Excerpt

Sunday, April 24, 2016

Olympus M.Zuiko 25mm on street

Self challenge hari ni, street photography dengan lens Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm).

Sesi outing kali ni disertai oleh 3 orang sahabat iaitu Ezry, Hisham, Halim dan Helmi. Lokasi pula, di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dah banyak kali outing dekat area ni, tapi untuk street photography adalah kali yang kedua.

Bukit Bintang adalah salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong, termasuk masyarakat tempatan. Sangat sesuai untuk mengasah bakat dalam street photography di mana kita boleh dapat lihat pelbagai gelagat manusia, bangsa, fesyen, gaya hidup dan lain-lain. Walaupon terdapat banyak kerja-kerja pembinaan sedang giat berjalan, namun tidak menghalang manusia dari terus membanjiri tempat ini.

Berbalik pada tajuk, self challenge hari ni agak challenging. Dengan Olympus M.Zuiko 25mm (equiv 50mm), agak kekok pada mulanya dari segi mencari angle view dan composition. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dengan focal view yang hampir sama, akhirnya dapat lah membiasakan diri sikit demi sedikit.

Kelebihan Olympus M.Zuiko 25mm (50mm focal view) dalam street photography



  • Tak perlu berdekat dengan subjek, sekaligus dapat mengelakkan diri dari dikesan

  • Sekiranya dekat dengan subjek, dapat menjadikan gambar sebagai portrait dengan focal view yang menarik

  • Sharpness dan bokeh yang menarik

  • Kecil dan ringan


The journey


[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kebab family Budak berusia 8 tahun menolong bapanya berniaga kebab di luar restoran. Sporting dan peramah walaupon tidak fasih berbicara.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]While waiting Kaki-kaki di jalanan. Ada yang menunggu bas, ada yang sekadar melepak, ada yang bersiar-siar. Termasuk aku, kaki ambil gambar.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]The watcher Seorang peniaga jalanan sedang memerhati gelagat manusia. Mungkin dia pemalu... refleksi sudah memadai bagi aku.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]KL Tower in red KL Tower yang diterangi cahaya lampu merah. Tidak pasti bersempena dengan apa, yang pasti memukau mata dan menyerikan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Open air Musolla Dalam perjalanan mencari surau, terjumpa satu kawasan lapang yang dijadikan tempat solat. Tempat ini mungkin diusahakan oleh peniaga-peniaga asing yang berdekatan. Nyaman dan sejuk.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]KLCCs Replika bangunan KLCC yang banyak dijual di jalanan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Man from Sarawak Orang Sarawak yang sporting, yang aku sangkakan pelancong dari Korea.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Signs Tolong terjemahkan?[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Builders at night Beberapa orang kontraktor sedang gigih membina di waktu malam. Tanpa mereka, tiadalah bangunan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Hang master Seorang pemuzik jalanan sedang mendendangkan muzik dengan instument yang unik, iaitu Hang. https://en.wikipedia.org/wiki/Hang_(instrument)
Sangat terpegun dengan bunyi dan muzik yang dihasilkan, lebih-lebih lagi disaksikan secara live di jalanan.[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Street artist Barisan pelukis jalanan sedang khusyuk melukis gambar-gambar pelanggan. Sangat cantik dan menarik. Dengan harga yang ditawarkan, ianya sangat berbaloi.[/caption]

Kebetulan, salah sorang sahabat yang outing bersama ada sedikit perkongsian tips bagaimana hendak menangani perasaan takut dalam genre street photography. Layari http://www.snapby.me/blog/-takut-shoot-street-photography-ikuti-langkah-ini

No comments:

Post a Comment