Excerpt

Friday, October 9, 2015

Kecilkan saiz gambar dengan JPEGmini

Terlalu banyak gambar dalam PC atau phone sehingga kehabisan disk space atau memory card? Jom kecilkan saiz gambar-gambar dengan JPEGmini!

Secara ringkasnya, JPEGmini adalah satu tool atau software yang mampu mengecilkan saiz gambar-gambar yang kita mahu tanpa menjejaskan kualiti gambar. Boleh layari website http://www.jpegmini.com untuk lihat demonstrasi dan info yang lain.

Dalam tutorial ringkas kali ni, akan menunjukkan cara menjimatkan space dalam memory card telefon.
  1. Download JPEGmini di sini dan install
  2. Copy gambar dari memory card telefon (kebiasaannya di dalam folder DCIM untuk pengguna Android) ke dalam PC — pastikan internet ditutup supaya gambar-gambar tidak synchronized dengan mana-mana cloud service
  3. Open JPEGmini dan pilih gambar-gambar yang telah copy ke dalam PC tadi — biarkan proses pengecilan selesai
  4. Copy semula gambar-gambar yang telah dikecilkan ke dalam memory card telefon

Nota:
  • Untuk memastikan memory card atau disk space sentiasa mempunyai ruang ekstra, jadikan proses ini sebagai rutin
  • Terdapat banyak compression tool yang lain, antaranya Caesium dan Fileminimizer
  • Untuk kecilkan gambar di dalam PC, hanya perlu browse folder gambar
  • Sebagai langkah berhati-hati, sila backup gambar-gambar atau buat salinan dahulu

No comments:

Post a Comment