Excerpt

Showing posts with label hot air balloon. Show all posts
Showing posts with label hot air balloon. Show all posts

Monday, March 13, 2017

Belon panas yang tak berapa panas

Seperti tahun-tahun yang lepas, keluar rumah seawal pagi lepas subuh semata-mata nak dapatkan tempat untuk parking kereta. Sesampainya di lokasi, rasa pelik tetiba datang. Eh, kenapa lengang je ni?

Berenti tepi jalan kejap, tanya pakcik Google. Ooo... rupa-rupanya dah pindah lokasi ke KL huhuhu. Takde la rezeki DDD nak tengok belon panas tahun ni... jom lah kita balik (jenuh explain kat DDD).

Tengah drive nak balik, tetiba nampak kereta 4WD perpusu-pusu masuk kawasan lapang. Maka Abah pon jadi bangau panjangkan leher nak tengok ada apa.

Eh? Ada la! Hahaha!

Maka melonjak-lonjaklah DDD keriangan (Abah Mama pon sama dalam hati). Nasib baik la ada, kalau idak sia-sia la keluar rumah lepas subuh... mesti jenuh nak explain kat DDD :-P

Cuma tahun ni memang nampak tak ramai... tengok tempat parking kereta pon boleh tau. Tapi baguslah, takde la crowded (memang Abah tak suka hehehe).

https://www.youtube.com/watch?v=a_3v3TPhuwg

Tuesday, March 17, 2015

Family day out @ Hot Air Balloon Fiesta

Seperti tahun-tahun sebelum ni, Hot Air Balloon Fiesta akan diadakan di Precint 2 Putrajaya. Kali yang ke-7 ni, Abah bawak Mama dan DDD sekali untuk melihat belon-belon panas dari dekat.

Seawal jam 6:40 pagi dah sampai di lokasi, bukan sebab apa, supaya senang dapat parking kereta hehehe. Berdasarkan pengalaman sebelum ni, parking memang agak susah nak dapat kalau sampai jam 7 pagi ke atas.

Dapat je parking kereta, terus ke tapak belon panas... dekat BLUE ZONE kalau tak silap, area Monument Putrajaya. Masa sampai tu pon dah ramai orang. Ingatkan nak masuk ke dalam pagar, tapi pak guard tak bagi sebab takde tiket... Ooo baru tau tahun ni dah kena bayar nak masuk dalam pagar huhuhu. Takpe lah, bawak diorang ke tepi pagar pon dah cukup. Masuk dalam pon nanti kelam kabut sebab ramai sangat photographer...

Bila perserta-peserta belon panas tu bersiap sedia nak naikkan belon, maka suka la DDD tengok api belon panas dari dekat. Terasa jugak la bahangnya dari tepi pagar tu... rambang mata tengok semua nyalakan api hehehe.


https://www.youtube.com/watch?v=oId5MIVJRfc

Lepas dah tengok semua belon panas terbang, bawak DDD main dekat bouncing playground. RM15 satu kepala, main sampai berpusing kepala hehehe.

https://www.youtube.com/watch?v=xCy-SXAsrsk

Bila dah berpusing kepala, maka secara automatik perut pon turut akan berkeroncong... so kena isi dulu sebelum meneruskan aktiviti.

Perut dah kenyang, terus menuju ke pameran haiwan peliharaan. Tapi sebelum sampai tu, ada ternampak tempat helikopter mendarat. So, singgah dulu tengok helikopter mendarat dan terbang bawak orang pusing keliling Putrajaya.

https://www.youtube.com/watch?v=dOrNWf0tjeY

Last visit for today, pameran haiwan peliharaan... dan seperti biasa akan bermain dengan haiwan kegemaran iaitu KUCING :-)

https://www.youtube.com/watch?v=M38UdesqCNs

Malam penutup hari Ahad, pergi semula ke ZONE BLUE. Agak bernasib baik sebab ada banyak parking dekat area VIP kekeke. So, makin suka la DDD dapat tengok api belon panas waktu malam sebab terang macam lampu liplap. Lastly, persembahan bunga api... tapi agak kecewa sebab terlindung dengan belon liplap tadi huhuhu. Takpe, satu pengalaman dan pengajaran... Insya Allah akan repeat lagi di lain tahun :-)

https://www.youtube.com/watch?v=MBpKTbMTKio