Excerpt

Jom Tolong!

Bismillahirrahmanirrahim...

Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah menyayat hati dan sedih segolongan rakyat di negara ini. Samada kisah anak-anak yatim, ibu tunggal, kematian ibu bapa, kemalangan, OKU dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan kedudukan ekonomi negara yang tidak stabil, semakin bertambah lah beban yang perlu ditanggung oleh golongan tersebut. Dengan adanya teknologi internet dan media sosial yang semakin berkembang pesat kini, aku telah mengambil inisiatif mewujudkan satu laman khas ini untuk menyebarkan rayuan dan maklumat golongan-golongan yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Diharap dengan langkah ini, bermanfaatlah serba sedikit dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Sebelum membaca dengan lebih terperinci, ingin dimaklumkan bahawa segala maklumat di laman ini telah diambil dari laman-laman web atau media sosial yang lain. Sebelum ianya dimasukkan di laman ini, aku akan cuba mendapatkan maklumat yang sahih sebaik mungkin supaya misi ini tidak lari dari tujuan asal dan tiada penyelewengan sekaligus mengelakkan keraguan. Insya Allah, laman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Dan amat berbesar hatilah sekiranya laman ini dapat dikongsikan tidak kira di mana-mana sahaja, Jom Tolong!

Wassalamu...




 

Ibu tunggal OKU, Noridawati Husin


Sumber:
http://www.therakyatpost.com/life/living-life/2015/07/10/trp-cares-pushed-to-the-edge-disabled-single-mom-cries-for-help/
http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/11/ibu-tunggal-oku-rayu-simpati-tabah-sara-3-anak/
https://www.youtube.com/watch?v=WB9j_Ngq-t8

Nombor Akaun:
Noridawati Husin
CIMB (No: 14260013716525)
Maybank (No: 112308004966)

Nombor telefon:
+60176774046




 

No comments:

Post a Comment