Excerpt

Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

Sepupu Abah bertunang

Alhamdulillah, tak disangka-sangka akhirnya sorang lagi sepupu Abah akan menamatkan zaman bujangnya. Sepupu Abah yang lelaki tak ramai, kalau ramai pon yang paling ngam satu kepala dulu-dulu ada 3 orang. Fahmi, Atan dan Iqbal.

Kami berempat ni lah yang selalu sangat menakal masa arwah Atuk masih hidup. Boleh kata setiap kali nak tidur rumah Atuk, semua ni ada sekali. Kamilah yang curi-curi start motor pergi ke Pantai BM. Sambil-sambil tu hisap rokok hahaha.

Sabtu lepas, dalam masih menyambut Aidil Adha telah berlangsung majlis pertunangan di Kampung Pasir Panjang. Tak jauh dari Sungai Besar, lebih kurang 20 minit boleh sampai.

First time join rombongan meminang, biarlah orang-orang lama yang berbicara. Abah tukang shoot gambar je hehehe.


p/s: Sebenarnya, Darwisyah yang paling banyak shoot gambar HAHAHA!

Friday, September 25, 2015

Aidil Adha di Putrajaya

Memandangkan Aidil Adha tahun ni jatuh pada hari Khamis dan cuti Abah dah kehabisan, maka DDD tak dapat nak balik kampung nak tengok ibadat korban. Rasanya buat kali yang ke-2 berturut-turut. Tapi takpe lah, baru-baru ni pon nenek dah datang ke rumah Mak Long dan DDD pon dah tidur sana. Lagipon memang kerap balik ke kampung sebab tak berapa jauh. So, oleh kerana tak balik kampung maka Mama telah membuat satu perancangan iaitu... order sup tulang dari Mak Ngah DDD dan menonton movie sepanjang hari hehehe.

Pagi raya tu, Abah bawak Darwisy & Danish pegi solat Aidil Adha di Masjid Besi di Putrajaya. Memang dah rancang sebelum cuti, lagipon bukan senang nak bawak Darwisy & Danish solat sama-sama di masjid.

Lepas je habis solat, cadangnya nak dengar khutbah... tapi tak kesampaian sebab Danish dah tak tahan nak buang air besar huhuhu. Takpe lah, bawak je ke toilet dan lepas tu terus balik rumah.

Sampai rumah, Mama dah siap-siap dengan Darwisyah nak pergi rumah Mak Ngah. As usual, DDD akan over excited hehehe. Abah simple je, bawak hard disk yang berisikan movie-movie terkini hahaha.

Dipendekkan cerita, sampai je rumah Mak Ngah terus menyelap pekena nasi impit dengan rendang. Lepas tu pekena pulak sup tulang MELETOP! Sambil-sambil layan sup, tonton pulak movie dari tengah hari sampai la ke malam hehehe.

Bila malam sudah menjelma, maka balik la ke rumah Putrajaya sebab Abah kena kerja esoknya huhuhu.

Wednesday, August 5, 2015

Majlis Jamuan Hari Raya 2015

Setelah hampir enam tahun berkerja di area Kelana Jaya, ini kali pertama pergi ke Masjid Tengku Kelana untuk meraikan Majlis Jamuan Hari Raya bagi tahun 2015.

Pada mulanya tak terpikir jugak nak pergi ke majlis tu, tapi memandangkan restoran bawah office masih tutup bercuti... dan kebetulan ada jamuan... maka tergerak juga lah kaki menuju ke masjid bersama geng-geng dari office yang kebetulan berfikiran sama hehehe.

Alhamdulillah, rezeki hari ni dapat merasa macam-macam jenis masakan yang dihidangkan... sampaikan roti canai pon ada... semuanya sedap-sedap :-)

Disebalik cerita jamuan ni, sebenarnya telah berlangsung satu mesyuarat agung tahunan Masjid Tengku Kelana... tapi memandangkan ianya dijalankan pada waktu bekerja, maka hanya dapat hadir waktu makan je la :-)

Tuesday, July 28, 2015

Raya Aidilfitri di KL pulak

Alhamdulillah, dah pon seminggu lebih kita di bulan Syawal atau Hari Raya Aidilfitri. Macam tahun-tahun sebelum ni, lepas je balik dari kampung kami akan beraya di KL pada hari minggunya.

