Excerpt

Friday, December 29, 2006

pergh! lama tak update!

it's been a while. like usually, busy :)

nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007. semoga tahun yang akan datang akan menjadikan hidup kita semua lebih bermakna dan bertambahlah amalan hendaknya.... ambil yang jernih buang yang keruh.... Amin....

 nak balik kampung yeah yeahhhhhhhhhhhhhhh!

Tuesday, December 12, 2006

Darwisy, bukan Darwish mahupun Darwisi

sebenarnya post ni saje untuk bagitau semua, bahawa sebutan yang sebenarnya adalah Darwisy. iaitu kalau ditulis dalam jawi, "Y" "SY" adalah "Shin"

kami pernah pergi ke hospital dan klinik, semua nurse panggil "Darwisi" sebab diorang ingatkan "Y" "SY" adalah "Sim Ya"

dan pernah juga orang kata, kalau nak panggil "Darwisy", ejaan rumi mestilah "Darwish". di mana kalau dalam ejaan jawi pula menjadi "Dal, Alif, Ra', Wau, Ya, Sim dan Ha" (macam mana nak sebut?). sebenarnya dari segi ejaan rumi, takde isu sangat. cuma yang menjadi isu adalah ketika menyebut atau memanggil :-)

eh! takde hal lah semua tu! :-) aku sendiri pon dah konpius :-)

anyway, berikut adalah ejaan dalam JAWI

darwisyjawi

sekian terima kasih :-)

p/s: jangan pening kepala haha

seronoknya jadi “combat”

ewah ewah... sejak dah pandai buat meniarap ala² "combat" ni semua tempat nak di"explore" :-) sampai nak tidur malam pon susah dah asyik nak jadi combat aje.

sebenarnya semua ni terjadi masa mak usu darwisy ngan kakak taty datang rumah kami. masa tu diorang nak main game laptop mama. dan masa tu jugalah darwisy berusaha nak capai laptop tu(darwisy mmg suka betul ngan PC/Laptop sampai kalau tak kasi dia mengamuk, Hilman Jr. lah katakan...)

dan start masa tulah dia asik nak jadi combat... ada sekali tu dah nak sampai ke dapur sebab cari mama hihihi

dan kadang² sempat lagi melencong ke tempat lain maybe tertarik ngan benda lain yang dalam "on the way"

comel aje cara dia tu... lagi comel bila darwisy nampak orang lepas tu suruh angkat dia hehehe :-)

Friday, December 8, 2006

just trying

how do you like the theme? its called 4u-hemingway

saje je try ni, maybe tak lama sebab tengah dalam proses buat theme sendiri yang baru :-)

tungguuuuuuuu!

and BTW, we recommend you to use 1024x768 screen resolution for best view. otherwise, you'll never see my face up there :-P

Tuesday, December 5, 2006

darwisy kurang sihat

tadi mama sms abah, bagitau yang darwisy skang tengah tak sedap badan sangat. maybe kesan kena inject 3 serangkai semalam. dari pagi tadi asik nak kena manja aje. nasib baik mak usu ngan mak andak yang jaga. rasa macam tak sabar nak balik, nak manjakan darwisy :-)

darwisy ada kawan baru

yea yea darwisy dapat kawan baru :-)

hari ni kawan kepada mama hantar anak dia, suruh mak andak darwisy jaga. namanya Nabil (kot :-P)

so far abah tak pernah tengok lagi, tapi mama kata comel!

petang tadi mama saje nak tengok beza darwisy ngan nabil, bila mama baringkan sebelah² baru la tau darwisy ni besar jugak badan dia hehehe. mana taknya baru 5 bulan dah 7kg.

petang ni nak tengok kawan darwisy :-)

Monday, December 4, 2006

inject 3 serangkai

hari ni mama dan mak usu bawa darwisy pegi klinik, nak inject 3 serangkai. abah tak dapat ikut sebab ada kerja. sepatutnya pegi 2 minggu lepas, tapi disebabkan masa tu darwisy baru baik demam so terpaksa postpone (suhu badan panas "sikit aje", tapi tak boleh main²).

mama citer kat abah masa kena inject tu darwisy menangis sekuat hati, mana taknya? dua2 belah peha kena! sebelum ni satu aje. nasib baiklah mak usu darwisy ada, kalau tak mesti tak cukup tangan. maklumlah, klinik kerajaan kan penuh ngan manusia.

