Excerpt

Wednesday, March 16, 2016

Jalan-jalan Johor

Setelah beberapa minggu Mama membuat perancangan untuk ke rumah Mak Su DDD di Johor, maka minggu cuti persekolahan bulan March telah dipilih menjadi waktu yang sesuai.

Johor, Day 1


Bertolak dari Putrajaya hari Sabtu, lebih kurang jam 9:00 pagi, tiba di Jalan Besar (sebelum Ayer Hitam) lebih kurang jam 1:00 tengah hari. Singgah kejap di restoran Kari Kambing 40 Hari, memang tepat timing untuk lunch :-)

Dari cerita orang, makanan di restoran ni sedap dan berbaloi. Well, mereka betul. Dengan harga RM12 sepinggan (kambing / ayam), boleh makan untuk 2 orang. Kalau ambil satu dulang RM45 (ayam / kambing / campur), boleh makan untuk 5-6 orang... percuma pulak satu jug air sirap. Masa tu order satu dulang campur, siap boleh bungkus ada lebihan hehehe. Dari segi rasa pulak... mmmmm... NYUM! NYUM!

Ada jugak orang cerita layanan kurang mesra, bagi aku, so-so... kena faham, kenapa?

  • Terlalu ramai orang nak dilayan

  • Lain orang lain kerenah

  • Dah buat papan tanda beratur (pinggan kiri & dulang kanan), masih ramai main redah je

  • Terpaksa jerit-jerit sebab suasana bising

  • Dan lain-lain


Rasanya ok je layanan mereka, ada orang akan assist kalau kita tanya baik-baik :-)

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar Dah lama tak nampak bendera Johor berkibar[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu Apa la yang Darwisyah tak puas hati tu[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari Pemandangan di restoran Kari Kambing 40 Hari[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]First time makan nasi kena timbang dulu, clever! First time makan nasi kena timbang dulu, clever![/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Walawehhh Walawehhh[/caption]

Selesai lunch, bergegas semula ke destinasi... tapi singgah dulu satu destinasi lain di Ayer Hitam (Jalan Batu Pahat) iaitu... kedai Putu Bambu Juriah

Rupanya, ramai orang berjual putu bambu di Johor ni... pergi ke mana-mana memang boleh jumpa. Harga pulak agak berbaloi dengan rasanya. RM3.50 untuk 6 ketul...

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kedai Putu Bambu Juriah Kedai Putu Bambu Juriah[/caption]

Lepas beli putu bambu (4 bungkus hahaha), perjalanan diteruskan...

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kluang, Johor Kluang, Johor[/caption]

Dan akhirnya tiba lah di destinasi lebih kurang jam 3:00 petang... ada la lebih kurang 6 jam perjalanan, rasa macam nak patah pinggang hahaha. Aktiviti seterusnya adalah membaringkan diri dan melelapkan mata :-P

Johor, Day 2


Memandangkan penat semalam ada baki lagi sikit, maka sarapan dekat rumah je Pak Su DDD beli dekat kedai. Lepas sarapan, pergi ke Johor Bahru nak jalan-jalan... tapi takde proper planning main redah je hahaha.

Setelah berbincang, maka semua sepakat nak pergi ke Hello Kitty Town (Abah baru tau kewujudannya). Dari Kluang ke Johor Bahru agak jauh jugak, lebih kurang 1 jam perjalanan. Sampai je sana, nampak pelabuhan kapal layar... as usual ambik gambar sekeping dua dulu.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Berterik di Puteri Harbour Berterik di Puteri Harbour[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Nak background kapal layar jugak hehehe Nak background kapal layar jugak hehehe[/caption]

Dah puas berpanas kat luar, masuk pulak ke bangunan. Saje la usha harga tiket, mahal jugak untuk satu orang (kalau tak silap RM65). Takde ikut umur pulak tu... semua peringkat umur harga sama. Ok la lain kali je... hari ni ambik gambar dulu hahaha!

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Bergambar kat luar pon boleh la Bergambar kat luar pon boleh la[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Darwisyah dan Damia Darwisyah dan Damia[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="480"]We are super heroes! We are super heroes![/caption]

Lepas jalan-jalan dalam bangunan tu, tiba-tiba terdengar bunyi muzik yang sangat familiar... muzik keroncong :-D

Itu menandakan masa untuk mencari makanan... maka bergegaslah keluar dari situ. Itu pon takde planning jugak, main redah je cari kedai makan (yang bajet dan menarik).