Hari Sabtu lepas, beraya di rumah di rumah Abg Ipin (Pak Ngah & Mak Ngah DDD) dekat Klang. Pak Long tak datang sebab dah beraya masa hari bekerja, Pak Uda pon tak balik lagi dari Kedah. So yang datang Mak Su dengan Andak DDD. Tu pon dah cukup meriah dibuatnya, riuh rendah hehehe. Macam biasa la bila DDD dapat jumpa sepupu-sepupu memang tak berhenti main dah. Dari siang sampai la ke malam.

Sebelah malam pulak, Tok Uda DDD pulak datang sekeluarga. Bertambah lagi sepupu-sepupu DDD datang dan sambung lagi main.

Hari Ahad pulak, baru dapat pergi ke rumah Pak Long DDD di Pantai Dalam. Mana yang datang ke Klang semalam pon join sekali. Lepas solat Zohor bergerak ke rumah Tok Ngah DDD di Serdang dan macam biasa rumah Nenek Long DDD seterusnya.

Last destination, rumah Mak Su DDD di Seri Kembangan. Tapi sebelum tu singgah di Giant Seri Kembangan, nak beli kek di Secret Recipe untuk surprise birthday Pak Su DDD. Dari pukul 5 sampai la ke malam, macam biasa DDD sambung main hahaha.

Abah Mama pon dah penat, so lepas je makan-makan terus balik. Tapi macam biasa akan menghadapi waktu kesukaran setiap kali nak ajak DDD balik rumah... Darwisyah meraung-raung tanak balik... nak ikut kakak Mia katanya hahaha.

Monday, July 27, 2015

Raya Aidilfitri 2015 @ Sungai Besar

Sebagai official photographer di setiap Hari Raya Aidilfitri, seperti biasa Abah akan mengambil gambar dan merakam video DDD & family hehehe.

Tahun ni tak berapa panjang video yang diupload ke Youtube (sebenarnya panjang, tapi kena reject masa suntingan hehehe). Tapi cukup menampakkan kemeriahan suasana di Hari Raya bersama keluarga :-)

Video tahun ni agak berbeza sedikit, di mana Abah lebih fokus kepada DDD dan sepupu-sepupu yang lain. Dan rasanya ni je satu video yang akan dijadikan kenangan untuk Raya Aidilfitri tahun 2015 sebab masa beraya di KL Abah tak banyak rakam video... sibuk makan kot hahaha!

Oh ye, satu lagi perbezaan video ni dengan video-video yang lepas... ianya dirakam menggunakan kamera keluarga iaitu Olympus OM-D E-M5 Mark II bersama-sama lens M.Zuiko 14-42mm dan Nikkor 50mm. Semuanya cap ayam, cuma yang layan masa merakam video menggunakan kamera ni adalah fungsi IBIS hihihi.

https://www.youtube.com/watch?v=J7Xvxqo2nGI

Ni pulak koleksi gambar-gambar kenangan Raya Aidilfitri 2015 di Sungai Besar. Macam tak banyak jugak untuk dipertontonkan kepada umum (yang lain set jadi private hehehe).

Thursday, July 23, 2015

Family Portrait Aidilfitri 2015

[caption id="attachment_3695" align="aligncenter" width="768"]Family Portrait Aidilfitri 2015 From taller to shorter: Abah, Mama, Darwisy, Danish & Darwisyah[/caption]

 

Gambar family portrait untuk tahun ni, diambil di kampung Bagan Terap, Sungai Besar. Tak pasti lagi samada nak ambik yang lebih proper atau tak... masalahnya takde photographer yang bertauliah dalam family hahaha. Editing pon main cincai boncai.

Lagi pon, tangan Darwisyah masih berbalut. Mungkin kena tunggu lepas bukak plaster tu. Atau biar je tangan dia macam tu, ada la kenangan tangan patah hehehe.

Insya Allah akan cuba arrange untuk shoot family portrait bila beraya di KL nanti. Kalau tak dapat jugak, maknanya yang ni akan jadi official :-P

Thursday, July 16, 2015

'Aidilfitri 2015

Kalau ikut dalam kalendar, lebih kurang 2 hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Syawal. 'Aidilfitri, hari kemenangan menempuh Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni boleh dikatakan dapat menjalani bulan Ramadhan dengan baik dari tahun-tahun sebelumnya (dengan cara kurangkan melayan Facebook hehehe). Siapa sangka, tahun ni juga Darwisy dan Danish dapat menempuh sebulan berpuasa dengan baik... tak tinggal sahur... puasa penuh... tak banyak tinggal solat. Diharap, dugaan dan cabaran tahun ni dapat meningkatkan lagi keimanan dan kebahagian hidup berkeluarga.

