Excerpt

Sunday, May 31, 2015

Darwisyah kena chickenpox (pop?)

Buat pertama kalinya, Darwisyah kena demam chicken"pop" (bak kata nurse di klinik tadi). Nasib baik Mama dah balik dari kursus, otherwise tak tau la macam mana Abah nak urus anak-anak Abah. Ye lah, Abah berkerja jauh... terpaksa balik awal nak bergegas ambik semua balik sekolah... nak urus makan minum, pakaian, basuh baju sidai baju, sambung buat kerja office di rumah, nak buat itu nak buat ini.

Tapi Mama kena pergi kursus dekat Langkawi pulak minggu depannya, sempat ke Darwisyah nak sembuh?

Mama ada bagitau, kalau Darwisyah tak sembuh jugak... Mama taknak pergi kursus tu. Kebiasaannya demam chicken pox ni memang makan masa...

Bila Mama bagitau macam tu, Abah pon lega lah sikit sekurang-kurangnya cuti sekolah ni boleh Mama fokus jaga anak-anak. Tapi entah macam mana, ada pulak kawan Mama tu marah-marahkan Mama sebab katanya perlu pergi jugak... sakit hati pulak Abah dengar.

Seriously, pendapat Abah... sebelum kondem dan marah seseorang tu, perlulah memahami situasi yang dihadapi dia. Put ourself in someone's shoes. Kita ni hidup tak semuanya setara... rezeki berbeza-beza... tahap kesihatan tak sama. Jangan la kita sindir-sindir dan berdoa di FB supaya seseorang tu mendapat balasan. Belajar jauh-jauh, gunakan ilmu dan fikiran. Dah la berdoa di FB, mintak diberi balasan pulak tu... Adeh...

Bila Mama cerita semua tu, Abah memang geram tapi apakan daya... hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sedang dihadapi. Harapan Abah pada DDD, jagalah akhlak sebaik mungkin... jangan ikutkan hati dan tuduh menuduh secara melulu.

Berbalik kepada cerita Darwisyah, kata doktor ada 2 pilihan...

1) Biarkan chickenpox tu keluar habis dengan tidak ambil apa-apa ubat khas (anti viral)

2) Ambil anti viral agar chickenpox tu cepat sembuh

Bincang punya bincang, Abah dan Mama nak biarkan chickenpox tu habis secara sendiri tanpa ambil ubat khas. Sebabnya, kebanyakan kes macam ni akan membuatkan pesakit menjadi immune dan kemungkinan besar tak akan dijangkiti lagi pada masa akan datang. Kebetulan pulak, cuti sekolah dah nak bermula selama 2 minggu... so Mama boleh jaga Darwisyah...

Apa-apa pon, Abah dan Mama doakan semoga Darwisyah cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala... Amin...



No comments:

Post a Comment