Sepatutnya dah lama angkat lens ni... some say it's "a must have lens for beginner"... tapi dah terlebih gelojoh angkat 35mm awal-awal dulu hehehe. Anyway, original plan bukan nak beli untuk Nikon, tapi untuk kamera keluarga iaitu Olympus :-)
Jumaat lepas bawak Mama & DDD pegi ke USJ... memula cakap nak berbuka dekat sana... tapi ada udang di sebalik batu, nak beli lens Nikkor 50mm :-P
Terjumpa satu thread kat MIR FTZ ada orang nak jual, send whatsapp dia kata RM250. Tengok gambar lens condition terbaik tip top... siap Hoya UV dengan rear lens cap yang bukan plastik putih tu. So, set time jumpa dekat kedai dia kerja (part time kot)... kedai guitar!
Finally jumpa dia, ok orangnya... sembang punya sembang tetiba tergerak hati nak memetik gitar, dia bagi. Fuh! tak sangka masih boleh main lagi walaupon dah hampir 9 tahun tak jamming. Dia pon agak terkejut jugak bila tengok, kembang hidung jap hahaha. Bila tanya dia tak penah dengar muzik tu, bila cakap tu local punya dia pon macam tak percaya. Tapi bila bagitau "Cromok" tau pulak dia hehehe. Malangnya sendiri main sendiri tak ingat tajuk hahaha.
Habis je lepas gian, terus bayar pehtu pegi Restoran Murni di USJ 9 sebab masa petik gitar tadi pon ada background sound keroncong menandakan perut dah memberontak. Survey kat Google, ramai yang kata restoran ni best dan bersih. Yep, they are right... memang menarik, bersih, banyak pilihan dan sedap hehehe...
Puasa ni biasa la, bila nampak menu memang rambang mata. Order punya order, ingatkan pinggan kecik yang sampai... sekali satu pinggan boleh makan 2 orang hahaha... memang kompom tak habis huhuhu. Tapi ada jugak baiknya, boleh tapau bawak balik untuk sahur :-P
Excerpt
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts
Sunday, June 28, 2015
Thursday, September 13, 2007
Selamat Berpuasa
Assalamualaikum w.b.t
Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga di bulan mulia ini, kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t.
Sempena di bulan Ramadhan yang mulia ini, kami ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga di bulan mulia ini, kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita terhadap Allah s.w.t.
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
http://www.darulnuman.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)