Tidak lupa kepada sahabat handai, sekiranya terdapat salah dan silap terlanjur kata... harap dapatlah dimaafkan. Semoga bulan-bulan yang akan mendatang dapat kita tempuhi dengan penuh kesabaran.

Bagi sesiapa yang memandu pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan ikut arahan undang-undang jalan raya... ingat orang yang tersayang dan semoga selamat tiba ke destinasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari,
Abah (Bobo)
Mama (Nadia)

Saturday, May 30, 2015

Darwisyah, Parents Day Taska Ayu Manja 2015

Hari ni Darwisyah buat persembahan masa sambutan Parents Day, dekat Taska Ayu Manja. Tapi Abah tak dapat datang sebab kerja dan jauh... tapi ada surprise untuk Darwisyah... Mama datang saksikan Darwisyah buat persembahan yeeeaaaayyyy!!!

Kebetulan Mama baru balik dari kursus 3 hari, terus singgah taska nak tengok Darwisyah buat persembahan. Mama kata Darwisyah terkejut bila tengok Mama ada dekat situ hehehe...

Memandangkan Abah tak dapat hadir... maka gambar dan video telah dirakam oleh backup photographer iaitu Mama sendiri hahaha... Alhamdulillah ada juga sesuatu nak dibuat kenangan...

Lepas habis je majlis, terus la Darwisyah lepaskan rindu dekat Mama... and finally, Darwisyah terima hadiah sagu hati sebab cipta robot dalam aktiviti baru-baru ni dan Datin suka dengan robot tu :-)

https://www.youtube.com/watch?v=GGrZuAk2_qc

Tuesday, March 17, 2015

Family day out @ Hot Air Balloon Fiesta

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Hot Air Balloon Fiesta akan diadakan di Precint 2 Putrajaya. Kali yang ke-7 ni, Abah bawak Mama dan DDD sekali untuk melihat belon-belon panas dari dekat.

Seawal jam 6:40 pagi dah sampai di lokasi, bukan sebab apa, supaya senang dapat parking kereta hehehe. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, parking memang agak susah nak dapat kalau sampai jam 7 pagi ke atas.

Dapat je parking kereta, terus ke tapak belon panas... dekat BLUE ZONE kalau tak silap, area Monument Putrajaya. Masa sampai tu pon dah ramai orang. Ingatkan nak masuk ke dalam pagar, tapi pak guard tak bagi sebab takde tiket... Ooo baru tau tahun ni dah kena bayar nak masuk dalam pagar huhuhu. Takpe lah, bawak diorang ke tepi pagar pon dah cukup. Masuk dalam pon nanti kelam kabut sebab ramai sangat photographer...

Bila perserta-peserta belon panas tu bersiap sedia nak naikkan belon, maka suka la DDD tengok api belon panas dari dekat. Terasa jugak la bahangnya dari tepi pagar tu... rambang mata tengok semua nyalakan api hehehe.


https://www.youtube.com/watch?v=oId5MIVJRfc

Lepas dah tengok semua belon panas terbang, bawak DDD main dekat bouncing playground. RM15 satu kepala, main sampai berpusing kepala hehehe.

https://www.youtube.com/watch?v=xCy-SXAsrsk

Bila dah berpusing kepala, maka secara automatik perut pon turut akan berkeroncong... so kena isi dulu sebelum meneruskan aktiviti.

Perut dah kenyang, terus menuju ke pameran haiwan peliharaan. Tapi sebelum sampai tu, ada ternampak tempat helikopter mendarat. So, singgah dulu tengok helikopter mendarat dan terbang bawak orang pusing keliling Putrajaya.

https://www.youtube.com/watch?v=dOrNWf0tjeY

Last visit for today, pameran haiwan peliharaan... dan seperti biasa akan bermain dengan haiwan kegemaran iaitu KUCING :-)

https://www.youtube.com/watch?v=M38UdesqCNs

Malam penutup hari Ahad, pergi semula ke ZONE BLUE. Agak bernasib baik sebab ada banyak parking dekat area VIP kekeke. So, makin suka la DDD dapat tengok api belon panas waktu malam sebab terang macam lampu liplap. Lastly, persembahan bunga api... tapi agak kecewa sebab terlindung dengan belon liplap tadi huhuhu. Takpe, satu pengalaman dan pengajaran... Insya Allah akan repeat lagi di lain tahun :-)

https://www.youtube.com/watch?v=MBpKTbMTKio

Saturday, January 3, 2015

Hari orientasi, Danish tahun 1

Seperti yang dijanjikan, hari ni Abah temankan Danish pegi ke hari orientasi tahun 1 kat SKPP9(2) sebab Mama jadi super-busy-women. Tapi nampak macam tak berapa busy je hahaha.

