelum tu singgah di Giant Seri Kembangan, nak beli kek di Secret Recipe untuk surprise birthday Pak Su DDD. Dari pukul 5 sampai la ke malam, macam biasa DDD sambung main hahaha.

Abah Mama pon dah penat, so lepas je makan-makan terus balik. Tapi macam biasa akan menghadapi waktu kesukaran setiap kali nak ajak DDD balik rumah... Darwisyah meraung-raung tanak balik... nak ikut kakak Mia katanya hahaha.

Monday, July 27, 2015

Raya Aidilfitri 2015 @ Sungai Besar

Sebagai official photographer di setiap Hari Raya Aidilfitri, seperti biasa Abah akan mengambil gambar dan merakam video DDD & family hehehe.

Tahun ni tak berapa panjang video yang diupload ke Youtube (sebenarnya panjang, tapi kena reject masa suntingan hehehe). Tapi cukup menampakkan kemeriahan suasana di Hari Raya bersama keluarga :-)

Video tahun ni agak berbeza sedikit, di mana Abah lebih fokus kepada DDD dan sepupu-sepupu yang lain. Dan rasanya ni je satu video yang akan dijadikan kenangan untuk Raya Aidilfitri tahun 2015 sebab masa beraya di KL Abah tak banyak rakam video... sibuk makan kot hahaha!

Oh ye, satu lagi perbezaan video ni dengan video-video yang lepas... ianya dirakam menggunakan kamera keluarga iaitu Olympus OM-D E-M5 Mark II bersama-sama lens M.Zuiko 14-42mm dan Nikkor 50mm. Semuanya cap ayam, cuma yang layan masa merakam video menggunakan kamera ni adalah fungsi IBIS hihihi.

https://www.youtube.com/watch?v=J7Xvxqo2nGI

Ni pulak koleksi gambar-gambar kenangan Raya Aidilfitri 2015 di Sungai Besar. Macam tak banyak jugak untuk dipertontonkan kepada umum (yang lain set jadi private hehehe).

Tukar "bunyi sentuh" telefon Android

Mesti ada yang dah bosan dengar bunyi sentuh (touch sound) sama setiap kali menyentuh screen telefon kan? Lagi-lagi telefon samsung, rasa dah macam menyelam dalam air bunyi blup-blup-blup hehehe.

Ok, ni ada tutorial mudah untuk menukar bunyi sentuh telefon Android anda. Akan tetapi, hanya boleh digunapakai oleh telefon yang sudah "root". Kalau belum, tak pasti samada boleh atau tidak. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak. Tutorial ni juga sesuai bagi yang baru bermain-main dengan root :-)

Anyway kalau nak root telefon, cuba cari di Google bagaimana caranya dengan keyword "how to root **model telefon**". Contoh: "how to root galaxy s4"

Sedikit info berkenaan telefon yang digunakan dalam tutorial ni:
Brand: Samsung
Model: Galaxy S4 Active (GT-I9295)
Root: YES

Kalau dah root, ikut langkah-langkah ni:

  1. Cari dan download bunyi-bunyi yang hendak digunakan di internet. Atau boleh download bunyi on_click ni. Simpan ke dalam SD Card telefon

  2. Install apps "file manager" yang boleh gunakan access root, contohnya ES File Explorer File Manager

  3. Buka apps file manager tadi, dan pergi ke file on_click.zip tadi. Cari bunyi yang sesuai dengan play satu persatu, namakan file yang anda minat kepada TW_touch.ogg (untuk telefon Samsung Galaxy S4 Active). **bergantung kepada jenama atau model yang lain, nama file untuk bunyi sentuh mungkin berbeza**

  4. Copy file TW_touch.ogg tadi dan overwrite/paste ke folder: /system/media/audio/ui/ **buat salinan backup jika boleh**

  5. Restart telefon anda dan selesai :-)


Bila telefon dah restart, sentuh di screen telefon dan sepatutnya bunyi sentuh akan bertukar. Selamat mencuba :-)

Friday, July 24, 2015

"Gadget" baru Mama, Philips PerfectCare Aqua Steam GC8616/30

Fuh! baca tajuk macam betul gadget je hahaha...

