Excerpt

Monday, March 28, 2016

Cendol Tempurung Semangkuk, Batang Benar - Nilai

Cendol tempurung Semangkuk yang sedang hangat diviralkan menjadi destinasi makan tengah hari kali ini. Terletak di Batang Benar, Nilai (Jalan Pajam-Nilai). Bukan satu rekod lunch paling jauh, tapi boleh dikatakan cadangan yang agak susah nak diterima akal hahaha.

Sebenarnya Mama dah lama rancang nak ke sini, tak tahan tengok menu makanan dan minuman yang disediakan. Lagi-lagi air kelapa lemon laici, tengok dalam gambar pon dah terliur huhuhu.

Kebetulan, Pak Ngah DDD datang ke Putrajaya... Pak Lang dan Andak DDD pon nak join sekali... So? Buat rombongan la hahaha...

Bergerak dari Putrajaya berhenti kejap di hentian sebelah Nilai jumpa Andak dan Pak Lang DDD. Dari situ ke destinasi tak jauh, lebih kurang 20 minit perjalanan. Timing yang baik, sampai di restoran Semangkuk jam 11:45... sesuai sangat untuk makan tengah hari hehehe.

First unexpected thing, ingatkan restoran tu besar, tapi hanya sebahagian dari medan selera sahaja. Ada restoran yang lain juga seperti nasi campur, nasi kukus dan lain-lain. Ok never mind, cari tempat duduk dulu sebab orang dah berpusu-pusu datang nak makan.

Apa yang kami order? Nin dia!



  • Cendol tempurung special (durian + aiskrim + tapai) x 1

  • Cendol tempurung (durian + aiskrim) x 1

  • Air kelapa lemon laici (besar) x 2

  • Durian milk shake x 1

  • Oreo milk shake x 1

  • Mee bandung gear-box kambing x 1

  • Mee bandung/kari ketam x 1


Harga untuk semua di atas tu RM54... murah? Boleh la dikira berbaloi dengan rasanya hehehe.

Menu lain-lain



  • Nasi lemak ayam kampung

  • Laksa clay pot

  • Soto Medan

  • Mee kari ketam

  • Mee kicap Ipoh

  • dan lain-lain yang tidak diketahui :-D


https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157666361701726

Berapa bintang nak bagi eh? Hmmm... ok la... 4/5 bintang sebab satu perkara yang agak leceh sikit iaitu, kena order setiap menu di kaunter yang berlainan. Maksudnya, kalau nak air kelapa, kena order di kaunter air kelapa. Nak cendol, kena pergi kaunter lagi satu... dan seterusnya. Bergantung pada keadaan, kalau tak ramai orang mungkin acceptable.

The rest, minuman dan makanan di sini awesome! :-)

Sunday, March 27, 2016

Olympus PEN-F M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO – Touched!

Touch & Try, satu lagi event menarik yang dikendalikan oleh team Olympus Malaysia. Kali ni, semua peserta diperkenalkan dan diberi peluang mencuba 2 produk terbaru mereka iaitu Olympus PEN-F M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO Lens.

Ini adalah sejenis event yang pertama kali Abah pernah join sepanjang melibatkan diri dalam bidang photography (mungkin yang lain ada tapi tak pernah join hehehe). Satu lagi perkara yang menarik, semua peserta diberi satu servis kamera dan lens secara percuma! Yeay!

Products introduction


Sesi pengenalan produk bermula lebih kurang jam 10 pagi, seperti biasa dikendalikan oleh Robin Wong. Banyak info dan tips diberi dalam sesi ni. Antaranya, keupayaan M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO Lens.

Apa yang menarik tentang lens ini:

  • Sharp!

  • Equivalent 600mm to full frame

  • Saiz yang berkali ganda kecil dari lens full frame yang sama field of view

  • Selain saiz, ringan!

  • Harga yang lebih rendah dibandingkan lens full frame

  • Chromatic Aberration? None!

  • Compatible 1.4x Teleconverter, MC-14

  • Minimal focusing distance 1.4m

  • 5-Axis Sync Image Stabilization (Body IS + Lens IS)


https://www.youtube.com/watch?v=qSj5qQR1hlM

Now, the PEN-F... apa yang menarik tentang kamera ini:

Aaarrrggghhhh! Geram gila! Ok ok, daripada geram Abah membuak... ada baiknya terus je summarize.