Saturday, December 2, 2006

long time no see

a'kum dan salam sejahtera semua. lama jugak tak update website kan? kami mintak maaf sebab sejak akhir2 ni kami sibuk dengan macam2. darwisy pon tengah sibuk nak belajar merangkak :-)

masuk hari ni darwisy dah 6 bulan. dan sepanjang website tak update ni, macam2 jugalah perkara telah berlaku. tapi malas nak cerita kat sini...

okay! back to darwisy story! start hari isnin ni, kami akan hantar darwisy kepada babysitter yang baru iaitu "mak andak"nya sendiri hehehe. semua ni secara kebetulan. sebab skang ni "mak usu" darwisy tengah bercuti panjang, jadi skang ni dia lepak umah "mak andak" darwisy. sejak "mak usu"nya lepak sini, hari2 lah kami hantar kat dia ke rumah "mak andak" sebab "mak usu" boring takde buat apa. kalau darwisy ada bleh main2 ngan dia.

ntah macam mana, bila dah lama2 tu "mak andak"nya pulak suka jaga dia. kebetulan "mak andak"nya pon bekerja part-time je. itu pon start pukul 6 petang. pagi takde buat apa2. oleh kerana itulah dia terus nak jaga darwisy. kami pon apa lagi, legalah sedikit. iyelah sekurang2nya saudara mara sendiri yang jaga darwisy.

habis cerita satu....

sepanjang website tak updated ni kami banyak ambik gambar darwisy. tapi tengah tunggu masa yang sesuai sikit untuk upload. buat masa ni maybe update news sikit2 dulu. so, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

habis cerita dua....

cerita ketiga? tak ada hehehe

Thursday, November 16, 2006

Darwisy demam

kesian Darwisy, malam tadi badan dia panas sangat. tidur pon tak lena. tapi lepas kami tampal "Cool Fever" kat dahi dan bagi minum ubat Alhamdulillah ok sikit.

tapi pagi tadi badan dia macam panas balik. hari ni mama terpaksa ambik cuti nak jaga Darwisy. abah kena kerja sebab bulan ni dah banyak cuti raya. kalau ikutkan memang tak sampai hati nak tinggalkan. dahla hari tu baru kena selsema, ni dah kena demam pulak. rasanya berjangkit dari kawan Darwisy, Damia. lagipun cuaca sekarang ni tak menentu, asyik hujan lebat aje. harap cepat la sembuh, manala tau kot ada "akal baru" pulak :-)

kalau sesiapa yang ada petua camne nak kurangkan panas badan atau nak hilangkan demam, bleh la respond msg ni ek... tq.Â

http://darwisy.online.net.my/?p=200#comment-form

Darwisy.com Mobile Version updated

A'kum and Hi all

I would like to inform that we just update/upgrade our WAP Site. So, it’s cheapest and faster than our previous version. It can be accessed at http://darwisy.online.net.my or www.darwisy.com or even darwisy.com. I’ve set up a WAP URL which is http://wap.darwisy.com, but I'll recommend you go directly to given URLs above. Still, all your comments/posts are subject to admin approval. It’s due to our Spam protection.

I’ve tried it on my Nokia and Sony Ericsson mobile and it was good so far. Easy to say, it will work on GPRS/MMS support mobiles.

Enjoy! :-)

Wednesday, November 15, 2006

New videos uploaded

just nak inform kami ada upload beberapa video baru. since file size was too huge, seperti biasa kami dah convert semua file dari MPG ke 3gp format. you can view or download all clips at:

https://www.youtube.com/user/darwisyhilmi

Monday, November 13, 2006

Darwisy buat “funny face”

ntah macam mana dia bleh dapat akal ni pon kami tak tau. tapi setiap kali dia buat mesti kami gelak. kekadang geram pon ada sebab comel sangat. dahla pipi tu tembam. pehtu, tiap kali dia muncungkan mulut mesti buat bunyi nafas ikut hidung. beriya iya macam nak berenang aje! you all tengok jelah gambar ni dan tafsirkan sendiri :-)

[mygal=muncung]

Saturday, November 11, 2006

Beraya di Pejabat Daerah Petaling

bukan main suka lagi Darwisy pegi beraya rumah terbuka kat Pejabat Daerah Petaling. Sampai tak dapat nak dukung dia asyik ber"passing - passing" aje. Semua cakap Darwisy comel lah, baik lah, tak nangis lah dan memacam lagi.

Klik sini untuk lihat galeri...