Apa benda "Philips PerfectCare Aqua Steam GC8616/30" ni? Haaa... ianya adalah satu alat yang boleh menyeterika baju dan seluar dengan mudah dan cepat (iron daaa). Yang penting, kurang memenatkan... kenapa kurang penat? Sebab iron ni akan blow steam dengan kuat dan membolehkan kita tidak perlu menekan dengan kuat. Hanya dengan sekali lalu dah mampu menghilangkan kedut-kedut di baju dan seluar. Tak percaya? Cuba beli satu tengok macam mana hehehe...

Nak dijadikan cerita, sebenarnya Abah tak pernah terfikir pon nak beli iron guna steam ni. Tapi oleh kerana Mama dah teracun masa beraya kat kampung baru-baru ni... dan Abah juga teracun dengan review di youtube, maka terdetiklah niat nak membelinya. Yelah, Abah ni kan memahami Mama... at least dengan adanya steam iron ni boleh la meringankan "banyak" beban Mama nak iron baju sekolah DDD yang melambak-lambak tu.

Finally, barang dah pon dibeli dan dipasang kat rumah. As usual, Abah la yang jadi tukang setup semuanya. Oh ye, pakej ni sekali dengan iron board size XL (Easy6 Ironing Board). Memang besar bagak, kena buat adjustment barang yang sedia ada semata-mata nak kasi muat hahaha.

Bila dah siap setup, Abah pon isi la air dalam bekas yang disediakan kat iron tu. Tunggu 2 minit, ready to go! Cuba punya cuba, eh... macam best la pulak hahaha. Memang ringan je loyong iron tu terus hilang kedut baju sekolah. Okeh, Abah cuba lagi 2 3 pasang baju. Eh, memang tak penat hahaha... untung la Mama dapat suami macam Abah (tiba-tiba). The rest of baju, Abah serahkan kepada Mama :-D

Panjang pulak cerita pasal iron ni... apa kata kalau korang survey sendiri di Youtube. Kot la berkenan boleh sambar satu... tapi memang recommended gadget ni. Bukan nak kata kita ni malas, tapi berbaloi dari segi penjimatan masa dan tenaga... seriously :-)

For more info berkenaan product ni, boleh baca di official website Philips ni...

http://www.p4c.philips.com/cgi-bin/dcbint/cpindex.pl?slg=en&scy=fr&ctn=GC8616/30

Thursday, July 23, 2015

Family Portrait Aidilfitri 2015

[caption id="attachment_3695" align="aligncenter" width="768"]Family Portrait Aidilfitri 2015 From taller to shorter: Abah, Mama, Darwisy, Danish & Darwisyah[/caption]

 

Gambar family portrait untuk tahun ni, diambil di kampung Bagan Terap, Sungai Besar. Tak pasti lagi samada nak ambik yang lebih proper atau tak... masalahnya takde photographer yang bertauliah dalam family hahaha. Editing pon main cincai boncai.

Lagi pon, tangan Darwisyah masih berbalut. Mungkin kena tunggu lepas bukak plaster tu. Atau biar je tangan dia macam tu, ada la kenangan tangan patah hehehe.

Insya Allah akan cuba arrange untuk shoot family portrait bila beraya di KL nanti. Kalau tak dapat jugak, maknanya yang ni akan jadi official :-P

Thursday, July 16, 2015

'Aidilfitri 2015

Kalau ikut dalam kalendar, lebih kurang 2 hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. 'Aidilfitri, hari kemenangan menempuh Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni boleh dikatakan dapat menjalani bulan Ramadhan dengan baik dari tahun-tahun sebelumnya (dengan cara kurangkan melayan Facebook hehehe). Siapa sangka, tahun ni juga Darwisy dan Danish dapat menempuh sebulan berpuasa dengan baik... tak tinggal sahur... puasa penuh... tak banyak tinggal solat. Diharap, dugaan dan cabaran tahun ni dapat meningkatkan lagi keimanan dan kebahagian hidup berkeluarga.

