Excerpt

Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Tahun baru 2015 di rumah Mak Long

Malam tadi (31/12/2014), aku sekeluarga pergi ke rumah Mak Long (akak sulong) sebab nenek (emak) ada kat sana... saje datang nak jumpa anak cucu. So kami dah rancang nak tidur satu malam. Seronoknya nenek dapat jumpa cucu-cucunya hehehe. Tapi memandangkan sampainya dah malam, maka tak banyak la aktiviti boleh buat. Cuma makan2 sikit, sembang2, main2, lepas tu tidur. Esoknya nak mandi kolam pulak, kena la tidur awal hehehe.

Hari ni hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak dan jugak Mama, iaitu hari kolam sedunia. Bangun pagi, sarapan cup cake, lepas tu terus ke kolam. Pelampung semua dah siap, termasuk la pelampung yang dibeli kat Pulau Dayang Bunting baru-baru ni hahaha.

Macam biasa, orang yang jarang mandi kolam ni akan berkelakuan seperti batak sikit. Nasib baik aku dulu selalu berkubang kat parit, takde la batak sangat hahaha.

Anyway, here are some of the shots... taken with my Samsung Galaxy S Active :-)


Dah puas berkubang (bahasa kampung untuk berenang), the next activity is MAKAN! Mak Long nak belanja kat Restoran Tom Yam. So, kami pon pergi ke Damansara... nenek pon ikut. Punya la banyak order, siap boleh bungkus bawak balik lagi.

Lepas makan-makan, kami pon balik ke rumah Mak Long sebab nak rehat dan siap-siap nak balik ke Putrajaya pulak. Lepas je solat Asar, kami pon balik. Rindu lagi la nenek dengan cucu-cucunya nanti. Itu la serba sedikit cerita tahun baru 2015 kami sekeluarga... Wassalamu.

Thursday, January 1, 2015

Selamat tinggal tahun 2014

Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun telah berlalu dengan pantas. Hari ni masuklah tahun Masihi yang baru iaitu 2015.

Tahun 2014 telah pon meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis kepada diri, keluarga, mahupun negara.

Pada diri aku sendiri, tahun 2014 telah perginya orang yang aku hormati dan sayangi iaitu Ayah. Tidak lupa juga seorang pakcik yang aku panggil Anjang iaitu adik kepada mak aku. Tapi aku redha sebab itu semua sudah ketentuan Allah, aku hanya mampu berdoa semoga segala-galanya baik. Aku juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang disayangi. Mereka lah pengubat dan penghibur aku.

Negara Malaysia pula ditimpa dengan berbagai-bagai musibah. Kehilangan pesawat MH370, MH17 yang diserang dan jatuh terhempas, banjir di negeri-negeri timur dan baru-baru ni pesawat QZ8501 pula terhempas di tengah lautan. Itu tidak termasuk lagi masalah-masalah negara yang lain seperti ekonomi, politik, kes-kes jenayah dan sebagainya.

Apa pon yang telah berlalu samada pahit atau manis, pastinya akan terpalit di dalam ingatan. Aku harap aku tidak akan leka dan alfa dengan menyambut tahun baru ini dengan keseronokan yang melampau. Dan aku tidak nampak apa alasan kenapa tahun baru ini perlu disambut dengan keseronokan dan pembaziran. Walau bagaimana pon, itu bukanlah bermakna kita kena sentiasa bersedih dan meratap... sebaliknya kehidupan perlu diteruskan seperti biasa, memperbaiki diri dan berdoa agar hari-hari mendatang lebih baik dari yang lepas.