Â

Monday, November 6, 2006

Dah pandai golek - golek

yeaaaaaa pandai anak abah :-P

sebenarnya kami baru je perasan yang dia dah pandai golek2 tu. rasanya dia dapat akal ni lepas selsema minggu lepas. ramai orang cakap baby akan dapat akal baru lepas tiap kali demam.

yang memula perasan ialah mama. masa tu dia berdua dalam bilik baring2 nak tidurkan si Darwisy. tapi mlm tu memang darwisy susah nak tidur maybe tak selesa dengan hingus tu. jadi mama biarkan dia main sorang2. sebelum mama pejam mata, darwisy tengah baring. lepas tu mama nampak dia dah meniarap (memang dah pandai) lepas tu bila mama bukak mata balik, dia dah terlentang kat tempat lain. cepat2 mama panggil abah suh tengok. Darwisy pon apa lagi, terus dia menunjukkan aksi dia dengan bangga sekali sambil tersengih2 sampai nampak gusi! geram aje! :-D

Tuesday, October 31, 2006

Darwisy di Hari Raya

seperti yang dijanjikan, kami dah upload sedikit gambar Darwisy semasa hari raya aidilfitri di kampung. sebenarnya ada banyak lagi gambar kat dalam camera tu kami tak upload sebab takut tak cukup space. kalau nak tengok semua, datanglah ke rumah nanti kami bagi tengok album hehehe :-)

[mygal=raya]

Monday, October 30, 2006

Selamat Kembali ke KL

a'kum dan salam sejahtera semua. setelah seminggu bercuti raya di kampung, kini kami dah selamat pulang ke KL semula pada hari sabtu 28/10/2006.

dan selama seminggu itu juga kami telah melalui banyak kenangan di hari raya bersama darwisy. kalau nak dicerita kat sini memang panjang, dan sebenarnya kami pon tak tau nak "start" macam mana hihi :-D

cuma kami ada ambil banyak foto darwisy di hari raya. InsyaAllah kami akan upload nanti. tungguuuuu!

Friday, October 20, 2006

Darwisy nak balik kampung

yea yea hari ni darwisy nak balik kampung. first time darwisy nak sambut raya aidilfitri. mesti nenek kat kampung tak sabar nak jumpa darwisy :-)

"berkemungkinan" dalam masa cuti seminggu ni kami tak dapat update website sebab bercuti kat kampung. InsyaAllah nanti kami buat gallery raya pulak hehehe.

selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf zahir dan batin...

jangan lupa call dulu kalau nak datang beraya ye!

Thursday, October 19, 2006

Dah pandai nak pegang botol susu

minumsusu

tengok la tangan dia yang tembam tu! geram aje bila tengok dia dah pandai nak pegang botol susu sendiri. lepas tu sibuk la nak main cabut2 pulak. bila nak masukkan balik dalam mulut mesti tak boleh. kejap ke pipi lah, ke dahi lah :-P iyelah belum pass lagi hihihi

Sunday, October 8, 2006

Darwisy shopping sakan

hari ni adalah hari pertama darwisy menjejakkan roda stroller ke KL. dan hari tu juga adalah hari pertama darwisy naik train Putra. sedangkan abah dah 27 tahun, itulah kali ke-2 naik train :-D

hari ni still bulan puasa lagi, so kenalah shopping sikit2. kuar rumah dalam pukul 3 ptg, balik rumah dalam pukul 11 mlm heheh. lama tak? actually kami pegi ke sana pon dah makan masa dekat 2 jam sebab jalan sesak betul. sampai nak carik parking pon tak ada tempat dah. so kami pegi kampung baru, parking kereta kat sana lepas tu amik train Putra pegi Masjid India. sekali sampai sana punyalah kami terkejut ramainya umat. sampaikan susah kami nak bawa stroller darwisy. kejap dukung, kejap letak dalam stroller. nasib baik bergilir2 ngan mama.

raya tahun ni adalah kali pertama sambut ngan anak. sebelum ni kami berdua je :-) tahun lepas darwisy dalam perut lagi. so kami beli baju raya sama warna. warna apa? syyyy rahsia

Saturday, October 7, 2006

kuliah subuh bersama darwisy

tajuk kuliah subuh kita pada pagi ini ialah "ndeh ndeh" (hanya darwisy sahaja yang paham)

hehe... hari ni subuh lagi dah bangun bagi kuliah. bercakap sorang - sorang, mama ngan abah langsung tak paham. skang ni tidur pon dah lasak. kalau malam lurus, pagi dah melintang. pernah sekali tu dah sampai terkeluar dari kelambu baby :-)

