Excerpt

Sunday, June 26, 2016

Murtabak Maggi Insomnia

Asal nama resepi ni Murtabak Maggi je, tapi Mama tambah insomnia sebab Abah dapat resepi ni akibat tak tidur semalaman. Jadi lah Murtabah Maggi Insomnia hehehe...

Tak pasti macam mana resepi ni tiba-tiba melintas dalam benak fikiran ni. Nak kata banyak tonton Youtube, tak mungkin. Nak kata asyik main Facebook, dah dekat sebulan tak update status. Mungkin rindu dekat bungkusan Maggi tu kot.

Anyway, resepi ni boleh didapati kat mana-mana laman website resepi dan mudah jugak nak sediakannya. Cuma berbeza sikit dengan resepi Abah ni, iaitu daging kisar Ramly (entah-entah dah Cliché kakaka). Tanpa membuang masa, jom kita mula!

Murtabak Maggi

Bahan-bahannya:



  • 2 paket Maggi kari.

  • Lebih kurang satu inci tebal daging kisar (ayam / daging).

  • 2 batang sausage (ayam / daging).

  • 1 biji bawang besar.

  • 2 ulas bawang putih.

  • 2 batang daun parsley yang rimbun (daun sup daaa).

  • 5 biji telur.

  • Lebih kurang 500ml air.

  • Sedikit minyak masak.


Perkakas yang diperlukan:



  • Penapis saiz sederhana atau penapis spaghetti.

  • Bekas / mangkuk rendaman saiz sederhana.

  • Kuali bulat rata (kalau ada non-stick lagi bagus).


Penyediaan:



  • Masak air hingga mendidih.

  • Asingkan perencah dan mee Maggi.

  • Potong bawang besar, bawang putih dan daun sup kecil-kecil.

  • Masukkan mee Maggi, sausage dan daging kisar ke dalam bekas rendaman bersama air yang telah mendidih. Buat masa ni supaya mee tak terlalu kembang sementara memotong bawang. Sekaligus menjadikan sausage dan daging kisar masak sedikit.

  • Agak-agak dalam 1 minit lebih, tos atau tapis bahan-bahan yang direndam tadi.

  • Keluarkan sausage dan potong nipis-nipis.

  • Keluarkan daging kisar dan hancurkan.

  • Bila dah agak kering mee Maggi tadi, masukkan semula ke dalam bekas.

  • Masukkan semua bahan-bahan sebelumnya (bawang besar, bawang putih, daun sup, sausage, daging kisar) bersama 5 biji telur dan 2 paket perencah Maggi.

  • Kacau hingga sebati. Kalau nak tambah garam, guna sikit je sebab perencah tu dah masin.


Cara memasak:



  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.

  • Masukkan bahan-bahan yang dah dikacau sebati tadi.

  • Pandai-pandailah nak terbalikkan murtabak Maggi yang tengah dimasak tu hahaha!


Nampak panjang berjela, tapi sebenarnya mudah je. Abah je yang tak pandai tulis resepi hahaha! Selamat mencuba :-)

Tuesday, June 14, 2016

Hampir menjadi 9

Pagi tadi, masa nak hantar Darwisyah ke sekolah, terjumpa seekor anak kucing sedang duduk di tepi dinding rumah tingkat bawah apartment.

Kesian pulak tengok dia sekor-sekor kat situ. Dah la kecik lagi, takut pulak dilanggar kereta atau dibuli oleh budak-budak. Oleh kerana tak sampai hati, maka Abah dan Darwisyah bawak dia naik ke rumah. Masukkan dia dalam sangkar dan bagi makan minum sebelum keluar semula.

Bila dah petang, Abah buat iklan dan tampal di papan iklan tingkat bawah. Dengan harapan, adalah orang yang akan call menuntut semula anak kucing tu. Otherwise, Abah cadang nak adopt dia.

Makin lama, makin manja pulak anak kucing ni. Rasa sayang dah mula timbul. Mama, Darwisy, Danish, Darwisyah pon dah rasa sayang dengan kucing tu. Abah masih serba salah...

Jam 10:45 malam, terima satu panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bila diangkat, terus dia tanya pasal anak kucing dia. Alhamdulillah, dia describe sifat anak kucing tu dengan betul. Maka sah lah dia owner.

Dengan berat hati tapi gembira, Abah bawak Darwisyah turun untuk pulangkan anak kucing tersebut kepada owner. Kalau tak, jadi 9 semuanya :-)

Ni gambar anak kucing tu, comeeellll huhuhu...







p/s: Sedikit tips bagi penggemar kucing.

