Excerpt

Monday, November 30, 2015

E-M5 Mark II Live Composite (LIVECOMP)

Hampir setahun memiliki kamera ni, baru berkesempatan mencuba satu feature menarik iaitu Live Composite. Sebelum terangkan lebih lanjut, boleh tonton ni untuk sedikit penjelasan tambahan dan contoh:

https://www.youtube.com/watch?v=N-8fm_3c5q0

https://www.youtube.com/watch?v=C0SIICH9_5U

 

Ini hasil cubaan malam tadi... nampak tak berapa elok sebab first time cuba hehehe...



Ini apa yang aku faham tentang feature Live Composite (LIVECOMP)

  • Gambar pertama yang diambil akan dijadikan sebagai base dan mana-mana light source atau bright area yang muncul kemudiannya akan dirakam dan ditambah ke dalam gambar pertama tadi (secara berterusan sehingga dihentikan). Tekniknya sama seperti stacking multiple images di Photoshop yang selalu digunakan bagi kamera digital terdahulu, cuma dilakukan di dalam kamera untuk menghasilkan satu gambar.

  • Tidak sama dengan BULB mode, di mana mode ini akan menjadikan gambar lebih terang keseluruhannya sekiranya lebih lama exposure dibuka. Juga, penghasilan gambar menggunakan feature Live Composite boleh dilihat secara terus (real-time) di Live View.

  • Ianya sesuai digunakan untuk light trail, star trail, cloud trail (sunset), fireworks, lightning, flowing water, light painting dan seangkatan dengannya.


Satu lagi video langkah-langkah menggunakannya:

https://www.youtube.com/watch?v=ThcfBpIzOwA

 

Sunday, November 29, 2015

Seminggu selepas khatan

Alhamdulillah, seminggu sudah berlalu lepas Darwisy dan Danish khatan. Hari ni Abah Mama bawak DDD keluar jalan-jalan kejap. As usual, sarapan sama-sama di kedai mamak. Lama sangat tak jumpa roti canai dengan tosei kot, sampai habis Darwisy Danish makan... satu rekod baru hehehe.

Setakat ni Alhamdulillah, takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Mungkin sebab Abah dan Mama jaga pantang larang lepas khatan dari segi makan, minum dan ubat.

Agak letih jugak bila anak-anak khatan ni. Tidur pon tak berapa cukup, asik terjaga tiap-tiap malam... semata-mata nak membetulkan cara diorang tidur yang tunggang langgang hehehe.

Terima kasih dekat Mama yang banyak jaga DDD, nasib baik la cuti sekolah kalau tak... pening kepala jugak la...

Sunday, November 22, 2015

Darwisy Danish berkhatan

Alhamdulillah... satu lagi peristiwa bersejarah telah terlakar hari ni, di mana Darwisy dan Danish telah selamat berkhatan. Macam tak percaya pon ada, pantas sungguh masa berlalu.

Al-Kisah...


Sebenarnya dari tahun lepas dah rancang nak hantar Darwisy Danish berkhatan, tapi masa tak berapa mengizinkan. Jadi, Abah dan Mama ambik keputusan untuk daftar Darwisy Danish berkhatan cuti sekolah hujung tahun ni (2015).

2 minggu sebelum cuti sekolah mula, Abah pergi ke Klinik Lita Alis di Putrajaya untuk tanya samada pendaftaran dah dibuka atau belum. Kebetulan pada hari tu pendaftaran baru dibuka dan Abah dapat booking pada slot yang paling awal hari pertama cuti sekolah hehehe.

Dalam pada masa yang sama, Mama pon ada dapat jemputan untuk majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Putrajaya. Tapi bila dapat borang, Mama rasa tak berkenan sebab yang pertama doktor dan keduanya terlalu ramai. Yelah, kalau dah ramai sangat doktor khatankan orang... takut pulak nanti doktor letih... bila dah letih, faham-faham je lah.

In fact, Abah memang tak berapa berkenan nak dikhatankan beramai-ramai. Lebih-lebih lagi anjuran ahli politik tu :-D

Tak dinafikan berkhatan secara beramai-ramai lebih meriah... tapi secara kecil-kecilan pon masih dipanggil berkhatan kan? :-)

Tahniah Abah dan Mama ucapkan kepada Darwisy dan Danish kerana telah berjaya dan mendapat sijil kenangan yang tertulis "tidak menangis"

p/s: Danish nangis sikit je :-)

Sunday, November 15, 2015

Terjun tiruk di Impian Country Resort

Agak lama jugak dah tak pegi terjun tiruk air sungai. Kebetulan Mama ada program sekolah di Impian Country Resort Hulu Langat, so boleh la bawak DDD terjun tiruk dalam sungai.

Overall tempat ni ok, sesuai untuk bawak kanak-kanak mandi manda sebab airnya yang tak deras dan cetek. Tapi kalau bertujuan nak shoot gambar air terjun memang tak sesuai sebab takde pon air terjun... yang ada air sungai yang mengalir hehehe.

Rasanya tempat ni hanya untuk mana-mana organisasi jalankan aktiviti outdoor, tak dibuka kepada orang awam yang datang nak mandi semata-mata. Ok juga macam tu, takde lah crowded dengan orang.

Memang seronok bawak DDD ke sini, siap pasang khemah lagi. Makan minum Mama dah masak siap-siap di rumah... so boleh la main pondok-pondok tepi sungai. Lepas mandi makan, rehat kejap lepas tu mandi lagi hehehe...

Sunday, November 8, 2015

Berterik di Sekinchan

Hari ni balik kampung, berkesempatan jalan-jalan ke kampung jiran iaitu Sekinchan. Kebetulan cuaca semakin pulih dari diselubungi asap jerebu, membuatkan aku berkobar-kobar untuk menikmati pemandangan sawah yang menghijau.

Sekinchan adalah satu tempat yang tidak asing dengan tanaman utamanya iaitu padi. Kawasannya yang lapang, tanah yang subur menghijau menjadikan daerah ini tempat yang menarik untuk dilawati terutamanya kaki landscape (untuk shoot sunrise dan sunset). Walaupon lokasinya agak jauh dari pusat bandar, ramai yang sanggup datang ke sini semata-mata untuk menikmati pemandangan sawah bendang.

Mungkin jarang bagi kaki landscape mengambil gambar pemandangan di waktu matahari betul-betul di atas kepala. Terik, panas, rimas, haus, menyakitkan mata dan kulit. Tapi bagi aku, ianya adalah waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan formasi atau bentuk-bentuk awan yang menarik disamping langit yang membiru. Namun, adalah tidak digalakkan untuk outing bersama family atau anak-anak kecil (begitu juga dengan model).

Sedikit tips kalau nak outing di bawah panas terik:

  • Bawa air masak atau mineral yang banyak, bukan air yang manis

  • Pakai topi atau bawa payung

  • Pakai kaca mata hitam bagi yang tak tahan silau

  • Baju lengan panjang yang nipis atau gunakan lotion (sun block)

  • Bawa lens filter CPL / GND / big stopper bagi yang ada