Monday, October 2, 2006

darwisy tengah berusaha

hehehe :-D (belum apa2 dah gelak)

bukan apa, skang ni darwisy tengah belajar nak baring balik lepas meniarap. kelakar je tengok muka dia yang tembam tu. bila dah meniarap mesti susah nak baring balik. itula yang dia tengah berusaha skang ni.

kadang2 tu sampai merah2 mukanya. pehtu bila susah sangat mesti nak marah2. memula tu kami tolong2 jugak, supaya dia biasa. bila dah lama2 tu, akhirnya berjaya jugak dia baring balik. tapi masih berusaha untuk cara yang lebih senang dan tanpa sebarang bantuan :-)

darwisy bebuka puasa di kampung

eceh macam puasa aje :-) hari sabtu lepas kami balik kampung berbuka ngan atuk & nenek darwisy. memula pegi umah kampung mama, ahad pulak pegi umah kampung abah. darwisy seronok sangat sebab dah lama tak jalan jauh.

masa sampai kampung tu, singgah umah kampung abah dulu sebab nenek dah tak sabar sangat nak jumpa darwisy. rindu betul nenek kat darwisy sampai menangis nangis. tapi kesian nenek sebab darwisy dah pandai kenal orang, apa lagi meraung la dia hehe. darwisy pon dah lama tak balik kampung sebab tu la dia tak kenal. bila dah petang sikit tu, kami balik umah kampung mama berbuka kat sana. owh lupa nak cerita. sebelum balik tu, kami singgah kat bazar ramadhan sungai besar beli lauk pauk untuk juadah berbuka. darwisy bukan main lagi suka, iyelah kena dukung sepanjang bazar tu. sampai lenguh la tangan abah dibuatnya (dah berat hihi).

hari ahad tu kami berbuka kat umah kampung abah pulak. nenek macam biasa la, sehari pon dah rindu sesangat kat darwisy. alhamdulillah darwisy dah ok, dah mula kenal nenek yang sayang kat darwisy tu. tapi tak boleh lama lama sangat sebab kekadang darwisy ni cepat boring. dahtu asik nak berdiri je sekarang ni. letih tangan nenek dibuatnya. bila dah berdiri tu mula la gelak gelak macam la dia berdiri sendiri. eksen :-D

petang ahad tu sekali lagi kami pegi pusing bazar ramadhan cari juadah berbuka. dan hari tu jugaklah kali pertama darwisy tertidur kat bahu abah :-)

Friday, September 29, 2006

dah pandai membebel, menjerit

eiiii geramnyaaaaa :-) geram sebab comel sangat dengar suara darwisy yang skang ni dah pandai membebel sensorang. pehtu menjerit jerit. dia suka dengar suara dia sendiri kot. selalunya dia suka buat macam tu kalau dah kenyang. kalau dilayan lagi la menjadi jadi. pehtu gelak gelak eiii rasa nak cubit cubit je pipi yang tembam tu. pehtu kalau dah lapar merengek heheh :-D standard la tu

mama ngan abah skang memang tak sabar nak balik cepat nak main ngan darwisy. kat tempat keje asik teringat dia aje. kalau abah rindu, mesti tengok video dia kat internet. kalau mama pulak mesti tengok video ngan gambar kat handset....

Tuesday, September 26, 2006

aik? bila masa meniarap?

amboi.. sejak darwisy dah pandai meniarap ni bukan main eksen lagi dia. kejap2 nak meniarap pehtu asik la terhantuk dahi tu kat lantai(macam malu2) nasib baik la ada tilam.

pehtu bila dah meniarap mula la letih, bila dibaringkan balik sibuk nak meniarap balik :-)

pagi tadi punya lah kami terkejut, dia dah meniarap dalam kelambu baby tu! masa tengah sahur tu dia tidur. pehtu masa kami masuk bilik je, ada dengar bunyi macam merengek2(dah letih la tu kot). sekali tengok dia dah meniarap dalam kelambu tu :-P punya la terkejut. dahla meniarap pehtu siap melintang lagi... pandai betul anak abah ni :-) lepas tu terus kami berjaga2 sikit, risau gak kalau kami tak perasan...

darwisy intai kami berbuka…

heheh.. kesian darwisy. bukan apa, kesian tengok dia sensorang dalam bilik.. begini ceritanya.......