  1. Kalau jumpa anak kucing, sebolehnya jangan diambil bela terus. Pastikan ada adik beradik atau ibu dia di sekeliling. Kalau ada, biarkan sahaja.

  2. Kalau betul tak ada ibu atau adik beradik yang lain, ambil dia untuk sementara.

  3. Iklankan dan tunggu. Masa iklankan, jangan describe sifat-sifat kucing tersebut. Minta pemanggil untuk describe supaya kita boleh tau dia benar-benar owner.

  4. Sekiranya masih tak ada owner, baru lah boleh diambil untuk bela atau serahkan kepada orang yang layak membelanya.


Abah ada perasan dalam group-group kucing di FB, ramai yang teruja untuk adopt kucing. Lagi-lagi kalau kucing tu nampak comel. Baru jumpa dah assume kucing tu dibuang dan sebagainya. Kalau betul-betul nak membela baguslah. Tapi takut juga kalau ada yang nak ambil kesempatan semata-mata, atau mencari keuntungan dengan menjualnya.

Sebaik-baiknya, lakukan langkah-langkah / tips di atas untuk mengelakkan kucing tersebut rasa kehilangan.

Sunday, June 12, 2016

Tarawih di meja moreh

Hai lah Darwisy, aduiyai Danish, ingatkan solat tarawih... rupa-rupanya lepak di meja moreh hahaha!

Al-kisah


Kejadian berlaku pada malam Ramadhan yang ke-6 di surau blok A. Dalam perjalan ke surau tu ada la sembang-sembang sikit. Sampai surau terus masuk ke dalam tunggu azan. Lepas je azan, Abah suruh la Darwisy Danish ke saf yang belakang sikit sebab akan ramai orang dewasa nanti. Lagipon, ada satu tempat yang agak sempit untuk orang dewasa sembahyang, Abah suruh pegi situ.

Dah cakap dengan Darwisy Danish, lepas solat Isya nanti kita solat Tarawih pulak... 8 rakaat nanti kita balik lah. Solat Isya macam biasa... usai je solat Isya, Abah toleh ke belakang nampak diorang dah dekat pintu sambil tanya-tanya dengan isyarat tangan. Eh, bila masa diorang solat dekat tepi pintu?

"Solat dekat luar ke?"... itu lah yang Abah faham dari gerak geri tangan Darwisy. Memang kebiasaannya ramai yang solat dekat luar, ada sejadah dibentang dan senang budak-budak nak main-main hehehe. Abah pon bagi la jugak isyarat... "Ha ah" sambil tunjuk-tunjuk jari kat luar.

Bila dah nampak diorang keluar, maka bermula lah solat Tarawih macam biasa. Dalam hati ada jugak terdetik macam-macam. Lupa pulak nak bagitau kalau-kalau ada rasa nak buang air ke apa, balik je lah dulu. Tapi yakin je la diorang akan ok.

Dipendekkan cerita, usai je solat Tarawih 8 rakaat, Abah pon keluar lah nak ajak Darwisy Danish balik rumah. Tengah Abah pakai selipar sambil mata melilau, tiba-tiba ternampak Darwisy Danish dah duduk elok dekat meja orang moreh sambil gelak-gelak macam baru lepas bercerita. Eh, cepat budak-budak ni siap, tau pulak tu dah habis 8 rakaat?

Abah pon tanya la, "solat Tarawih tak tadi?"

Diorang pon jawab, "dah la tadi, dengan Abah kat dalam surau"

Adoi, itu solat Isya bukan Tarawih! Hahaha... penat Abah bawak korang ke surau nak solat Tarawih tapi korang duk sembang kat meja moreh :-D

Sambil nak balik rumah, sempat lagi diorang sebat kuih samosa, lepas tu sambung gelak :-D

Sampai rumah, Abah pon cerita kat Mama, semua orang bantai gelak :-D

Tuesday, June 7, 2016

Birthday dan Ramadhan

Alhamdulillah... seperti yang dijanji dan dirancang, birthday of the year DDD telah berjalan dengan lancar beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.

Majlis yang dijalankan tak lah sebesar mana dan tak lah sekecil mana, hanya sederhana. Terima kasih pada Pak Ngah DDD yang sudi menjadikan rumahnya sebagai lokasi majlis kali ni.

