Excerpt

Wednesday, March 9, 2016

Gerhana Matahari Separa (Partial Solar Eclipse) 2016

Kebetulan sekolah Darwisy akan mengadakan aktiviti melihat gerhana matahari (solar eclipse) dengan menggunakan DIY solar eclipse projector. So, malam tadi Abah telah berjaya menghasilkannya... tapi tak tau lah jadi ke tidak. Harap-harap jadi lah :-)

Memandangkan Abah tak pernah mengambil gambar fenomena gerhana matahari sebelum ni, maka Abah pon bercadang nak snap sekeping dua.

Alhamdulillah... hari ini dalam sejarah, telah berjaya menyaksikan (dengan serious) dan merakamkan kekuasaan Allah S.W.T. Walaupon tak ada lens telephoto dan camera full frame, hasilnya boleh la juga dijadikan kenangan :-)

Klik untuk info lanjut

Banyak info yang boleh didapati dari website di atas. Selain dari tu, boleh juga cari info yang lain seperti bagaimana hendak mengambil gambar fenomena ini dan langkah-langkah keselamatan tambahan di Google.
Anyway, ini antara hasil mencerap gerhana matahari...

Gerhana Matahari Separa (Partial Lunar Eclipse)

Tak pasti samada ni waktu kemuncak atau tidak, janji ada hehehe.

Bayang-bayang dedaun berbentuk bulan sabit

Bayang-bayang dedaun yang kelihatan seperti bulan sabit ketika fenomena.

Welding glass sebagai filter

Alat yang Abah gunakan, welding glass yang dibeli satu ketika dahulu :-D

No comments:

Post a Comment