Excerpt

Friday, December 29, 2006

pergh! lama tak update!

it's been a while. like usually, busy :)

nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007. semoga tahun yang akan datang akan menjadikan hidup kita semua lebih bermakna dan bertambahlah amalan hendaknya.... ambil yang jernih buang yang keruh.... Amin....

 nak balik kampung yeah yeahhhhhhhhhhhhhhh!

Tuesday, December 12, 2006

Darwisy, bukan Darwish mahupun Darwisi

sebenarnya post ni saje untuk bagitau semua, bahawa sebutan yang sebenarnya adalah Darwisy. iaitu kalau ditulis dalam jawi, "Y" "SY" adalah "Shin"

kami pernah pergi ke hospital dan klinik, semua nurse panggil "Darwisi" sebab diorang ingatkan "Y" "SY" adalah "Sim Ya"

dan pernah juga orang kata, kalau nak panggil "Darwisy", ejaan rumi mestilah "Darwish". di mana kalau dalam ejaan jawi pula menjadi "Dal, Alif, Ra', Wau, Ya, Sim dan Ha" (macam mana nak sebut?). sebenarnya dari segi ejaan rumi, takde isu sangat. cuma yang menjadi isu adalah ketika menyebut atau memanggil :-)

eh! takde hal lah semua tu! :-) aku sendiri pon dah konpius :-)

anyway, berikut adalah ejaan dalam JAWI

darwisyjawi

sekian terima kasih :-)

p/s: jangan pening kepala haha

seronoknya jadi “combat”

ewah ewah... sejak dah pandai buat meniarap ala² "combat" ni semua tempat nak di"explore" :-) sampai nak tidur malam pon susah dah asyik nak jadi combat aje.

sebenarnya semua ni terjadi masa mak usu darwisy ngan kakak taty datang rumah kami. masa tu diorang nak main game laptop mama. dan masa tu jugalah darwisy berusaha nak capai laptop tu(darwisy mmg suka betul ngan PC/Laptop sampai kalau tak kasi dia mengamuk, Hilman Jr. lah katakan...)

dan start masa tulah dia asik nak jadi combat... ada sekali tu dah nak sampai ke dapur sebab cari mama hihihi

dan kadang² sempat lagi melencong ke tempat lain maybe tertarik ngan benda lain yang dalam "on the way"

comel aje cara dia tu... lagi comel bila darwisy nampak orang lepas tu suruh angkat dia hehehe :-)

Friday, December 8, 2006

just trying

how do you like the theme? its called 4u-hemingway

saje je try ni, maybe tak lama sebab tengah dalam proses buat theme sendiri yang baru :-)

tungguuuuuuuu!

and BTW, we recommend you to use 1024x768 screen resolution for best view. otherwise, you'll never see my face up there :-P

Tuesday, December 5, 2006

darwisy kurang sihat

tadi mama sms abah, bagitau yang darwisy skang tengah tak sedap badan sangat. maybe kesan kena inject 3 serangkai semalam. dari pagi tadi asik nak kena manja aje. nasib baik mak usu ngan mak andak yang jaga. rasa macam tak sabar nak balik, nak manjakan darwisy :-)

darwisy ada kawan baru

yea yea darwisy dapat kawan baru :-)

hari ni kawan kepada mama hantar anak dia, suruh mak andak darwisy jaga. namanya Nabil (kot :-P)

so far abah tak pernah tengok lagi, tapi mama kata comel!

petang tadi mama saje nak tengok beza darwisy ngan nabil, bila mama baringkan sebelah² baru la tau darwisy ni besar jugak badan dia hehehe. mana taknya baru 5 bulan dah 7kg.

petang ni nak tengok kawan darwisy :-)

Monday, December 4, 2006

inject 3 serangkai

hari ni mama dan mak usu bawa darwisy pegi klinik, nak inject 3 serangkai. abah tak dapat ikut sebab ada kerja. sepatutnya pegi 2 minggu lepas, tapi disebabkan masa tu darwisy baru baik demam so terpaksa postpone (suhu badan panas "sikit aje", tapi tak boleh main²).

mama citer kat abah masa kena inject tu darwisy menangis sekuat hati, mana taknya? dua2 belah peha kena! sebelum ni satu aje. nasib baiklah mak usu darwisy ada, kalau tak mesti tak cukup tangan. maklumlah, klinik kerajaan kan penuh ngan manusia.

Saturday, December 2, 2006

long time no see

a'kum dan salam sejahtera semua. lama jugak tak update website kan? kami mintak maaf sebab sejak akhir2 ni kami sibuk dengan macam2. darwisy pon tengah sibuk nak belajar merangkak :-)

masuk hari ni darwisy dah 6 bulan. dan sepanjang website tak update ni, macam2 jugalah perkara telah berlaku. tapi malas nak cerita kat sini...

okay! back to darwisy story! start hari isnin ni, kami akan hantar darwisy kepada babysitter yang baru iaitu "mak andak"nya sendiri hehehe. semua ni secara kebetulan. sebab skang ni "mak usu" darwisy tengah bercuti panjang, jadi skang ni dia lepak umah "mak andak" darwisy. sejak "mak usu"nya lepak sini, hari2 lah kami hantar kat dia ke rumah "mak andak" sebab "mak usu" boring takde buat apa. kalau darwisy ada bleh main2 ngan dia.

ntah macam mana, bila dah lama2 tu "mak andak"nya pulak suka jaga dia. kebetulan "mak andak"nya pon bekerja part-time je. itu pon start pukul 6 petang. pagi takde buat apa2. oleh kerana itulah dia terus nak jaga darwisy. kami pon apa lagi, legalah sedikit. iyelah sekurang2nya saudara mara sendiri yang jaga darwisy.

habis cerita satu....

sepanjang website tak updated ni kami banyak ambik gambar darwisy. tapi tengah tunggu masa yang sesuai sikit untuk upload. buat masa ni maybe update news sikit2 dulu. so, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

habis cerita dua....

cerita ketiga? tak ada hehehe