Macam biasa, murid-murid baru dan ibu bapa akan diberi taklimat. Macam-macam la guru besar cakap, budak-budak entah faham ke tidak.

Sebelum ni Danish pra-sekolah di sekolah yang sama, jadi takde lah nampak dia kekok sangat. Cool and steady bak kata orang putih tu :-)

Dipendekkan cerita, majlis start lebih kurang jam 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, kecuali sesi sekolah ditunda seminggu untuk memberi ruang dan persediaan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur.

Friday, January 2, 2015

Tahun baru 2015 di rumah Mak Long

Malam tadi (31/12/2014), aku sekeluarga pergi ke rumah Mak Long (akak sulong) sebab nenek (emak) ada kat sana... saje datang nak jumpa anak cucu. So kami dah rancang nak tidur satu malam. Seronoknya nenek dapat jumpa cucu-cucunya hehehe. Tapi memandangkan sampainya dah malam, maka tak banyak la aktiviti boleh buat. Cuma makan2 sikit, sembang2, main2, lepas tu tidur. Esoknya nak mandi kolam pulak, kena la tidur awal hehehe.

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak dan jugak Mama, iaitu hari kolam sedunia. Bangun pagi, sarapan cup cake, lepas tu terus ke kolam. Pelampung semua dah siap, termasuk la pelampung yang dibeli kat Pulau Dayang Bunting baru-baru ni hahaha.

Macam biasa, orang yang jarang mandi kolam ni akan berkelakuan seperti batak sikit. Nasib baik aku dulu selalu berkubang kat parit, takde la batak sangat hahaha.

Anyway, here are some of the shots... taken with my Samsung Galaxy S Active :-)


Dah puas berkubang (bahasa kampung untuk berenang), the next activity is MAKAN! Mak Long nak belanja kat Restoran Tom Yam. So, kami pon pergi ke Damansara... nenek pon ikut. Punya la banyak order, siap boleh bungkus bawak balik lagi.

Lepas makan-makan, kami pon balik ke rumah Mak Long sebab nak rehat dan siap-siap nak balik ke Putrajaya pulak. Lepas je solat Asar, kami pon balik. Rindu lagi la nenek dengan cucu-cucunya nanti. Itu la serba sedikit cerita tahun baru 2015 kami sekeluarga... Wassalamu.

Thursday, January 1, 2015

Selamat tinggal tahun 2014

Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun telah berlalu dengan pantas. Hari ni masuklah tahun Masihi yang baru iaitu 2015.

Tahun 2014 telah pon meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis kepada diri, keluarga, mahupun negara.

Pada diri aku sendiri, tahun 2014 telah perginya orang yang aku hormati dan sayangi iaitu Ayah. Tidak lupa juga seorang pakcik yang aku panggil Anjang iaitu adik kepada mak aku. Tapi aku redha sebab itu semua sudah ketentuan Allah, aku hanya mampu berdoa semoga segala-galanya baik. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang disayangi. Mereka lah pengubat dan penghibur aku.

Negara Malaysia pula ditimpa dengan berbagai-bagai musibah. Kehilangan pesawat MH370, MH17 yang diserang dan jatuh terhempas, banjir di negeri-negeri timur dan baru-baru ni pesawat QZ8501 pula terhempas di tengah lautan. Itu tidak termasuk lagi masalah-masalah negara yang lain seperti ekonomi, politik, kes-kes jenayah dan sebagainya.

Apa pon yang telah berlalu samada pahit atau manis, pastinya akan terpalit di dalam ingatan. Aku harap aku tidak akan leka dan alfa dengan menyambut tahun baru ini dengan keseronokan yang melampau. Dan aku tidak nampak apa alasan kenapa tahun baru ini perlu disambut dengan keseronokan dan pembaziran. Walau bagaimana pon, itu bukanlah bermakna kita kena sentiasa bersedih dan meratap... sebaliknya kehidupan perlu diteruskan seperti biasa, memperbaiki diri dan berdoa agar hari-hari mendatang lebih baik dari yang lepas.