Excerpt

Showing posts with label android apps. Show all posts
Showing posts with label android apps. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Aplikasi Android yang mesti aku install (mungkin anda juga)

Setiap pengguna telefon (Android / IOS) pasti akan install aplikasi yang dirasakan perlu. Samada untuk kerja, sosial, permainan dan lain-lain.

Sebelum kita install sesuatu aplikasi, perlulah kita fikir pro & cons aplikasi tersebut, harga, saiz, permission, penggunaan data dan lain-lain. Dan untuk itu, berikut adalah sedikit perkongsian tentang aplikasi yang mesti ada di setiap telefon aku.

  1. Al-Quran (Tafsir & by Word)

    • Banyak aplikasi Al-Quran yang pernah aku gunakan sebelum ini, termasuk yang berbayar. Cuma kebelakangan ini, aku lebih kerap gunakan yang ini dan telah pon remove yang lain.

    • Percuma, tiada ads, font yang boleh diubah saiz, tajwid berwarna, terjemahan ayat atau perkataan, lebih banyak pilihan audio dan lain-lain.



  2. Automatic Call Recorder

    • Adalah amat penting untuk kita merakamkan segala perbualan sebagai rujukan dan bukti jika diperlukan. Sebagai contoh, kita dapat jadikan rakaman perbualan dalam pembelian jual-beli secara online/telefon sebagai bukti sekiranya terdapat penipuan. Dalam situasi lain, kita boleh mendengar semula rakaman perbualan sekiranya tidak jelas atau lupa apa yang dibualkan.

    • Percuma dengan ads (terdapat versi Pro), rakaman yang jelas, cloud backup dan lain-lain.



  3. Chrome Browser

    • Sekiranya kita melayari internet dari banyak device (PC, phone, tablet), pasti lebih mudah sekiranya semua bookmarks/password/history dapat digunakan semula di setiap device. Untuk itu, Chrome mempunya fungsi synchronize yang baik dan selamat.

    • Percuma, tiada ads, by Google.



  4. ColorNote

    • Satu aplikasi yang kecil tetapi bagus untuk nota-nota ringkas dan checklist.

    • Percuma, tiada ads, internal & cloud backup, sync multiple devices, reminder.



  5. ES File Explorer Pro

    • Setiap telefon pasti ada pre-installed file manager, tetapi fungsinya adalah terhad. Aplikasi ini amat berguna kepada intermediate / advance user.

    • Cloud management, network browse, FTP mode, SD card analyst, root explorer dan lain-lain.



  6. Flickr

    • Photo hosting yang menawarkan saiz simpanan yang besar (1TB) dan percuma. Selain itu, aplikasi ini juga mempunya fungsi auto sync/backup setiap gambar yang kita snap.



  7. Google Drive

    • Aplikasi yang membolehkan kita akses fail-fail dan gambar yang disimpan di Google Drive. Contohnya, dokumen (word, excel, PDF, etc) yang diupload dari PC.



  8. Google Maps

    • Sangat berguna bagi orang yang selalu sesat atau tak tahu jalan, seperti aku.

    • By Google, data usage friendly, offline maps.



  9. Nova Launcher Prime

    • Bosan dengan interface standard? Aplikasi ini membolehkan kita customize interface di banyak sudut.

    • Banyak customization (home, app drawer, folder, icon, etc), ringan dan pantas.



  10. Quick Profiles

    • Mempercepat dan memudahkan pertukaran volume, wifi dan lain-lain mengikut profile yang direka.

    • Percuma, tiada ads, mudah digunakan.



  11. SideSync

    • Aplikasi daripada Samsung untuk mengawal (remote) dan akses fail di dalam telefon menggunakan PC.

    • Percuma, no ads, wireless and cable remote. Tapi hanya untuk telefon Samsung.



  12. Snapseed

    • The best photo editing app so far (to me).

    • Percuma, no ads, by Google, lots of RAW file editing.



  13. Waktu Solat Malaysia

    • Terkenal di Malaysia kerana buatan rakyat Malaysia.

    • Percuma, no ads, reminder, kompas, themes, plugins dan lain-lain.



  14. QRMaster

    • Aplikasi yang terpaksa install, sebab kalau tak install tak boleh masuk office :-D




Well, that's about it (ada beberapa lagi, tapi dah letih menaip haha). Apa-apa pon, artikel ni hanya sekadar berkongsi pendapat sendiri dan mungkin bukan yang terbaik.

Last but not least;

  • Cuba elakkan install aplikasi yang terdapat ads (iklan) dan cuba beli PRO version jika mampu (banyak yang murah).

  • Lihat ranking, rating, baca review.

  • Fahamkan permission yang akan digunakan oleh aplikasi tersebut.

  • Lihat tahap aktif, bila latest update.

  • etc.


Adios!

Tuesday, May 27, 2014

Gunakan internet di Android dari PC (Reverse tethering) & remote telefon

Hanya untuk phone android yang sudah ROOTED dan PC Windows!


