Excerpt

Monday, April 27, 2015

Avengers-Family-Day-Out

Hari ini dalam sejarah di mana Abah, Mama dan DDD telah berjaya menonton "The Avengers: Age Of Ultron" di tempat duduk paling belakang dan straight-5-seats tengah wooohoooooo!!! Tak sia-sia survey tiket online awal hehehe... bila DDD tau Abah beli tiket, semenjak tu jugak la asyik tanya bila nak hari Ahad :-D
Apa-apa pon, sangat enjoy lebih-lebih lagi dengan family. Great movie, nice characters... especially the new appearance in this series, "The Vision" huhuhu.
Nasib baik jugak la Darwisyah tak menjerit-jerit dalam panggung tu, siap boleh tertidur lagi... bila dah habis, kena kejut terus cakap "beesssttt" hahaha!

Lepas habis je tengok wayang, terus ke rumah Andak DDD kat Puchong sebab ada buat kenduri dan jamuan. Alhamdulillah, makan tengah hari telah ditaja hehehe. The best part was, Abah dapat surprise iaitu kek hari jadi... bestnyaaaaa... tq Mama hehehe...

The story doesn't ends there, lepas makan-makan kejap... ipar-ipar dan biras ajak pegi memancing pulak... dah lama tak jenguk kolam so angkat kaki lambung ke Pulau Meranti. Tak tau pulak kat dalam tu ada kolam pancing, siapa lagi yang tau kalau bukan Pak Uda DDD hahaha. Start pukul 5 petang sampai pukul 9 malam, semua jadi "bangau" hahaha. Tak lah, ada la dapat 2 ekor tongsan, sekor Pak Uda DDD dapat dan lagi sekor ada sorang mamat dari Gombak bagi hahaha! Yang bestnya pegi memancing ni, boleh tengok banyak gelagat kaki-kaki pancing. Sambil-sambil tu, macam-macam cerita la keluar dari mulut masing-masing. Dari cerita zaman kecik-kecik, politik, ikan, dari mula pancing sampaaaiii la habis. Pot pet pot pet mulut masing-masing... lepas tu gelak terbahak-bahak. Turun 5 orang, tapi pancing 2 je. Memang seronok walau pon tukang tengok orang pancing...

Phewww... letih tapi seronok. Lebih kurang begitu la ceritanya hari ni... as always, the best time is with family. Insya Allah akan bersambung lagi :-)

Friday, April 24, 2015

Please lah Google!

Seriously, damn hard to find my websites verification code (Verification details). No menu seems to appear to direct the page, not even in Webmaster Tools.

After days of searching, I finally found the URL: https://www.google.com/webmasters/verification/

Monday, April 20, 2015

1 jam jeritan batin

Hari ni dalam sejarah, first time Abah berurut satu badan secara serius. Sebelum ni urut biasa je, oleh tukang urut tak bertauliah kekeke.

Bertempat di seksyen 15 Bangi, namanya Pusat Rawatan Tradisional As Syifa. Ambik pakej 1 jam, RM60 untuk urut satu badan lelaki. Mama pulak amik pakej 1 jam dengan spa, RM75.

The moment Abah tulis blog ni, Mama masih lagi kat dalam bilik rawatan. Mesti tengah meraung jugak tu hahaha.

Seriously, kalau tau dia punya sakit masa urut... Memang tak ingin nak pegi. Dah la sakit, 1 jam pulak tu. Hanya Allah je tau betapa kuatnya jeritan batin ku huhuhu. 

Tapi, Alhamdulillah badan terasa lebih segar dan sengal kat belakang berkurangan. Mungkin sakit sangat masa urut tadi sebab first time. Kalau dah selalu urut rasanya tak sakit sangat. Rasanya ni kali pertama dan terakhir lah hahaha.

Berikut adalah tips yang Abah rasa logik untuk dikongsi:

  • Sebelum berurut, dapatkan nasihat dari doktor dan semasa di tempat urut tanya dengan tukang urut samada urutan boleh dilakukan atau tak.

  • Urutan itu menyakitkan, so pastikan anda tidak pemalu kerana kemungkinan besar anda akan terkentut kentut. 

  • Jangan menjerit secara zahir, jeritlah secara batin supaya sesi urutan tidak terganggu.

  • Jangan makan sebelum urut, dikhuatiri akan terkeluar semua yang dah ditelan.

  • Pakai seluar dalam.

