Excerpt

Friday, May 13, 2016

Kepentingan Cloud Storage

Seperti tajuk, berikut adalah sedikit perkongsian dari sorang kawan di Facebook Sifoo.com tentang kepentingan cloud storage. Dari dulu aku cuba kongsikan perkara yang sama, cuma tak ada kesempatan dan ketandusan idea. So, dengan izin tuan punya post maka aku kongsikan di blog ni. Jom kita hayati :-D

Hanafi Ishak, May 10 at 11:21pm


Dah lama aku nak share experience aku guna google drive. Aku rasa masih ramai tak aware kepentingan cloud storage ni.

Beberapa minggu lepas aku kuar dari rumah aku di Cheras ke Kajang semata2 untuk breakfast. Aku tak bawak macbook aku seperti mana biasa kalau aku kuar. Lepas habis je breakfast (lokasi di sg Sekamat, Kajang), klien aku call suruh print work yang aku dah pinda semalam ni dan perlu hantar ke pejabat beliau besok. Aku kena print di Kajang, tapi aku tak bawak macbook aku yg tertinggal di Cheras.. Nak ulang alik leceh pulak.. so camna aku nak print?

Ini kelebihan cloud storage. Semua keja2 yang aku buat aku save dalam google drive via macbook aku. So apa yang aku buat ialah, sebaik sahaja aku sampai ke kedai printer, aku bukak PC di sana dan aku login google drive guna PC dari kedai printer tu shj. So aku dapat la bukak file artwork aku kat situ dan print artwork tersebut.

Satu lagi aku nak share kelebihan cloud storage ni. Ada sekali, member aku call aku ketika tengah drive mintak aku emel kan satu artwork PSD yang saiznya kira-kira 100mb. Memandangkan cloud storage mcm google drive ada apps dalam smartphone, kita boleh access keja2 kita yang bersaiz besar hanya dengan share URL melalui smartphone dan di mana2 shj. Tak perlu lagi susah2 nak cari wifi dan attach file2 besar guna emel yang dah tentu boleh habis kan data dlm phone.

Dan ini satu lagikelebihan cloud storage yang sangat penting. Cloud storage adalah back up file. Just in case kalau harddisk aku rosak, corrupt atau macbook/laptop kena rembat, segala file-file dlm cloud storage masih boleh di access dari tempat lain. Dalam erti kata lain, kalau beli PC/workstation baru, korang boleh access file2 yang di simpan dalam cloud storage sebelum ni.

Cloud storage ni ada macam-macam brand. Yang paling popular dropbox dan Google drive. Basically cloud storage ni free je tapi storage nya agak limited. Kalau nak lebih, kena bayar la. Kalau ada yang masih tak faham pasal cloud storage, boleh tanya dan InsyaAllah kawan2 kat sini boleh terangkan.

cloud storage 1

cloud storage 2

 

Post asal diambil dari https://www.facebook.com/groups/sifoorian/permalink/1096655337061418/

Conclusion, cloud storage adalah amat penting lebih-lebih lagi di zaman IT yang pesat berkembang dan suasana bekerja yang kebanyakannya tidak lagi tertumpu di dalam pejabat sahaja. Sejak diperkenalkan dengan kaedah ni, aku tak lepas peluang untuk maximize penggunaan teknologi cloud dan masih menggunakannya sehingga sekarang... dan akan datang.

Once again, terima kasih tuan punya post atas izin beliau. As he is a self dependent IT/design related enthusiast, you might want to get his service @ https://www.facebook.com/imagenta.kreatif

No comments:

Post a Comment