Excerpt

Saturday, April 5, 2014

Android GPS-based apps, what suits me? Or yours?

Memandangkan tak berapa sibuk hari ni, aku cuba buat review beberapa apps android yang aku rasakan amat berguna untuk tracking lost phone (even family) dan juga navigasi sekali gus untuk melindungi data peribadi... in fact, ini first entry yang aku buat untuk apps review... Insya Allah aku cuba senaraikan kelebihan, kekurangan dan keperluan apps mengikut keperluan aku, atau mungkin jugak berguna kepada pembaca2 entry ni...

Ok, apa keperluan aku tu?
- untuk jejak pergerakan pemilik phone dan sekali gus menjejak phone itu sendiri (kalau hilang)
- untuk report lokasi kepada puan besar dan sekali gus untuk puan besar report lokasi kepada aku, atau aku boleh tahu di mana dia berada
- untuk semak perjalanan (history), aku rasa amat berguna kalau ada kes kecurian... so boleh tengok pergerakan pencuri tersebut (kalau dia bodoh tak OFF phone lah)
- untuk mendapatkan navigasi ke satu2 lokasi
- untuk melindung data2 peribadi dan penting dari dicuri sang pencuri

perlu ke semua tu? perlu!
- lebih2 lagi ketika negara kita dan dunia semakin diancam kegiatan jenayah berleluasa seperti penculikan, pencurian kenderaan, ragut dan macam2 lagi
- untuk menjimatkan masa untuk sampai ke satu2 lokasi
- untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat
- untuk bersosial

Apps apa yang boleh memenuhi keperluan aku? aku cuba senaraikan apps yang pernah aku cuba...

Find My Phone

Kelebihan:
- boleh update lokasi (check in)
- boleh lihat lokasi friend / family tanpa disuruh update (jika kita admin, boleh update sendiri)
- boleh sembang
- boleh semak history

Kekurangan:
- tidak melindungi data peribadi atau tiada kawalan ke atas phone
- tidak boleh mendapatkan navigasi ke lokasi dikehendaki

Waze
Kelebihan:
- maklumat trafik secara real-time
- ramai kawan2 guna sebab boleh link account facebook / twitter
- boleh mendapatkan navigasi ke lokasi dikehendaki
- boleh check in dan boleh intergrate dengan apps Foursquare

Kekurangan:
- lokasi kawan atau family hanya boleh dilihat jika mereka update
- tidak melindungi data peribadi atau tiada kawalan ke atas phone

Foursquare
Kelebihan:
- boleh rekod dan check in sambil berkongsi maklumat lokasi (gambar, komen, dsb)
- boleh mendapatkan navigasi
- tempat menarik berhampiran lokasi

Kekurangan:
- lokasi kawan atau family hanya boleh dilihat jika mereka update
- tidak melindungi data peribadi atau tiada kawalan ke atas phone

Google Device Manager
Kelebihan:
- melindungi data peribadi (wipe data secara remote atau web base)
- boleh mengetahui lokasi phone sendiri dan family (jika kita tahu password mereka)
- boleh ring phone in case hilang dalam rumah atau berdekatan

Kekurangan:
- tidak boleh mendapatkan navigasi
- tiada fungsi sosial
- tiada history

Kesimpulan, memang setakat ni aku tak jumpa kesemua feature yang aku perlu di dalam satu apps... bermakna aku kena install semua apps di atas untuk memenuhi kehendak aku huhuhu... apa2 pon, ini cuma pendapat aku dan mungkin ada banyak fungsi2 lain yang aku terlepas pandang... sebenarnya ada banyak lagi GPS-based apps yang berguna... usually aku akan install jika satu2 apps tu mendapat rating yang tinggi dari user, juga PERCUMA :-P

Komen? silakan :-)

 

No comments:

Post a Comment