Hmmm... nak summarize pon geram... baca je lah dari URL ni :-D http://www.getolympus.com/us/en/pen-f.html

Touch & Try session


Sesi yang ditunggu-tunggu, group pertama diberi peluang dahulu untuk mencuba M.Zuiko ED 300mm f4.0 IS PRO Lens. Best ke lens ni? Tadi cerita panjang lebar masa sesi introduction. Jawapannya... sangat awesome! Huhuhu...







5-Axis Sync IS memang sangat membantu untuk mendapatkan gambar yang sharp tanpa menggunakan support system (tripod / monopod). Bagi yang biasa menggunakan telephoto lens, mesti tahu lebih panjang focal length lebih sukar untuk handle...

Anyway, ini salah satu gambar yang diambil menggunakan lens 300mm...

[caption id="" align="alignnone" width="640"] Hand-held Shutter speed 1/10... ye 1/10 hehehe[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"] Gambar atas, cropped... sharp?[/caption]

Next session, PEN-F hands-on... haishhh... awesome! Huhuhu...

[caption id="" align="alignnone" width="640"] PEN-F shot by PEN-F, Monochrome Profile 3[/caption]

p/s: ada shoot model dalam sesi ni, tapi tak share :-D


PEN-F Color Profile Demo


Tak lalu dah nak menaip... basically awesome! :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"] Robin Wong and the PEN-F camera, the tripod, HDMI cable and TV[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"] Demo of PEN-F Color Profile feature[/caption]

Makan Session


Ye, seriously memang ada sesi makan dan makanan semuanya sedap-sedap :-D





Cukup la sampai di sini... penat dah menaip... cuaca pulak panas dari siang tadi huhuhu. Looking forward to join other events by Olympus...

Adios!

Saturday, March 26, 2016

BoBoiBoy The Movie - Last Minute Booking

BoBoiBoy The Movie mula ditayangkan di pawagam pada 3hb March 2016. Sejak dari tarikh tu, Abah dengan Mama langsung tak ada kesempatan nak bawak DDD pegi tonton sebab banyak hal.

3hb tu pegi ke Johor 3 hari sampai hari Isnin. Sepanjang minggu cuti sekolah pulak tak dapat booking sebab seat semua penuh. Kebetulan pulak Abah kerja. Lepas habis cuti sekolah balik kampung pulak ada kenduri. Balik dari kampung, dah start sekolah pulak. Nak beli untuk hari Sabtu, last tayangan hari Rabu pulak. Kenapa la cepat sangat habis tayangan tak sampai sebulan huhuhu...

Tapi Abah tak putus asa... 2 3 hari jugak Abah usha website GSC untuk buat booking. Mana la tau kot-kot diganjakkan sikit waktu tayangan, tapi masih last akan ditayangkan hari Rabu.

Nak dijadikan cerita, last minute usha hari Rabu tu, tayangan BoBoiBoy The Movie diganjakkan sampai hari Jumaat malam. Maka dengan pantas Abah booking untuk Jumaat malam Sabtu hahaha!

So, takde lah jenuh nak menjawab janji Abah Mama pada DDD :-D

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157666395598845

p/s: Masa bagitau Darwisy tak dapat pergi sebab tiket habis, dia tanya... "Bila Abah boleh download?"...

Wednesday, March 23, 2016

Selamat Tinggal Flickrit

Tak sampai setahun gunakan Flickrit, akhirnya mereka akan menghentikan servis sedia ada dan akan memperkenalkan servis yang baharu.

Berikut adalah dua jenis account yang akan diperkenalkan

Flickrit Free Account features



  • Limited to 50 Images Per Slideshow

  • Limited to 5000 Views/Day Bandwidth

  • Limited to 5 Slideshows

  • 5 Different Themes & Layouts

  • Basic Analytics


Flickrit Pro Account features (USD 4.99/m or USD 39.99/y)



  • Up to 250 Images Per Slideshow

  • Unlimited Views & Bandwidth

  • Unlimited Slideshows

  • Over 15 Different Themes & Layouts

  • Full Analytics and Reports (see who's viewing, by location and more!)


