Excerpt

Saturday, March 26, 2016

BoBoiBoy The Movie - Last Minute Booking

BoBoiBoy The Movie mula ditayangkan di pawagam pada 3hb March 2016. Sejak dari tarikh tu, Abah dengan Mama langsung tak ada kesempatan nak bawak DDD pegi tonton sebab banyak hal.

3hb tu pegi ke Johor 3 hari sampai hari Isnin. Sepanjang minggu cuti sekolah pulak tak dapat booking sebab seat semua penuh. Kebetulan pulak Abah kerja. Lepas habis cuti sekolah balik kampung pulak ada kenduri. Balik dari kampung, dah start sekolah pulak. Nak beli untuk hari Sabtu, last tayangan hari Rabu pulak. Kenapa la cepat sangat habis tayangan tak sampai sebulan huhuhu...

Tapi Abah tak putus asa... 2 3 hari jugak Abah usha website GSC untuk buat booking. Mana la tau kot-kot diganjakkan sikit waktu tayangan, tapi masih last akan ditayangkan hari Rabu.

Nak dijadikan cerita, last minute usha hari Rabu tu, tayangan BoBoiBoy The Movie diganjakkan sampai hari Jumaat malam. Maka dengan pantas Abah booking untuk Jumaat malam Sabtu hahaha!

So, takde lah jenuh nak menjawab janji Abah Mama pada DDD :-D

https://www.flickr.com/photos/hilmanali/albums/72157666395598845

p/s: Masa bagitau Darwisy tak dapat pergi sebab tiket habis, dia tanya... "Bila Abah boleh download?"...

No comments:

Post a Comment