Excerpt

Monday, February 22, 2016

Kayuh bot di Taman Wetland Putrajaya

Hari ni Abah Mama bawak DDD pergi ke tengah-tengah tasik Taman Wetland Putrajaya, dengan cara berkayuh. Ye... kayuh bot :-D

Punya lama tak berkayuh (tak pernah pon), rasa kejang kaki dilengkapi dengan pakej berpeluh... lebih-lebih lagi Mama. Nasib baik Abah ada, boleh jadi backup :-P

Tercetus rasa nak naik paddle boat tu sebab seronok tengok orang, masa lepak-lepak dekat tepi tasik semalam. Tapi memandangkan hari dah lewat petang, maka Abah telah melakar satu plan dan tidak diketahui oleh DDD. Alhamdulillah, setelah hampir 10 tahun menetap di Putrajaya... akhirnya telah berjaya merealisasikan impian semalam.

Lepas je solat Asar, maka bergegaslah ke Taman Tasik Wetland. Waktu yang elok sebab awal dan masih tak ramai orang. Kalau lewat sikit, memang kena tunggu lah sebab satu round 30 minit (1 jam hari biasa). Lagi pon tiket tutup sebelum pukul 7.

Harga tiket untuk paddle boat 5 seat adalah RM19.10 (selepas GST)... ok lah kot. Cuma masa dah dapat bot tu, make sure bot tu ok dan boleh dikemudi dengan elok. Kalau rasa tak elok, cepat-cepat tukar... nanti rasa tak puas (macam Abah Mama kena huhuhu). Mana tidaknya... 10 minit habis pusing-pusing situ je tak bergerak ke mana hahaha. Nasib baik Abah tukar, kalau tak... tengok pulau-pulau tengah tasik tu dari jauh je la hehehe.

Flickr Album 72157664938593405

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/sets/72157664938593405

No comments:

Post a Comment