Memandangkan harga yang boleh dikatakan mahal, dan mungkin juga method (DIV in body + SCRIPT before body) yang diberi tak boleh diguna pakai dalam Wordpress, maka Abah telah menghentikan penggunaan servis mereka serta merta. Semua Flickr album/slideshow dalam post blog telah ditukar kepada direct URL. Kebetulan, Wordpress akan convert direct URL kepada slideshow. Ok lah tu :-)

Monday, March 21, 2016

Gejobos kenduri, konon...

Gejobos... dah lama tak dengar perkataan tu kan? Cuba cari di Wiki tak jumpa pulak. Basically, gejobos sinonim dengan majlis-majlis besar dan kebiasaannya majlis perkahwinan. Ianya adalah satu aktiviti bergotong-royong atau beramai-ramai di kalangan jiran tetangga dalam menjayakan satu-satu majlis. Bermula dari persediaan majlis, memasak, pemasangan khemah, hidangan, termasuklah membasuh pinggan dan periuk kawah. Pandai-pandai je buat definisi sendiri :-P

19/03/2016, jiran kat kampung buat kenduri kahwin anak dia. Anak ke-3 Ustaz Dollah. Buat secara gejobos dan bukan catering.

Apa seronoknya?

Penat sebab bukan pekerja catering yang buat kerja hahaha! Tapi dalam kepenatan tu ada keseronokan... nak terangkan jugak ke? Tak perlu la kot hehehe...

Antara yang tak terlepas, DDD... tapi dalam acara basuh pinggan je la hehehe. Seronok tengok DDD, walaupon masih tak faham apa yang dibuat tu. Tapi tak sangka, habis jugak pinggan DDD basuh (round 1 je). Asalkan dapat main air, seronok la :-D

Akan ada lagi ke gejobos di masa akan datang ni? Hmmm... tak pasti... sekarang pon dah makin lenyap. Ada sebab kenapa ia lenyap dan ada sebab kenapa ia perlu diteruskan.

Flickr Album 72157666010606621

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157666010606621

Video gelagat DDD basuh pinggan... habis basah hahaha!

https://www.youtube.com/watch?v=CkbzuLj474Y

Wednesday, March 16, 2016

Jalan-jalan Johor

Setelah beberapa minggu Mama membuat perancangan untuk ke rumah Mak Su DDD di Johor, maka minggu cuti persekolahan bulan March telah dipilih menjadi waktu yang sesuai.

Johor, Day 1


Bertolak dari Putrajaya hari Sabtu, lebih kurang jam 9:00 pagi, tiba di Jalan Besar (sebelum Ayer Hitam) lebih kurang jam 1:00 tengah hari. Singgah kejap di restoran Kari Kambing 40 Hari, memang tepat timing untuk lunch :-)

Dari cerita orang, makanan di restoran ni sedap dan berbaloi. Well, mereka betul. Dengan harga RM12 sepinggan (kambing / ayam), boleh makan untuk 2 orang. Kalau ambil satu dulang RM45 (ayam / kambing / campur), boleh makan untuk 5-6 orang... percuma pulak satu jug air sirap. Masa tu order satu dulang campur, siap boleh bungkus ada lebihan hehehe. Dari segi rasa pulak... mmmmm... NYUM! NYUM!

Ada jugak orang cerita layanan kurang mesra, bagi aku, so-so... kena faham, kenapa?

  • Terlalu ramai orang nak dilayan

  • Lain orang lain kerenah

  • Dah buat papan tanda beratur (pinggan kiri & dulang kanan), masih ramai main redah je

  • Terpaksa jerit-jerit sebab suasana bising

  • Dan lain-lain


Rasanya ok je layanan mereka, ada orang akan assist kalau kita tanya baik-baik :-)

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]First time makan nasi kena timbang dulu, clever! First time makan nasi kena timbang dulu, clever![/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Walawehhh Walawehhh[/caption]

Selesai lunch, bergegas semula ke destinasi... tapi singgah dulu satu destinasi lain di Ayer Hitam (Jalan Batu Pahat) iaitu... kedai Putu Bambu Juriah

Rupanya, ramai orang berjual putu bambu di Johor ni... pergi ke mana-mana memang boleh jumpa. Harga pulak agak berbaloi dengan rasanya. RM3.50 untuk 6 ketul...