hari ni kami berbuka puasa berdua aje, semalam (ahad) kan ramai? so kena la kami adjust masa tu. bila dah siap masak2 semua tu, kenalah tidurkan si darwisy ni dulu. kalau idak, tak berbuka la kami bersama :-)

so mama tidurkan la dia kat dalam bilik. bila dalam kul 6.45pm tu dia dah tidur. bersiap la kami nak berbuka. pehtu bila tengah berbuka tu, kami sambil2 tengok dia. memula ok lah. tak lama lepas tu, kami nampak tangan dia dah bergerak2 macam nak mencapai kami. alamak aih dah jaga la plak(dalam hati kami)

alang2 dah berbuka ni habiskan lah dulu. lepas tu masa kami nak habiskan makanan, kami tengok je dia pandang kat kami. baiknyaaaa dia tak meragam pon. siap mengiring lagi. macam paham2 je kami tengah berbuka puasa hihihi. lepas je berbuka tu laju je mama jenguk dia. apa lagi, suka sakan la darwisy :-P

Monday, September 25, 2006

Orang berbuka, Darwisy tidur…

heheh itu la yang terjadi semalam. kalau dah mak andak darwisy datang mesti darwisy menjerit2 sebab suka. yang mak andak darwisy pulak bercakap dah mcm petir, berlawan la dia :-)

semalam mak usu darwisy pon datang berbuka kat rumah, datang ngan ehem ehem. oops...

seronok betul darwisy semalam sampai nak tidur pon jadi susah hihihi...nasib baik masa bersahur dia tidur, mungkin letih kot.

Saturday, September 23, 2006

Ramadhan, menjelang tiba

Di sempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga diberkati Allah s.w.t.

Diriwayatkan dari Annas: "Rasulullah s.a.w berbuka sebelum solat dengan rutab (korma mengkal) kalau tidak ada. Baginda berbuka dengan tamar (korma biasa) dan jika tidak ada tamar Baginda minum dengan beberapa teguk air."

Riwayat dari Annas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersahurlah kamu, kerana bersahur itu ada berkatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Said Al Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah s.w.t membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Dari Buku Fadhilat Ramadhan

Thursday, September 21, 2006

thank you visitors!

since we opened the "How Is My Site?" poll on 5th September 2006, we got a lot of responds saying the website is "Good".

we not sure who did vote but thank you very much for supporting our website. keep in touch and vote more :-)

we'll try our hard to keep the website alive and make it more interesting. of course we would love your comments...

terima kasih kepada semua.

sejak kami buka undi "How Is My Site?" 5 sept 2006, kami dapati ramai telah undi "Good"

jadi kami ingin ucapkan bebanyak terima kasih kepada pelawat2 semua yang dah bagi banyak sokongan. kami tak pasti siapa yang telah undi tapi terima kasih banyak2. teruskan sokongan dan undi.

kami akan cuba sedaya upaya untuk menaik taraf website ni dan buat lebih menarik lagi. dan sekali lagi kami perlukan komen2 dari anda. InsyaAllah...

let’s shout!

fyi, we just installed the shoutbox for live chat. jadi, kalau surfing tu tengok2 la kat sidebar kot2 ada orang bagi message ke? enjoy!

Darwisy.com Mobile

NEW addition to Darwisy.com website - Darwisy.com Mobile.

Now you can enjoy viewing Darwisy's website from your mobile phone. Read and post like usually at anywhere, anytime :-)

*normal rate will be charged or should I say quite expensive :-)

mama, abah, darwisy dah pandai meniarap

tengok ni!? darwisy dah pandai meniarap sendiri hihihi. dah lama cuba asik terbaring balik aje. tapi hari ni darwisy cuba banyak kali dan akhirnya berjaya jugak yeeeeeeaaaaaaaa!


nanti nak upload video abah amik pakai handset. tunggu.....

Sunday, September 17, 2006

kat rumah mak long

hehe mlm tadi kami tidur kat umah mak long. memula sampai sini darwisy macam pelik sikit. yelah sebab tak penah datang. tengok abang2 pon mcm tak happy je. dahla demam. sian dia..

tapi lama2 dia ok. dah bleh senyum semua. main ngan abang2. ambik gambar. macam2 lagilah....

InsyaAllah nanti kami upload dalam gallery...

mama ada ni tapi malas nak menaip hehehe

Saturday, September 16, 2006

gallery updates

kami ingat nak update gallery ni hujung bulan september, tapi sebab tak sabar sangat kami upload mana yang ada dulu :-) nanti kami akan upload & update semua gallery bulan september.

apa di atas! apa di atas!