  • Pegi pada hari bekerja, kalau tak memang ramai orang. Buat booking dulu pon ok.

  • Standby ubat tahan sakit (bagi sesiapa yang tak tahan). 

Ku sangkakan slipped disc, rupanya tergeliat

Tak pasti ada persamaan atau tak antara slipped disc dengan tergeliat, tapi yang pasti menyakitkan dan pertama kalinya merasa sakit yang amat.

Kejadian berlaku semalam di Bangi Gateway masa nak balik ke rumah. Dah dalam kereta, tiba2 Darwisy cakap pintunya tak ketat. Abah pon nak keluar dari kereta nak ketatkan pintu belakang. Masa bangun nak keluar pintu, tiba2 terasa sengal kat pinggang. Ingatkan kejap je, tapi makin sakit lepas tutup pintu belakang. Terus rasa tak boleh nak berjalan. Abah panggil Mama, terus takut bila tengok Abah mengerang kesakitan. Abah agak panik sebab tak pernah dapat sakit macam tu. Nak drive pon tak boleh, terpaksa la Mama drive. 

Sampai rumah, sakit tak hilang lagi. Berjalan nak kena berpaut, tak boleh laju. Masa tu lagi bertambah panik, takut jadi lebih teruk. So Abah amik keputusan untuk pegi hospital dan buat x-ray.

Lepas maghrib pergi hospital putrajaya, sekali ramai orang daaa. Register pukul 830 malam, siap semua pukul 12 huhuhu. Seksa betul rasanya masa tu, nak duduk sakit berdiri pon sakit.

Tapi rasa agak lega lepas doktor bagitau tulang belakang Abah tak ada apa2 yang kritikal. Cuma tergeliat biasa dan muscle sprain.

Alhamdulillah, ada 2 hikmah di sebalik kejadian. Pertama, membuatkan lebih berhati2 dan bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah. Nikmat tu boleh diambil bila2 tanpa sebarang warning pon. Yang kedua, Mama tak jadi outstation sebab kena jaga Abah dan anak2 :-) 

Sayang Mama hehehe

Lunch, Shopping & Backpain

Al-kisah Lunch


Dah lama bercadang nak pergi ke restoran member sorang ni, Restoran ZnI dekat Seksyen 4 Bangi. Hari-hari nampak dia post gambar makanan Johor, tak boleh tahan. So Abah bawak Mama dengan DDD pergi melawat restoran tu untuk lunch. Dari Putrajaya ke restoran tu tak jauh, dalam 15 minit perjalanan. Sampai kat situ, kebetulan member tu pon ada di restoran. Terkejut beruk sikit kot hahaha. Tanpa membuang masa, ambik makanan dan order air kopi 434 (special dari Johor katanya). Sedap? Memang sedap! :-)

Al-kisah Shopping


Lepas makan tengah hari, pergi ke Bangi Gateway... Mama nak shopping barang-barang untuk outstation seminggu di JB. Abah? Bawak DDD jalan-jalan dalam tu dan main game... tukar token RM10 je takleh lebih-lebih nanti gian hehehe. Not bad Bangi Gateway ni... ada banyak shop lot dan hall yang luas untuk aktiviti. Kebetulan masa tu ada program menderma darah. Tengok je la hehehe.

Al-kisah Backpain


Lepas Mama habis shopping, terus pergi ke car park nak pergi ke rumah Maksu DDD... tapi malangnya, pinggang Abah tergeliat masa nak betulkan pintu belakang huhuhu. Rasa macam nak pengsan masa tu, teramat sakit dan takleh nak jalan dengan betul. Nasib baik ada kereta parking kat area tu, boleh la Abah berpaut nak masuk kereta balik. Dengan tidak semena-mena, Mama terpaksa batalkan niat nak pergi outstation demi untuk menjaga Abah dan DDD... kesian Mama :-) :-) :-)

Gambar-gambar sebelum kejadian Backpain...


To be continued...

Sunday, April 19, 2015

Supper @ Mee Bandung Muo, Bangi

First time datang kopitiam ni, namanya Al-Nafa Kopitiam. Not bad mee bandung muo dan mee siput dia. Harga tak pasti sebab Mama yang bayar hahaha.

Anyway, saje lepak-lepak dengan geng sehobi. Dapat banyak kongsi cerita dan ilmu, lebih-lebih lagi berkenaan memburung (oleh kawan baru Mohd Siberi Mohd Yusof) atau "birding" dalam bahasa Inggeris (tu pon main hentam entah betul ke idak).