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kedai Putu Bambu Juriah Kedai Putu Bambu Juriah[/caption]

Lepas beli putu bambu (4 bungkus hahaha), perjalanan diteruskan...

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kluang, Johor Kluang, Johor[/caption]

Dan akhirnya tiba lah di destinasi lebih kurang jam 3:00 petang... ada la lebih kurang 6 jam perjalanan, rasa macam nak patah pinggang hahaha. Aktiviti seterusnya adalah membaringkan diri dan melelapkan mata :-P

Johor, Day 2


Memandangkan penat semalam ada baki lagi sikit, maka sarapan dekat rumah je Pak Su DDD beli dekat kedai. Lepas sarapan, pergi ke Johor Bahru nak jalan-jalan... tapi takde proper planning main redah je hahaha.

Setelah berbincang, maka semua sepakat nak pergi ke Hello Kitty Town (Abah baru tau kewujudannya). Dari Kluang ke Johor Bahru agak jauh jugak, lebih kurang 1 jam perjalanan. Sampai je sana, nampak pelabuhan kapal layar... as usual ambik gambar sekeping dua dulu.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Berterik di Puteri Harbour Berterik di Puteri Harbour[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Nak background kapal layar jugak hehehe Nak background kapal layar jugak hehehe[/caption]

Dah puas berpanas kat luar, masuk pulak ke bangunan. Saje la usha harga tiket, mahal jugak untuk satu orang (kalau tak silap RM65). Takde ikut umur pulak tu... semua peringkat umur harga sama. Ok la lain kali je... hari ni ambik gambar dulu hahaha!

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Bergambar kat luar pon boleh la Bergambar kat luar pon boleh la[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Darwisyah dan Damia Darwisyah dan Damia[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="480"]We are super heroes! We are super heroes![/caption]

Lepas jalan-jalan dalam bangunan tu, tiba-tiba terdengar bunyi muzik yang sangat familiar... muzik keroncong :-D

Itu menandakan masa untuk mencari makanan... maka bergegaslah keluar dari situ. Itu pon takde planning jugak, main redah je cari kedai makan (yang bajet dan menarik).

Dari Puteri Harbour menuju ke area Danga Bay terjumpa satu medan selera. Singgah Selalu nama restoran tu, so kami pon singgah selalu hehehe.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Main-main dan makan-makan Main-main dan makan-makan[/caption]

Abah order Nasi Goreng Singgah Selalu. First time makan nasi goreng ada 2 telur goreng dan buah longan :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Nasi Goreng Singgah Selalu Nasi Goreng Singgah Selalu[/caption]

Selesai je makan, perjalanan diteruskan tanpa arah tujuan sekali lagi. Bincang punya bincang (dalam whatsapp), Andak DDD cadang pergi ke duty free zone dekat Berjaya Waterfront. Ok la tu, hentam saje.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Berjaya Waterfront yang tak best Berjaya Waterfront yang tak best[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Cari coklat Cari coklat[/caption]

Best ke tempat tu? Tak best! Tak banyak kedai dan majoriti mamat Bangla + orang mabuk hahaha! Beli selipar Darwisyah sebab kaki dah melecet, beli coklat DAIM sikit... berambus! Cari masjid pulak...

Nak dijadikan cerita, tengah jalan-jalan cari masjid, berlaku eksiden depan mata... puncanya orang yang melanggar tu mabuk. Memang dah perasan masa keluar dari Berjaya Waterfront tadi ada kereta ikut belakang macam orang mabuk. Bagi la dia potong, depan ada traffic light, dalam hati "eksiden ni karang"... memang betul habis 2 biji kereta dia sondol huhuhu. Tanya kat mangsa eksiden tu, dia cakap memang orang yang melanggar mabuk sebab bau arak kuat.

