Excerpt

Monday, April 20, 2015

1 jam jeritan batin

Hari ni dalam sejarah, first time Abah berurut satu badan secara serius. Sebelum ni urut biasa je, oleh tukang urut tak bertauliah kekeke.

Bertempat di seksyen 15 Bangi, namanya Pusat Rawatan Tradisional As Syifa. Ambik pakej 1 jam, RM60 untuk urut satu badan lelaki. Mama pulak amik pakej 1 jam dengan spa, RM75.

The moment Abah tulis blog ni, Mama masih lagi kat dalam bilik rawatan. Mesti tengah meraung jugak tu hahaha.

Seriously, kalau tau dia punya sakit masa urut... Memang tak ingin nak pegi. Dah la sakit, 1 jam pulak tu. Hanya Allah je tau betapa kuatnya jeritan batin ku huhuhu. 

Tapi, Alhamdulillah badan terasa lebih segar dan sengal kat belakang berkurangan. Mungkin sakit sangat masa urut tadi sebab first time. Kalau dah selalu urut rasanya tak sakit sangat. Rasanya ni kali pertama dan terakhir lah hahaha.

Berikut adalah tips yang Abah rasa logik untuk dikongsi:

  • Sebelum berurut, dapatkan nasihat dari doktor dan semasa di tempat urut tanya dengan tukang urut samada urutan boleh dilakukan atau tak.

  • Urutan itu menyakitkan, so pastikan anda tidak pemalu kerana kemungkinan besar anda akan terkentut kentut. 

  • Jangan menjerit secara zahir, jeritlah secara batin supaya sesi urutan tidak terganggu.

  • Jangan makan sebelum urut, dikhuatiri akan terkeluar semua yang dah ditelan.

  • Pakai seluar dalam.

  • Pegi pada hari bekerja, kalau tak memang ramai orang. Buat booking dulu pon ok.

  • Standby ubat tahan sakit (bagi sesiapa yang tak tahan). 

No comments:

Post a Comment