Dah lama sangat DDD tak tidur di Klang, kebetulan ramai yang ada kali ni dan kebetulan Ramadhan bakal menjelang... maka kami semua sepakat untuk tidur semalam di sana.

Seronoklah DDD, dapat main puas-puas dengan sepupu. Yang paling best, menu masakan utama iaitu SUP TULANG! Hehehe...

Di kesempatan ini, Abah dan Mama mengucapkan selamat hari lahir kepada Darwisy Danish dan Darwisyah. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, patuh dengan tuntutan agama dan berjasa kepada semua. Juga, semoga tahun ini Darwisy dan Danish dapat menjalani ibadah berpuasa dengan penuh kesabaran... semoga tahun ini diberkati... Amin.

Flickr Album 72157669313774336

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157669313774336

Dah macam cerita P. Ramlee daaa :-D

https://www.youtube.com/watch?v=OHZjzqrQvwE

Selain makan, main bola, kacau lembu, pakej penginapan kali ini juga dilengkapi dengan evening ride with Adam :-D

https://www.youtube.com/watch?v=hJXFHGjxlKw

Tidak ketinggalan, ada yang ditanduk lembu :-D

https://www.youtube.com/watch?v=UDx5iDfQerg

Saturday, June 4, 2016

Nenek datang lagi yeayyy!

Cuti sekolah penggal pertama sudah bermula selama 2 minggu. Di kesempatan ni, nenek bercadang nak tinggal di Putrajaya selama seminggu bersama anak cucu :-)

Dah tau nenek nak tidur sini, maka kenalah kemas-kemas rumah. Tengah hari Sabtu baru dapat balik kampung nak ambik nenek (lambat sebab singgah Floria hahaha). Malam tu tidur kat kampung, lepas tu bergerak dari kampung ke Putrajaya lepas solat Zohor.

Oleh kerana tak masak di rumah, maka destinasi untuk lunch adalah Mee Bandung Udang di Sungai Nibong... tempat kesukaan hehehe...









Mee Bandung Udang

Lepas makan-makan, bergeraklah ke Putrajaya. Rasanya 3 jam lebih jugak perjalanan kali ni, macam biasa lah gara-gara trafik sesak musim cuti sekolah ni. Sampai di Putrajaya jam 7 malam, nasib baik semua sempat solat Asar huhuhu...

Malam Selasa


Bawak nenek jalan-jalan Putrajaya. Kebetulan ada minggu Floria, sibuk la DDD nak tengok bot-bot berlampu dekat tasik depan Masjid Besi. Nenek pon suka jugak, dah lama tak keluar malam-malam macam ni katanya... yelah kat kampung mana ada saper nak bawak jalan-jalan. Kalau jalan-jalan pon, mana ada bot lampu hehehe...

Dah puas tengok pemandangan, singgah pulak Tom Yam Kung dekat Ayer 8. Makan besar malam tu, dah pukul sebelas agaknya hahaha. Takpe lah sekali sekala kata nenek.








Malam Rabu


Boleh kata minggu ni minggu makan-makan. Semalam ke Tom Tam Kung, malam ni ke Bangi pulak pekena satay Brothers. Esok nenek dah nak balik rumah Mak Long DDD. Nenek pon dah lama tak makan satay, kena pulak satay dekat sini besar-besar isinya. Semua puas makan, siap bawak balik lagi...







Begitulah al-kisahnya. Nenek kata kalau bulan Ramadhan lama lagi, dah tentu nenek nak tinggal lebih lama. Tapi apa daya, ada banyak benda nenek nak selesaikan di kampung, termasuklah kenduri.

Insya Allah, kalau ada rezeki cuti sekolah akan datang nak bawak nenek tidur sini lagi.

Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dah lama tak solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kebetulan hari ni cuti, maka Abah bawak Darwisy dan Danish solat sama-sama.

Rasanya, ni kali pertama bawak diorang solat Jumaat dekat sini. Selalunya di Masjid Precint 11, kalau ada ke sini pon masa Raya Aidil Adha tahun lepas.

Kebetulan jugak, dah lama tak memetik kamera :-) So, bawak sekali la kamera dalam poket.

Lepas solat Jumaat, Darwisy dan Danish pergi main kejar-kejar di kawasan masjid. Abah pulak, memburu :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Tazkirah Jumaat oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"] A boy in 5th Saf[/caption]





[caption id="" align="alignnone" width="640"]Bangunan Tabung Haji, Putrajaya New neighbor, Bangunan Tabung Haji[/caption]