Yo apa di atas! apa di atas! hehe comel tak? sebenarnya gambar ni di ambil kat Holliday Villa Subang Jaya malam tadi. masa tu kami pegi dinner sekolah mama.

jenuh jugak kena jaga dia masa tu, siapa lagi kalau bukan abah :-) yelah mama asik sibuk kena pegi naik pentas bawak hadiah cabutan bertuah. duduk pon meja lain2. darwisy plak mcm tak selesa sangat maybe pasal bising, takpon pasal kena inject pagi semalam.

bila nampak Darwisy mcm gelisah je, abah bawak dia gi jalan2. tengah jalan2 tu, ternampak satu mamat tu macam kenal je. sah Harith Iskander hehehe. abah pon apa lagi, tengah boring nih. dengan selamba abah pegi kat dia cakap nak amik gambar ngan Darwisy. nasib baik dia ok, tapi nampak kekok sikit dukung baby :-P begitulah ceritanya....

Friday, September 15, 2006

kena inject

hari ni genap umur Darwisy 3 1/2 bulan. pagi tadi bawak dia pegi inject kat klinik kerajaan puchong ngan mama. macam biasalah kena tunggu lama. tapi tadi kami pegi lambat sikit sebab kalau pegi awal memang sesak.

macam biasa la suka sangat kalau pegi tempat yang "crowded". menyengih je pehtu terlompat2.

bila masuk je bilik inject tu, dia macam dah mengantuk. tapi takleh kasi dia tidur sebab nanti terkejut kena jarum. nurse tu pon satu hal, dah la panggil nombor giliran pehtu bila masuk bilik dia boleh sibuk bergayut ngan handset. hantu betul ntah betul ke ubat dia amik? tak patut....

tanpa melengahkan masa aku suruh dia inject Darwisy, memula ok. lepas je nurse tarik jarum tu kuar, terus menjerit. tapi nasib baik kejap je. tak lama lepas tu, terus terlelap. kesian....

Thursday, September 14, 2006

jangan marah aaaaa….

hehe kepada sesiapa yang ada dapat SMS dari aku tu, sorry la kalau menganggu hidup korang. actually bukan apa, saje nak suruh korang lawat laman web ni kalau berkesempatan. tak lawat pon takpe aku tak marah. dan kalau korang nampak message ni maknanya korang dah lawat la kan? :-D

so dah terlanjur ke sini, boleh la tulis apa2 yang patut dalam Guestbook tu. asalkan jgn mencarut udah la :-) dan kepada sesaper yang nak tengok gallery anak aku bleh la click kat Gallery. nak tengok video pon ada, click je kat Video.

rasanya aku pon dah lama tak contact korang. ada yang tak tau aku dah kawin pon. ramai yang terkezut, apatah lagi kalau aku bagitau aku dah ada anak.

well, terima kasihla kerana sudi melawat laman web kami yang tak seberapa ni. dan kalau tak kisah, bleh la jemput sesaper yang korang kenal ke laman web ni. keep in touch! wassalam....

Monday, September 11, 2006

Darwisy “nyanyat”

amboi Darwisy skang dah pandai dah. mlm tadi bukan main susah nak tidurkan dia, maklumla semalam dah suka seronok seharian kat umah mak ngah Darwisy. kalau dah suka sangat sampai nak tidur pon takbleh, orang banjar panggil "nyanyat" kalau melayu abah sendiri pon tak tau nak panggil apa hehehe. ter"over" seronok kot. tapi Alhamdulillah bila sekali dia tidur, nyenyak jugak la. sebab dah letih menangis :-) comel aje!

tidur rumah mak ngah Darwisy

semalam kami pergi umah mak ngah Darwisy makan ikan talapia :-) pak uda, pak ngah ngan pak andak Darwisy memancing kat nilai, seremban. banyak gak dapat ikan kat situ. mlm tu makan sakan la kitaorang. kalau tak abah ikut, tapi ada perubahan planning. sepatutnya nak mancing hari ahad tapi pak ngah Darwisy pulak ada kenduri. so diorang pegi hari sabtu dimana abah bekerja hari tu huaaaaa :-(

Sunday, September 10, 2006

downtime and applogies

i just received an email from my webhoster saying that they were facing a small problem with the IP something like that. it caused the website down for a few days. and now everything seems ok. welcome back!

