Excerpt

Monday, December 16, 2013

Ipoh!! Kami datang!! Lambat sikit la...

14122013 - Sepatutnya trip ni 2 hari, ikut bas rombongan pada pagi sabtu. Tapi disebabkan Danish ada majlis konvo taska pada hari sama... maka kami terpaksa naik kereta sendiri pergi ke Ipoh huhuhu




Sampai di Ipoh agak lewat juga... terus singgah makan sebab mengejar masa langsung tak sempat makan sebelum bertolak. Agak kebetulan jugak yang lain2 belum check-in hotel. Masa tu kami ambil Tune Hotel. Pakej bajet... tapi bilik kecik betul sampai anak2 kena tidur kat atas lantai huhuhu. Takpe lah... satu pengalaman dan pengajaran tu hahaha.
Hari tu tak banyak sangat aktiviti... sebelah malam kami keluar jalan2 naik bas sewa khas keliling bandar Ipoh dan makan malam. Lepas makan malam, pegi pulak berjalan ke pasar malam sampai berjam lamanya. Aku masa tu memang dah letih sebab drive... so jalan kejap je lepas tu pergi ke bas dan rehat hehehe. Bukan apa, pasar malam kat mana2 boleh pegi... kan? Tunggu punya tunggu, pukul 12 tengah malam jugak baru semua masuk bas. Lama betul berjalan huhuhu. So... balik hotel dan sambung tidur hahaha.


15122013 - Hotel tu pakej bajet... so sendiri mau ingatlah pagi2 kena keluar cari sarapan sendiri. Kebetulan pulak, betul2 depan Tune hotel tu ada pasar karat setiap ahad. So tak payah pegi jauh la cari sarapan dekat situ je. Sambil2 tu, mata melilau la cari barang2 yang menarik. Macam2 ada kat pasar karat ni... kadang2 ada barang yang tak sangka akan dijual. Contoh: barang yang sudah rosak hahaha
Oh ye, tadi ada bagitau pasar karat tu betul2 depan hotel kan? Korang tau kat mana driver parking bas? Kat tepi hotel tu je. So cuba teka bas tu boleh keluar ke tak? Boleh... pukul 2 petang baru boleh keluar hahahahahampeh. Tak pasal2 rugi masa. Check out hotel pukul 11 pagi pulak tu. Nasib la... aku nak gerak ke destinasi seterusnya pon tak boleh sebab sponsor naik bas hahaha. Daripada aku habiskan masa buta2 macam tu... ada baik aku layan street photo hehehe.




Dipendekkan cerita... lepas bas boleh keluar dari kepungan peniaga pasar karat... kami shoot pegi ke Lost World of Tambun... sebab tu kami tak pegi dulu... kalau tidak siapa yang nak bayar tiket? Hahaha
First time sampai water park ni, start masuk pukul 4 kot. Agak jakun jugak la sebab selalu main air kat swimming pool je. Aku dah plan... kat sana nanti aku akan gunakan phone Galaxy S4 Active aku untuk merakam moment bersama family (p/s: phone ni kalis air best wooo hehehe)
Pung pang pung pang tau2 dah pukul 6 lebih. Maka kami pon bersiap la untuk balik ke Putrajaya. Aku la yang paling teruk penatnya... dah la baru lepas berkubang... kena drive pulak dari Ipoh ke Putrajaya huhuhu. Sampaikan nak bercerita panjang lebar lagi pon dah tak larat hahaha. Tengok je la gambar2 dan video ni hehehe.




http://www.youtube.com/watch?v=exueurmn2Rs

Tuesday, October 22, 2013

Garfield yang manja

Ingat lagi kucing yang kami jumpa tu? Memang tak ingat la sebab blog ni takde pembaca yang setia hahahahaha

Tengok la Garfield, manja betul dia... tak padan dengan jantan hehehe... agaknya dia happy ada orang yang sudi bela dia... aku pon macam dihargai...

Orang yang paling suka sekali adalah Darwisyah... tak berenggang langsung huhuhu

20131021_184512 20131021_183559

Friday, October 18, 2013

Jumpa kucing!

Pada petang 16 Oktober 2013, di mana aku baru pulang dari kampung sempena cuti Raya Haji... aku telah menjumpai seekor anak kucing yang comel merayau2 di sekitar kedai runcit di bawah apartment aku tinggal. Melihatkan keadaan dia yang kotor dan kelaparan, aku telah mengambil keputusan untuk membeli makanan kucing (paket) dan membawa dia pulang untuk diberi makan... ntah macam mana, kucing ni nampak sangat manja dan sangat berselera makan... macam biasa lah, anak2 dan wife aku sememangnya sukakan kucing dari azali lagi... so tak pasal2 diorang telah memaksa aku untuk membela kucing tersebut... aku pon rasa berat hati nak lepaskan dia, yelah kecik lagi... dgn banyak kereta lalu lalang... takde tempat tinggal...

Lepas je bagi makan, aku dan wife mandikan dia... sebab

So, dengan rela hati aku telah memutuskan untuk membela kucing tersebut... dan nama Garfield telah diberi oleh wife aku (mmg peminat katun garfield kekeke)...

Semoga apa yang aku lakukan ni mendapat keberkatan... Amin...

20131017_233345

p/s: sangkar DIY, beli dari Daiso dan cantum2 kan (first stage)... kucing pon keletihan asik main je hehehe