Excerpt

Monday, January 18, 2016

Revisit Muzium Alam Semula Jadi

Susulan kegagalan masuk ke Muzium Alam Semula Jadi minggu lepas, hari ni Abah dan Mama telah berjaya membawa DDD masuk ke dalam beberapa minit sebelum tamat waktu melawat :-D

Boleh kata puas hati jugak lah, sebab pergi pon tak survey mana-mana website. Nasib baik dah buka. Tapi agak sedikit kecewa sebab tak semua area dapat masuk, masih dalam renovation / relocation.

Dengan harga tiket dewasa RM2 dan percuma kanak-kanak 12 tahun ke bawah, boleh dianggap berbaloi dan persembahannya berpada. Ada banyak replika-replika haiwan yang diawet, tumbuh-tumbuhan, burung, kelawar dan sebagainya... termasuklah tulang temulang (betul ke?) haiwan besar (ikan paus).

Suasana seperti biasa agak lengang dari kunjungan orang ramai, mungkin sebab kurang promosi... atau ramai yang lebih suka aktiviti-aktiviti outdoor. Tapi dalam cuaca yang panas dan hujan tak menentu, semestinya amat sesuai untuk membawa keluarga melawat di sini.

Flickr Album 72157661304777203

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157661304777203

No comments:

Post a Comment