Sambil-sambil tu, cerita pasal mirror lens camera, the Fujifilm XE-1 yang baru diangkat oleh abang Ezry hehehe. Makin ramai yang dah beralih arah sekarang, dah kurang cerita pasal DSLR. Tak lupa juga ilmu "stock photography" oleh cikgu Azri Suratmin, Insya Allah akan cuba hobi yang baru... bila? Tak pasti kekeke.

Thursday, April 16, 2015

Cubaan lens Tokina 11-16mm dengan m4/3



Alhamdulillah berkesempatan shoot sunset hari ni bersama abg Rithauddin, di depan Masjid Putra. Dah lama jugak bercadang nak ke sini mencuba lens Tokina 11-16mm dengan body m4/3 tapi masa selalu tak mengizinkan. So, tadi dapat la mencuba...

Few lessons today,

- Memandangkan tiada bacaan aperture sebab guna adapter, agak kekok sikit bila nak guna low aperture

- Didapati kualiti gambar menjadi kurang menyerlah bila semakin kecil bukaan aperture

- Tak berapa sesuai untuk gunakan mode 40MP, sebab ghosting yang kurang smooth (angin kuat tiup bendera)

- Bila bukaan aperture kecil, sukar nak focus dalam view finder

- Bla bla bla :-P

At last, cari single shot dari banyak-banyak tadi dan process guna teknik DRI hehehe...

Sunday, April 12, 2015

"Manual focus" day

Keluar rumah nak main belon, orang meniaga belon tak ada hahaha...

Anyway, hari ni bawak 35mm dilekatkan ke m4/3... untuk menguji ketangkasan teknik manual focus. Ternyata masih lemah, tapi puas hati dengan certain shots :-)

Saturday, April 11, 2015

Shutterholic.net

Didaftarkan sejak tahun 2011 di Mesra Hosting, kini telah berpindah ke Exabytes dan hosting pula masih kekal di 000webhost.

Pada awalnya dijadikan blog, tetapi sekarang dijadikan gallery slideshow di mana akan memaparkan gambar-gambar favourite dari akaun Flickr.

Friday, April 10, 2015

Lemahnya aku...

Ketika di satu surau sebelum solat Jumaat tadi, ternampak seorang hamba Allah sedang menunaikan solat sunat. Tak tua dan tak muda orangnya. Dari riak wajahnya, ternyata dia sedang sakit... amat sakit. Mukanya berkerut-kerut tiap kali bangun dari ruku' dan sujud... pergerakannya tersangat perlahan.

Dan ketika itulah hati aku terdetik, "Ya Allah, Engkau telah tunjukkan aku betapa lemahnya diriku ini. Engkau kuatkan dan teguhkanlah iman ku untuk terus sujud kepada Mu".

Hamba Allah itu memang kuat, lebih kuat dari aku yang sihat wal'afiat...

Cara membersihkan getah lensa kamera (lens rubber ring) yang mudah



Bagi photographer, masalah lens rubber ring (focus ring/zoom ring) berdaki memang selalu terjadi walaupon telah dibersihkan sebelum simpan ke dalam dry box. Ini kerana ianya tidak terhasil dengan serta merta, tetapi akan bertambah sedikit demi sedikit setiap kali kita memegang lens kamera (sama ada tangan berpeluh, habuk dari persekitaran dan sebagainya).

Aku tidak terlepas dari masalah ni, jadi sudah masanya untuk membersihkan daki tersebut supaya lens kamera nampak lebih bersih.

Dengan bantuan Google, satu website telah memberi aku ilham dan menggunakan kaedah termudah iaitu dengan membasuhnya.

1) Tanggalkan getah (lens rubber ring) dengan menggunakan sesuatu yang halus seperti pencungkil gigi plastik, atau perlahan-lahan gunakan kuku.





2) Rendamkan ke dalam air yang dicampur sabun mandian lebih kurang selama 10 minit (hanya perlukan sedikit sahaja, sabun basuh pinggan pon boleh)



3) Gunakan berus gigi yang lembut, gosok perlahan-lahan (guna cotton bud pon boleh)



4) Lepas siap basuh dan berus, jemurkan getah tersebut dengan suhu bilik (tak perlu jemur kat terik atau hair dryer)



5) Bila dah kering, masukkan semula getah tersebut ke lens kamera dan pastikan ianya ketat semula.