Saturday, September 9, 2006

“mama, bangunla”

agaknya itu la yang cuba dikatakan oleh Darwisy awal pagi tadi :-P memula mama perasan dia dah bangun dari tidur. tapi saje nak test apa dia buat kalau orang tak layan.

mama pon letak tangan kat tepi kelambu baby, memula dia bersuara. buat tak tau je lagi. pehtu terus cuit2 tangan mama suh layan dia. ehehehe.

bila dilayan suka la dia. pehtu mama angkat dia berdirikan kat tepi abah pulak. terus laju tangan tembam tu memukul2 badan abahnya pulak suruh bangun. sekali pandang muka dia terus gelak. Darwisy... Darwisy kenapa la comel sangat ekekeke

makan pizza “tarik-tarik”

malam tadi kami pegi makan pizza kat giant subang. mama dari hari tu nak makan pizza. Darwisy suka betul kalau bab berjalan ni. lagi2 kalau pegi shoping. semua barang dia nak tengok pehtu suka sorang2. yang pastinya, Darwisy mesti senang tidur kat dalam stroller tu :-)

Friday, September 8, 2006

tak cukup tidur

hari ni abah ngan mama tak cukup tidur sebab Darwisy ajak main pukul 4.30am :-P

ntah macam mana Darwisy boleh bangun pon tak tahulah. memula abah tengok macam bergerak gerak. tapi tak nampak sangat yelah sebab dalam kelambu baby. pehtu tetiba dengar pulak suara dia mengomel. aduiiii sekali tengok jam baru kul 4.30am.

apa lagi, kenalah layan kejap. abah tengok mama dah tersengguk2 dah. sian mama Darwisy. tak lama kemudian mama give up terus baring lelap mata. takpelah lagipon mama nak puasa.

lama jugak melayan Darwisy, sampai abah pon tersengguk2 jugak. nak dekat kul 5.00am Darwisy dah merengek2 nak susu. apa lagi terus la kejut mama, pehtu abah pulak lepap mata ekekeke

Wednesday, September 6, 2006

Tuesday, September 5, 2006

hadiah kasut garfield

how cute!! hadiah ni baru dapat, boss mama yang bagi. thank you mdm yang.

kasut-garfield-5

mama dah tak sabar nak tgk Darwisy pakai. sebab mama memang suka giler ngan garfield. "mak su toler mesti jeles" mama cakap, bukan abah....

new video

just upload new video. cute!!

Monday, September 4, 2006

its been a while

hmm lama jugak tak update gallery. asik sibuk buat keje, InsyaAllah akan aku update nanti. bila? dalam masa terdekat ni kot.

pegi rumah mak ngah Darwisy

hari ni pegi umah mak ngah Darwisy kat klang. ramai yang datang termasuklah pak long, pak uda ngan mak su Darwisy. bukan main seronok lagi tgk orang ramai macam tu. yang lain apa lagi bila dah nampak "pipi tembam" tu serbu la!

masa sampai pak ngah ngan pak uda Darwisy takde pegi memancing. minggu depan nak pegi nilai pulak katanya ada banyak talapia.. nak ikut!!! hehehe

balik umah dah malam dalam pukul 9.00 lebih. tapi Darwisy mcm taknak tidur sebab dah seronok sangat. jenuh jugakla nak tidurkan. tapi sekali dah tidur terus nyenyak. penat sangat kot....

Saturday, September 2, 2006

Friday, September 1, 2006

“MERDEKA”kah kita?

Cuba renungkan....

- Agama diperlekehkan.
- Hiburan disebar dan diwar-warkan.
- Ulamak diperbodohkan.
- Artis menjadi pujaan.
- Bahasa di second classkan.
- Pendidikan atas tiket kemajuan.
- Kejujuran di Tanah kuburan.
- Pengkhianatan menjadi amalan.
- Tanggung Jawab hanya sampingan.
- Kepuasan Yg jadi keutamaan.
- Fesyen jadi ikutan.
- Tuntutan agama hanya sandaran.
- Keluarga hanya pilihan.
- Keseronokan yang jadi pilihan.
- Anak merdeka Di atas jalan dan pusat-pusat hiburan.
- Masjid yg besar hanya ada beberapa naskah Al Quran.

www.sifoo.com

Tuesday, August 29, 2006

berjalan lancar

alhamdulillah, kenduri bercukur dah pon berlangsung dengan lancar. dengan pertolongan sedara mara, adik beradik dan tak lupa mak ayah mertua aku semua berjalan seperti yang dirancang.

comel aje tengok anak kami kena cukur rambut. bila dah selesai semua pak uda pulak mengerjakan kepalanya (gondol) :-)

macam shaolin soccer daaaaa...

kami ada ambik gambar tapi bukan pakai digital kamera. so kena scan baru bleh upload. mana yang ada nanti kami try la upload ok?