Tidak lupa kepada sahabat handai, sekiranya terdapat salah dan silap terlanjur kata... harap dapatlah dimaafkan. Semoga bulan-bulan yang akan mendatang dapat kita tempuhi dengan penuh kesabaran.

Bagi sesiapa yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan ikut arahan undang-undang jalan raya... ingat orang yang tersayang dan semoga selamat tiba ke destinasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari,
Abah (Bobo)
Mama (Nadia)

Wednesday, July 15, 2015

Genap seminggu

Hari ni, genaplah seminggu tangan Darwisyah bersimen gara-gara patah minggu lepas. Bawak ke appointment Hospital Putrajaya, doktor kata walaupon X-Ray nampak tak teruk tapi eloklah ambil langkah keselamatan. Maknanya, seminggu masih tak cukup untuk buatkan tulang Darwisyah betul-betul sembuh dan kuat. Sekurang-kurangnya kena biar bersimen sebulan... huhuhu.

Tapi takpe lah, demi kesihatan... sebulan pon sebulan lah... berayalah dulu dengan tangan tu hehehe. Oh ye, memandangkan hari raya nak tiba ni, ada satu permintaan dari Darwisyah... dia nak plaster tu warna hijau florosen. Kena la dengan suasana hari raya kot hehehe.





 

 

Wednesday, July 8, 2015

Darwisyah dan "tangan baru"

Darwisyah oh Darwisyah... tak pasal-pasal dapat "tangan baru" huhuhu...

Kejadian berlaku malam semalam, masa tu Abah pegi keluar beli susu... balik dari kedai sampai je depan pintu dengar Darwisyah menangis meraung-raung. Mama kata Darwisyah jatuh dari sofa depan TV masa tengah main (mengacau) dengan Shorty. Dalam hati dah tak berapa senang, tapi cuba jugak la tenang.

As usual, emergency macam ni kena buat beberapa test dulu nak tengok setakat mana kesakitan dia dan cuba suspect condition tangan dia. Bila suruh pusing-pusing pergelangan tangan, dia kata tak sakit... tapi bila naikkan ke atas dia kata sakit. Memandangkan dah malam, cuba lah bagi ubat tahan sakit dan sapu minyak dulu. Masa nak tidur pon Darwisyah ada cakap sakit, mungkin sebab banyak pergerakan. So Abah buat DIY cari benda keras untuk letak atas dan bawah lengan dan balut dengan kain, supaya dapat kurangkan pergerakan. Alhamdulillah dapat tidur.

Paginya, saje nak cek balik... tengok dari luaran nampak normal. Bila dipicit-picit, ada jugak sakit katanya tapi tak semua tempat. Ok, Mama dan abang-abang pergi sekolah... Abah bawak Darwisyah pergi klinik nak buat X-Ray.

Masa tunggu result, hati dah tak berapa senang dan dapat jangka ada perkara yang tak elok. Memang betul, ada tulang yang patah... dipanggil "greenstick fracture" huhuhu...

Tapi doktor kata tak berapa teruk... lebih-lebih lagi Darwisyah masih budak-budak kemungkinan cepat sembuhnya. Harap-harap begitu lah. Settle semua doktor bagi refer letter ke hospital untuk simen tangan.

Sambil-sambil doktor tu balut tangan Darwisyah, sempat lagi mengusik... "Raya ni dengan tangan baru ye hehehe"... sabor je lah :-)

Syafakallah anakku Darwisyah... Amin...

p/s: Darwisyah kata hand support tu cantik, macam "beg" hahaha