Dari Puteri Harbour menuju ke area Danga Bay terjumpa satu medan selera. Singgah Selalu nama restoran tu, so kami pon singgah selalu hehehe.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Main-main dan makan-makan Main-main dan makan-makan[/caption]

Abah order Nasi Goreng Singgah Selalu. First time makan nasi goreng ada 2 telur goreng dan buah longan :-D

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Nasi Goreng Singgah Selalu Nasi Goreng Singgah Selalu[/caption]

Selesai je makan, perjalanan diteruskan tanpa arah tujuan sekali lagi. Bincang punya bincang (dalam whatsapp), Andak DDD cadang pergi ke duty free zone dekat Berjaya Waterfront. Ok la tu, hentam saje.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Berjaya Waterfront yang tak best Berjaya Waterfront yang tak best[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Cari coklat Cari coklat[/caption]

Best ke tempat tu? Tak best! Tak banyak kedai dan majoriti mamat Bangla + orang mabuk hahaha! Beli selipar Darwisyah sebab kaki dah melecet, beli coklat DAIM sikit... berambus! Cari masjid pulak...

Nak dijadikan cerita, tengah jalan-jalan cari masjid, berlaku eksiden depan mata... puncanya orang yang melanggar tu mabuk. Memang dah perasan masa keluar dari Berjaya Waterfront tadi ada kereta ikut belakang macam orang mabuk. Bagi la dia potong, depan ada traffic light, dalam hati "eksiden ni karang"... memang betul habis 2 biji kereta dia sondol huhuhu. Tanya kat mangsa eksiden tu, dia cakap memang orang yang melanggar mabuk sebab bau arak kuat.

Ok, lantak pi orang mabuk tu, pandai-pandai la ko jawab. Perjalanan cari masjid diteruskan... dan ini yang terjadi setibanya di masjid.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Masjid As Syakirin Masjid As Syakirin[/caption]

https://www.youtube.com/watch?v=WEUSf7OPbvU

Macam mana nak buat? Dah nama pon kanak-kanak hehehe...

Dah puas DDDD (Darwisy, Danish, Darwisyah, Damia) main golek-golek, hujan dah berenti, maka perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang masih tidak diketahui hahaha. Macam biasa, bincang dalam whatsapp, semua sepakat nak singgah Johor Premium Outlets (JPO). Tapi bukan nak shopping apa pon, saje jalan-jalan. Kalau nak shopping pon, beli baju seluar kat PDI je hehehe.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Tengok ads board pon dah menyeramkan Tengok ads board pon dah menyeramkan[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]4D 4D[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Lalalalalala Lalalalalala[/caption]

Fuh, tak sedar dah menjelang malam rupanya, bateri nak habis dah huhuhu. Charging kejap (white coffee), terus menuju Kluang untuk full charging (tidur).

Johor, Day 3


Pejam celik dah masuk hari ke 3 di Johor, tiba masanya untuk balik ke Putrajaya sebab Abah kena kerja hari Selasa. Nak mengelakkan trafik jem, kena la keluar sebelah pagi.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Cheeseeeeee Cheeseeeeee[/caption]

Cadangnya nak bersarapan di Kluang Rail Coffee, tapi penuh gila! Perut pulak dah lapar, ada budak-budak kecik pulak tu. Memang rimas la kan.

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Dah lama tak ke sini Dah lama tak ke sini[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Kluang Rail Coffee yang sesak Kluang Rail Coffee yang sesak[/caption]

So, repeat tempat kelmarin... Putu Bambu Juriah kakakaka! Dan di sini tercipta sejarah di mana harga untuk bersarapan RM62 tanpa GST :-P

[caption id="" align="alignnone" width="640"]The making of Putu Bambu Juriah The making of Putu Bambu Juriah[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]The making of Putu Bambu Juriah The making of Putu Bambu Juriah[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Minuman kegemaran Minuman kegemaran[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Muka-muka pelahap, makjun pon disangka coklat Muka-muka pelahap, makjun pon disangka coklat[/caption]

[caption id="" align="alignnone" width="640"]Lontong darat, nyum nyum! Lontong darat, nyum nyum![/caption]

Selesai sarapan, bungkus putu bambu, maka berangkatlah pulang ke Putrajaya. Begitulah kisahnya... TAMMAT!

p/s: sebenarnya dah penat menaip

No comments:

Post a Comment