[inspic=129,,,0]

comel tak? sempat tidur lagi hihihi

Sunday, August 27, 2006

bercukur

pada hari ahad 27 mei 2006, kami telah menjalankan majlis bercukur anak kami yang akan dilangsungkan di kampung.

memang tak ramai kawan2 yang kami jemput, tapi sedara mara ramai la.

yang sedihnya, kebetulan hari tu atok kepada aku sakit kuat. jadi aku serba salah mana satu nak pergi. iyelah, nak tinggalkan atuk kat rumah banyak keje nak kena buat. tapi bila balik ke rumah, tak sampai hati nak tinggalkan atuk. itulah dah takdir.

dengan kebenaran mak ayah aku, mereka izinkan dan nasihat supaya balik ke rumah buat keje untuk kenduri...

Thursday, August 17, 2006

Darwisy wallpapers

tengah boring takde buat apa, so kami design wallpaper. kalau tak lawa komen tau.

darwisy1024x768a

darwisy1024x768b

Sunday, July 2, 2006

penat

bulan ni abah takde banyak citer. penat sangat ulang alik pegi keje jauh sangat hehehe

Thursday, June 1, 2006

baru tahu!

pergh!! tak cukup tidur aku. patutla orang kata ada anak ni mmg tak cukup tidur. lagi2 anak pertama. tapi semua tu hilang bila tengok muka Darwisy yang comel tuh!

Wednesday, May 31, 2006

keluar hospital

pada 31.05.2006 mama dah boleh kuar hospital. tapi sebelum kuar tu nurse suruh tunggu Darwisy kencing dulu sebab belum kencing dari lepas lahir. maybe nak tengok ok ke idak. dalam kul 12 lebih tghri tu Darwisy dah kencing, siap berak2 lagi :-P

lepas semua ok, kitaorang terus drive dari "Putrajaya" ke "Bukit Beruntung, Rawang" pergh!! jauh giler :-) hari pertama Darwisy dah jalan jauh. Elok je tidur kat belakang ngan mama.

sampai kat rawang nak petang jugak la. yelah drive keta slow je tak berani laju2. mama mmg dah planning nak berpantang kat umah abang mimie (pak uda Darwisy). so aku pon kenalah stay kat sana jugak.

gambar pertama Darwisy

gambar ni telah diambil pada 31.05.2006 dimana pada hari esok selepas lahir. alaa kira hari pertama la tu, susah sangat....

[inspic=162,,,0]

comel je!

dilahirkan

pada tanggal 30 Mei 2006 tepat jam 10.00 malam maka telah lahirlah seorang insan yang sangat comel ke muka bumi ini. dan pada saat yang sama, teramatlah gembira tidak terkata bagi kami kerana telah bergelar ibu dan bapa.

dengan persetujuan dan sebulat suara, maka Muhammad Darwisy Hilmi telah diberima nama. Yang Terpuji, Yang Warak, Kesopananku Kesabaranku, itulah maksud nama anak kami.

sabar menunggu

pergh! dah dua hari aku duk hospital. tapi bukan duk dalam wad, duk dalam kereta  :-P

memang tak senang duduk aku dibuatnya, yelah risaukan isteri yang tersayang kat dalam wad tu. hmm hari nih aku terpaksa "extend" cuti ehsan aku sebab baby tak keluar lagi. macam mana lah rupanya anak aku nanti ye? tapi yang pastinya LELAKI  :-D

Tuesday, May 30, 2006

tidur dalam kereta

malam ni aku terpaksa tidur dalam kereta, sebab boring duk kat tempat menunggu takde radio. tapi itu semua berlaku tidak lama, kerana aku mula terasa panas dan tak senang duduk(maklumla tinggi,kereta kecik je).

so dengan muka tak malu aku telah masuk ke dalam tempat menunggu dan "book" satu sofa. maka di situ lah aku tidur(sejuk beb ada "aircond" :-P).

Monday, May 29, 2006

pergi hospital

hari ni 29/05/2006 kami pergi hospital putrajaya, sebab dah "overdue" 9 hari.  memula risau jugak, tapi doktor kata takde apa2 baby pon aktif lagi kat dalam perut(main bola sepak kot). so aku amik emergency leave dan inform kat opis aku pegi hospital. kesian tengok wife aku dah sarat macam tak larat je nak bawak perut tu.

so, sampai je hospital wife aku diarahkan masuk wad terus. pakai pakaian seragam lagi, comel aje!

hari pertama masuk hospital, terasa gak boring sebab tak tau bila nak bersalin. so, kami pegi jenjalan keliling hospital kasi "excersice" sikit.

bila dah petang masih takde apa2 sampai la ke malam. bila dah malam pepaham je la husband takleh temankan. kena la keluar duk kat tempat menunggu sensorang.