Sumber2:
http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1371345
http://www.mobizen.com/

Apa benda ni? Macam mana? Apa kelebihan? Ni la soalan aku masa mula2 dapat tau boleh reverse tethering... meh aku cuba terangkan :-)

Apa benda ni?
Android tethering - kongsi internet dari telefon kepada peranti lain (cth: PC)
Reverse tethering - sebaliknya, kongsi internet PC kepada telefon

Macam mana?
Gunakan tool Android Reverse Tethering 3.19 dari link di bawah:
http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1371345

Di dalam forum tu ada bagitau bagaimana untuk install dan cara2 untuk menggunakan tool tersebut. Senang je :-)

Apa kelebihan?
Sebelum jawab, aku akan bagitau situasi aku sebelum menggunakan tool ni. Aku berkerja di pejabat dan kebanyakan waktu dihabiskan depan PC. Dalam masa sama aku nak surf internet, tengok2 telefon, chatting guna Whatsapp dan charging.
Sebenarnya aku boleh buat semua tu dengan menggunakan WiFi atau 3G, tapi masalahnya bateri yang tengah charging memang lambat nak penuh sebab guna USB. Lagipon, kalau aku guna charger biasa, phone akan cepat panas dan akan merugikan penggunaan data 3G.

So, dengan adanya reverse tethering ni aku boleh jimat data 3G + charging laju + telefon tidak panas + boleh sambil buat kerja guna PC takyah nak angkat letak telefon selalu.

Eh, tapi macam mana pulak tu? Tak payah angkat letak telefon? Aaaaa sebab tu aku guna Mobizen hehe... ianya satu website (juga apps) yang boleh remote telefon android. Pergi ke http://www.mobizen.com/ dan daftar secara percuma... lepas tu install apps yang dia sediakan ke android.

Penggunaan Mobizen memang mudah, ikut saje cara2 install dan cara2 menggunakan. Lepas dah install semua di atas tu, boleh la focus kat PC je tak payah nak angkat letak telefon hehehe...

Selamat mencuba :-)

Saturday, April 5, 2014

Android GPS-based apps, what suits me? Or yours?

Memandangkan tak berapa sibuk hari ni, aku cuba buat review beberapa apps android yang aku rasakan amat berguna untuk tracking lost phone (even family) dan juga navigasi sekali gus untuk melindungi data peribadi... in fact, ini first entry yang aku buat untuk apps review... Insya Allah aku cuba senaraikan kelebihan, kekurangan dan keperluan apps mengikut keperluan aku, atau mungkin jugak berguna kepada pembaca2 entry ni...

Ok, apa keperluan aku tu?
- untuk jejak pergerakan pemilik phone dan sekali gus menjejak phone itu sendiri (kalau hilang)
- untuk report lokasi kepada puan besar dan sekali gus untuk puan besar report lokasi kepada aku, atau aku boleh tahu di mana dia berada
- untuk semak perjalanan (history), aku rasa amat berguna kalau ada kes kecurian... so boleh tengok pergerakan pencuri tersebut (kalau dia bodoh tak OFF phone lah)
- untuk mendapatkan navigasi ke satu2 lokasi
- untuk melindung data2 peribadi dan penting dari dicuri sang pencuri

perlu ke semua tu? perlu!
- lebih2 lagi ketika negara kita dan dunia semakin diancam kegiatan jenayah berleluasa seperti penculikan, pencurian kenderaan, ragut dan macam2 lagi
- untuk menjimatkan masa untuk sampai ke satu2 lokasi
- untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat
- untuk bersosial

Apps apa yang boleh memenuhi keperluan aku? aku cuba senaraikan apps yang pernah aku cuba...

Find My Phone

Kelebihan:
- boleh update lokasi (check in)
- boleh lihat lokasi friend / family tanpa disuruh update (jika kita admin, boleh update sendiri)
- boleh sembang
- boleh semak history

Kekurangan:
- tidak melindungi data peribadi atau tiada kawalan ke atas phone
- tidak boleh mendapatkan navigasi ke lokasi dikehendaki

Waze
Kelebihan:
- maklumat trafik secara real-time
- ramai kawan2 guna sebab boleh link account facebook / twitter
- boleh mendapatkan navigasi ke lokasi dikehendaki
- boleh check in dan boleh intergrate dengan apps Foursquare

Kekurangan:
- lokasi kawan atau family hanya boleh dilihat jika mereka update
- tidak melindungi data peribadi atau tiada kawalan ke atas phone

Foursquare
Kelebihan:
- boleh rekod dan check in sambil berkongsi maklumat lokasi (gambar, komen, dsb)
- boleh mendapatkan navigasi
- tempat menarik berhampiran lokasi

Kekurangan:
- lokasi kawan atau family hanya boleh dilihat jika mereka update
- tidak melindungi data peribadi atau tiada kawalan ke atas phone

Google Device Manager
Kelebihan:
- melindungi data peribadi (wipe data secara remote atau web base)
- boleh mengetahui lokasi phone sendiri dan family (jika kita tahu password mereka)
- boleh ring phone in case hilang dalam rumah atau berdekatan

Kekurangan:
- tidak boleh mendapatkan navigasi
- tiada fungsi sosial
- tiada history

Kesimpulan, memang setakat ni aku tak jumpa kesemua feature yang aku perlu di dalam satu apps... bermakna aku kena install semua apps di atas untuk memenuhi kehendak aku huhuhu... apa2 pon, ini cuma pendapat aku dan mungkin ada banyak fungsi2 lain yang aku terlepas pandang... sebenarnya ada banyak lagi GPS-based apps yang berguna... usually aku akan install jika satu2 apps tu mendapat rating yang tinggi dari user, juga PERCUMA :-P

Komen? silakan :-)