Excerpt

Wednesday, December 9, 2015

Nenek in the house!

Dah bertahun lamanya nenek DDD tak bertandang ke rumah ni... rasanya lepas Darwisyah dilahirkan. Maklumlah, masa tu arwah Tok Wan dah tak berapa sihat... tak boleh nak berjalan jauh dan tinggalkan kampung.

Alhamdulillah, hajat nenek nak datang tidur sini tercapai. Kebetulan musim cuti sekolah ni, puas lah nenek melayan kerenah DDD.

Hari ni dah masuk hari ke-2 sejak hari Ahad... kesian pulak tengok nenek duduk terperap dalam rumah. So, Abah dan Mama plan bawak nenek dan DDD keluar jalan-jalan.

Mula-mula pergi ke kedai Mr. DIY di Bangi. Tempat yang sederhana dengan crowd, mudah naik turun lift dan tak jauh dari lift. Kebetulan memang nak beli barang-barang rumah, nenek pon nak beli barang jugak... memang sesuai lah. Lepas nenek dapat barang yang nak dibeli, terus cari kerusi nak duduk sebab penat katanya hehehe. Takpe, nenek duduk dulu nanti DDD tolong jagakan sementara Abah Mama cari barang-barang lain.

Setel je shopping situ, nenek ajak pegi makan pulak. Padahal, jam dah nak dekat pukul 10. Tapi apa ada hal? Sekali sekala nenek datang sini, so kita terjah la restoran favorite iaitu restoran Wong Solo Bangi. Abah dan Mama takde la lapar masa tu, tapi saje la nak makan yang ringan-ringan. Nenek order nasi ayam penyet, Danish Darwisy nasi goreng, Abah Mama makan gado-gado. Semua licin! :-D

Insya Allah, hari Jumaat nanti nak bawak nenek jalan-jalan sekitar Putrajaya pulak. Kebetulan Abah cuti, boleh la keluar siang hari hehehe.

No comments:

Post a Comment