Ok, lantak pi orang mabuk tu, pandai-pandai la ko jawab. Perjalanan cari masjid diteruskan... dan ini yang terjadi setibanya di masjid.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Masjid As Syakirin Masjid As Syakirin[/caption]

https://www.youtube.com/watch?v=WEUSf7OPbvU

Macam mana nak buat? Dah nama pon kanak-kanak hehehe...

Dah puas DDDD (Darwisy, Danish, Darwisyah, Damia) main golek-golek, hujan dah berenti, maka perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang masih tidak diketahui hahaha. Macam biasa, bincang dalam whatsapp, semua sepakat nak singgah Johor Premium Outlets (JPO). Tapi bukan nak shopping apa pon, saje jalan-jalan. Kalau nak shopping pon, beli baju seluar kat PDI je hehehe.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Tengok ads board pon dah menyeramkan Tengok ads board pon dah menyeramkan[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]4D 4D[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Lalalalalala Lalalalalala[/caption]

Fuh, tak sedar dah menjelang malam rupanya, bateri nak habis dah huhuhu. Charging kejap (white coffee), terus menuju Kluang untuk full charging (tidur).

Johor, Day 3


Pejam celik dah masuk hari ke 3 di Johor, tiba masanya untuk balik ke Putrajaya sebab Abah kena kerja hari Selasa. Nak mengelakkan trafik jem, kena la keluar sebelah pagi.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Cheeseeeeee Cheeseeeeee[/caption]

Cadangnya nak bersarapan di Kluang Rail Coffee, tapi penuh gila! Perut pulak dah lapar, ada budak-budak kecik pulak tu. Memang rimas la kan.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Dah lama tak ke sini Dah lama tak ke sini[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kluang Rail Coffee yang sesak Kluang Rail Coffee yang sesak[/caption]

So, repeat tempat kelmarin... Putu Bambu Juriah kakakaka! Dan di sini tercipta sejarah di mana harga untuk bersarapan RM62 tanpa GST :-P

[caption id="" align="alignnone" width="640"]The making of Putu Bambu Juriah The making of Putu Bambu Juriah[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]The making of Putu Bambu Juriah The making of Putu Bambu Juriah[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Minuman kegemaran Minuman kegemaran[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Muka-muka pelahap, makjun pon disangka coklat Muka-muka pelahap, makjun pon disangka coklat[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Lontong darat, nyum nyum! Lontong darat, nyum nyum![/caption]

Selesai sarapan, bungkus putu bambu, maka berangkatlah pulang ke Putrajaya. Begitulah kisahnya... TAMMAT!

p/s: sebenarnya dah penat menaip

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana Matahari Separa (Partial Solar Eclipse) 2016

Kebetulan sekolah Darwisy akan mengadakan aktiviti melihat gerhana matahari (solar eclipse) dengan menggunakan DIY solar eclipse projector. So, malam tadi Abah telah berjaya menghasilkannya... tapi tak tau lah jadi ke tidak. Harap-harap jadi lah :-)

Memandangkan Abah tak pernah mengambil gambar fenomena gerhana matahari sebelum ni, maka Abah pon bercadang nak snap sekeping dua.

Alhamdulillah... hari ini dalam sejarah, telah berjaya menyaksikan (dengan serious) dan merakamkan kekuasaan Allah S.W.T. Walaupon tak ada lens telephoto dan camera full frame, hasilnya boleh la juga dijadikan kenangan :-)

Klik untuk info lanjut

Banyak info yang boleh didapati dari website di atas. Selain dari tu, boleh juga cari info yang lain seperti bagaimana hendak mengambil gambar fenomena ini dan langkah-langkah keselamatan tambahan di Google.
Anyway, ini antara hasil mencerap gerhana matahari...

Gerhana Matahari Separa (Partial Lunar Eclipse)

Tak pasti samada ni waktu kemuncak atau tidak, janji ada hehehe.

Bayang-bayang dedaun berbentuk bulan sabit

Bayang-bayang dedaun yang kelihatan seperti bulan sabit ketika fenomena.

Welding glass sebagai filter

Alat yang Abah gunakan, welding glass yang dibeli satu ketika dahulu :-D