Amacam? Senang kan? Hehehe... selamat mencuba :-)

Thursday, April 9, 2015

35mm meets the m4/3

Buat pertama kalinya mempertemukan Nikkor 35mm 1.8G dengan Olympus, disamping perantaranya Octopus A1(G) - M4/3...

Agak kekok pada mulanya, sebab dah terbiasa dengan auto focus... tapi dapat rasa kepuasannya...

Monday, April 6, 2015

Family Day Out, Bukit Gasing > Rojak+Cendol SS15

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk bersama family sekali lagi. Masih tak hilang penat semalam, hari ni tambah lagi penat dengan family outing ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Dah lama rasanya tak ke sini, last sekali mungkin bulan Mac tahun 2014. Memandangkan dah cliche bawak family ke tempat-tempat riadah sekitar lembah kelang, hari ni bawak ke tempat yang diorang tak pernah jejak lagi.

Another reason kenapa nak ke Bukit Gasing, lately si Danish semakin curious dengan kehidupan alam semula jadi iaitu "serangga" hahaha. Guess what? Bukan Danish je yang excited, Darwisy dan Darwisyah pon turut jakun... oh, Mama pon sama :-P

Anyway, sampai di Bukit Gasing agak lewat dalam pukul 10:30 pagi. Terus attach lens macro ke adapter dan masuk ke kumira Olympus. Oleh kerana dah tak ada custom diffuser, terpaksa la guna semula O-ring flash yang dibeli tahun lepas. All sets up, lighting ok, ada satu masalah yang mungkin akan menjejaskan sesi macro ni iaitu... self-stabilization huhuhu. Tak apa lah, pelan-pelan kayuh asalkan family enjoy the trip :-)


P/S: sorry banyak gambar blur, kena asah balik bakat hehehe

Jalan punya jalan, jam dah pon pukul 12 tengah hari. Secara automatik perut telah menjadi lapar. So, terus keluar hutan cari makanan. Destination? Rojak dan cendol SS15 Subang Jaya :-)

Baru-baru ni ada singgah makan dekat sini, tapi duduk dalam kereta je. Kali ni, Abah ajak semua duduk kat bawah pokok, baru ada feel. Order rojak 2 pinggan, cendol 4 mangkuk. Ingatkan DDD tanak makan rojak sebab dah makan roti dalam kereta on the way tadi, tapi sangkaan silap... diorang plak yang melahap rojak Mama. Tak cukup, melahap pulak rojak Abah hahaha. Takpe, asalkan diorang suka and happy :-)


Masa on the way balik, Abah ada tanya DDD... lain kali nak pergi hutan lagi tak? Diorang jawab "NAAAAAAAKKKK"... Insya Allah :-)

Sunday, April 5, 2015

Plaza Pudu > Kampung Baru > Masjid Negara > Taman Botani KL > PICC >Doraemon

Hari yang meletihkan, tapi puas sebab dapat bawak family jalan-jalan. Keluar dari rumah lebih kurang pukul 12 tengah hari, menuju ke Plaza Pudu nak beli lens adapter. Lepas tu terus ke Kampung Baru nak makan kat kedai minang, tapi tutup... last-last makan kat pintu gerbang. Memori hehehe...

Lepas makan, pergi ke Masjid Negara singgah solat dan jalan-jalan di dalam kawasan masjid. Pergi pulak ke Taman Botani KL (Tasik Perdana) picnic ala kadar sebab tau hujan akan turun. Sempat la DDD main taman berlari dan makan kuih... lepas tu terus menuju ke Putrajaya. Ingatkan nak balik, tapi DDD ajak pulak pergi ke PICC nak main taman lagi... adeh. Bawak je laaa...

Sampai PICC, main lagi taman dan lari-lari. Tak cukup tu main pulak belon buih tu... pukul 6 lebih masing-masing dah tak larat. Balik rumah, mandi, makan, tonton Doraemon Stand By Me pulak :-)

Saturday, April 4, 2015

Di bawah kubah, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Alhamdulillah, berpeluang solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Bukan senang nak solat Jumaat di sini, kena cuti baru boleh sebab tempat kerja jauh hehehe.

Memandangkan hari ni cuti dan tak banyak aktiviti nak buat, maka memetik kamera la aktivitinya :-)

Flickr URL: https://www.flickr.com/photos/darwisy/16833995789/